Minggu Ke 2
"HAI HAI HAI! sayalah host kamu untuk rancangan Edisi Malam Minggu! horey horey horey!" Para penonton yang ada di studio markas kotak memberikan tepukan kepada Probe "Saya telah mendapat pelbagai jawapan dari para readers untuk soalan minggu lepas. Diantara pecahan Boboiboy, yang mana satukah menjadi kegemaran kamu. Ada yang suka Taufan, ada yang suka Blaze dan Halilintar tapi saya suka dengan jawapan dari Lily. Dia nie peminat Boboiboy Gempa kerana Gempa nie sopan, kuat, tak pernah buat pasal seperti pecahan Boboiboy yang lain dan dia juga seorang ketua yang bijak dan dia ada mirip dengan Boboiboy yang asli" Probe terbang ke depan
"Baiklah, sebagai hadiah untuk peminat pecahan Boboiboy, saya mempersilakan Boboiboy and the 7 power untuk membuat persembahan mereka"
Langsir merah dibuka dan Boboiboy Blaze menjadi penyanyi utama, yang lain main alat muzik sahaja "Sayalah Boboiboy Blaze! saya akan menjadi penyanyi utama kamu pada hari ini dan dengarkanlah sebuah lagu dari saya iaitu Top of the World"
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
Dying on top of the world
I remember the nights
Caught up in dreaming my goodbyes
Watching the door for anything more than an ordinary life
I remember the days
New beginnings on an open page
With something to prove, and nothing to lose, not a soul to betray
Here I am
Living a dream that I can't hold
Here I am on my own
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
I'm dying on top of the world
I remember the lies
Caught up in building paradise
The angels were slaves, and demons behaved, and everything was alright
Here I am
Living a dream that I can't hold
Here I am on my own
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
I'm dying on top of the world
I hear the crowds beneath me
I'm wishing they could reach me
But I'm on top of the world up here I'm dying alone
Inside the walls of gold, outside of happiness
(It's all been a show, too late to confess)
No room for heart and soul
No room for innocence, innocence
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
On top of the world, on top of it all, trying to feel invincible
I'm dying on top of the world
Dying on top of the world
"TERIMA KASIH!" menjerit Blaze dengan gembiranya. Dia meloncat-loncat sehingga langsir merah itu tertutup. Probe terbang ke pentas semula "Wah! sangat bagus persembahan tadi tapi kenapa Blaze nyanyi lagu soft rock pula? pelik aku"
"Itu sebab aku mahu menghiburkan para penonton dan readers! YEAHH!" muncul Blaze sambil merampas microphone dari tangan besi Probe "Baiklah, saya akan memperkenalkan tetamu kita yang pertama! Dia adalah adik kesayangan Fang, dengan panggilan manja dia Pizu dan dia juga ada bakat dalam melukis dan mengigit orang-" microphone itu dirampas balik oleh Probe
"Siapa yang host sebenarnya, kau atau aku? pergi main jauh-jauhlah"
"APA! KAU HALAU AKU MENJADI HOST PADA MALAM NIE! AMBIK NIE!" Bebola api muncul di kedua-dua belah tapak tangan Blaze. Dia melempar bebola api itu ke arah Probe
"JANGAN!" Blaze mengejar Probe dengan bebola api dia
"Kita akan berhenti sebentar untuk iklan" muncul Fang di hadapan kamera
-------------------------------------
"Aduh, habis jahanam badan aku" Probe sudah kembali dengan badan dia habis hangus terbakar "Baiklah, seperti yang dikatakan oleh Blaze tadi, dipersilakan Rizu, adik kesayangan Fang!"
Rizu malu untuk keluar, dia mengintai sedikit dan lalu keluar secara pelahan-lahan. Dia melambai-lambai ke arah penonton yang ada di studio "Silakan duduk Rizu" Rizu duduk di kerusi sofa dengan senyuman malu dia
"Rizu apa khabar? ibu Rizu bagi ke Rizu datang ke sini?"
"Ibu kata, bila sudah habis pengambaran hari ini, balik terus. Ibu tak bagi Pizu merayap ke tempat lain" kata Rizu yang naik sedikit semangat dia
"Budak baik Rizu ini" kata Probe "Seterusnya adalah abang kesayang Rizu iaitu Fang! Dia adalah superhero paling sombong dan belagak sekali. Jangan sesekali buat dia mengamuk, kalau tidak, terimalah harimau bayang daripada dia" Fang terus keluar dari pentas belakang. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Rizu dan senyum-senyum macho di depan kamera "perasan betul si rambut cacak nie" bisik Probe
Dia betulkan balik suara dia "Tetamu kita yang terakhir pada hari ini, dia adalah seorang superhero kesayangan orang ramai di Pulau Rintis, dia dapat berpecah kepada tujuh dan dia juga mempunyai semangat perjuangan yang tinggi, dipersilakan BOBOIBOY!" Penonton di studio markas kotak memberikan tepukan yang gemuruh dan mereka semua sangat gembira apabila melihat Boboiboy keluar dari pentas belakang. Fang tidak puas hati, dia hanya menggenggamkan tangannya sambil melihat kawan baik dia duduk disebelah dia
"Boboiboy, superhero kesayangan kita semua. Apa khabar kamu pada hari ini?"
"Saya khabar baik, Probe" jawab Boboiboy "Saya sangat teruja berada di atas pentas, selalunya saya akan berpecah tujuh untuk memenuhi studio ini tapi malam ini ramai pula orang" Boboiboy melambai ke arah Tok Aba dan Ochobot
"Baiklah, kita akan teruskan sahaja dengan sesi soal jawab. Soalan pertama kita untuk minggu ini adalah datang dari Nur alya. Soalan dia ditujukan kepada Fang, soalan dia berbunyi begini. Fang sayang abang tak?"
"Soalan apa macam itu, mestilah sayang. Dia sahajalah abang yang Fang ada sekarang ini, dia lah segala-galanya bagi Fang walaupun dia suka sangat buli Fang" Fang pada ke arah kamera "Terima kasih kerana selalu melindungi diri adik"
"dan lagi satu.. err.. dia suruh kirim salam dekat Kapten Kaizo dan dia bertanya, Kapten Kaizo sihat ke?"
"Nanti aku akan sampaikan" kata Fang "Dia sentiasa sihat, kalau tak sihat pun, tiada bezanya pun, dia akan tetap buli aku"
"Kasihan abang Fang selalu kena buli dengan abang Kaizo" Rizu peluk tangan Fang "Tapi dia tetap sayangkan abang Fang kan"
"UWAA! COMEL SANGATLAH RIZU NIE!" Terus Probe kena baling dengan tin cawan "ADOI!"
"Wei Probe! kau nak menangis ke atau nak jadi host.. aku ketuk-ketuk kepala besi kau tue nanti" muncul Adudu dengan pengetuk senduk dia "Cepat jalankan rancangan kau"
"Yelah yelah" kata Probe "Soalan untuk Fang lagi dari Nur Alya, kenapa Fang nie terlalu handsome sangat macam abang dia. Handsome ke Fang nie?"
"Mestilah! abang dan adik mestilah handsome tapi AKU LEBIH HANDSOME DARI ABANG AKU! MUAHAHAHAHAHA!" terkejut Boboiboy dan Rizu melihat Fang ketawa besar di situ, dia dengan gelakan belagak dia "Betul tak semua?" tanya Fang kepada para penonton dan juga para readers. Penonton di studio tak tahu nak jawab apa
"Wei, kau boleh tak kawal diri kau tue, buat malu aje" Boboiboy gelengkan kepalanya dan rasa malu dengan sikap kawan baiknya yang tak habis-habis nak belagak. Fang apa kisah, janji dia lagi handsome dan bergaya daripada Boboiboy
"Ok, soalan ini datang dari Ililara, dia ini peminat Boboiboy Ice dan Halilintar, dia cakap Halilintar itu handsome dan cool" Fang terus cekik Boboiboy, goyang-goyangkan kepala dia
"SIAP KAU BOBOIBOY HALILINTAR!"
"Eeeerrr... jangan ganas-ganas di live TV boleh tak?"
"Entahnya kau nie Fang, cubalah duduk diam-diam dekat sana, kata nak jadi abang yang terbaik kepada Rizu, ini tidak. Jadi abang paling ganas, suka mengamuk adalah"
"Senyaplah kau Boboiboy" terus dia bermasam muka. Boboiboy buat-buat tidak tahu sahaja
"Sudah habis gaduh? ok, soalan ini adalah untuk Boboiboy, kenapa Boboiboy takut dengan belon meletup" Probe terus keluarkan seguni Belon dan juga jarum peniti untuk meletupkan belon itu "Mari kita lihat reaksi Boboiboy, apabila belon ini meletup!" terus Boboiboy lari dari studio markas kotak "Hilang pula dia. Baiklah, soalan seterusnya adalah untuk budak comel ini. Antara abang Fang dan abang Kaizo, mana yang kamu paling sayang?"
"Err... Pizu sayangkan dua-dua sebab abang Kaizo cool! abang Fang pun cool juga! dua-dua baik dengan Pizu, tak pernah nak marah Pizu. Betul tak abang Fang?"
"Betul! betul!" Rizu peluk tangan abang Fang lagi
"Ok, soalan ini datang dari Sakura no Hana, dia kata sebelum Kaizo datang ke bumi, dia peminat Fang dan Boboiboy dan dia juga peminat Taufan Thorn dan Solar. Soalan ini ditujukan khas untuk Boboiboy dan Fang. Apakah perasaan kamu berdua setelah berjaya mengalahkan Kapten Kaizo?"
"HAHAHA! Sudah tentu aku gembira sangat sebab akhirnya, aku berjaya kalahkan abang aku!" kata Fang dengan nada belagak dia lagi "Mana Boboiboy? hilang ke budak nie?" Probe mencari-cari Boboiboy. Boboiboy masih lagi diluar markas kotak kerana takut tiba-tiba belon itu akan meletup dengan sendirinya
"Eh kejap, kita ada panggilan dari Kapten Kaizo, dia nak bercakap dengan adik dia" Probe jadikan phone itu kepada loud speaker "APA KAU KATA PANG! KAU SUKA YEA DAPAT KALAHKAN ABANG! JAGA KAU KEJAP LAGI! KITA AKAN BERTARUNG LAGI!" Fang menyorok di belakang kerusi, manakala Rizu pula tersenyum-senyum melihat Fang ketakutan
"Isk isk, kasihan si rambut cacak" kata Probe "Selamat kembali Boboiboy" Boboiboy duduk di tempat duduk dia yang tadi, Fang juga sudah kembali ke tempat duduk dia "Ok, soalan ini ditujukan untuk Rizu, dia tanya kenapa Rizu jadikan Fang sebagai idola kamu? dan sikap Fang yang manakah Rizu paling suka?"
"Pizu jadikan abang Fang sebagai idola sebab dia kuat, pandai, tahu menghargai kawan-kawan dia dan sekeras-keras mana pun abang Fang tue, hati dia tetap lembut. Sikap yang paling Pizu suka adalah sikap dia yang suka menjaga kebersihan!"
"Terima kasih Rizu! terima kasih kerana menjadikan abang sebagai idola Rizu! abang akan menghargai Rizu selama-lamanya" Rizu dan Fang berpelukan sambil menangis. Boboiboy rasa macam program jejak kasih pula
"Alolo.. how sweet" Probe mengelap air mata palsu dia "Seterusnya datang dari dark prince. Dia ini peminat Boboiboy Halilintar, sebab dia cool macam Kapten Kaizo. Ramai juga peminat Kapten Kaizo nie. Soalan dari dia ditujukan kepada Fang, dia cakap kau tak rasa melebih ke apabila Boboiboy panggil Kapten Kaizo abang?"
"Mula-mula tue rasa cemburu tapi lama-lama sudah terbiasa. Tapi, kalau dia merampas abang aku, AKU AKAN HAPUSKAN KAU BOBOIBOY!"
"Err.. bila masa aku nak rampas abang kau. Lagipun aku tahu kau akan cemburu apabila orang lain bermanja-manja dengan abang kau"
"Suka bermanja rupanya si Fang nie, nampak aje ganas tapi suka bermanja.. hehehehe" ketawa Probe dekat situ. Fang dengan perasaan geram dia, lalu dia ketuk-ketuk kepala Probe dengan kerusi "ADOI ADOI!"
"Kita akan kembali selepas ini" kata Rizu
---------------------------------------------
"Aduh, sakitnya kepala aku" Kepala Probe penuh dengan benjol akibat kena ketuk tadi "Baiklah, kita akan ke soalan seterusnya. Soalan ini khas untuk Rizu, dia cakap ramai yang mengatakan Rizu ini comel" Rizu tersenyum sambil membuat muka comel dia "Sampai author buatkan chapter khas untuk Fang dan Rizu, itu pun sebab permintaan dari cik mimpi, soalan dia, Rizu rasa Rizu nie comel ke?.. hmm.. ini kes cemburu ke apa?"
"Entahlah, Pizu tak rasa Pizu nie comel tapi ramai kata yang Rizu nie comel. Jadi Pizu terima sahajalah apa yang orang katakan"
"Jangan jadi macam abang Fang kamu tue, dia tue kuat perasan" kata Probe. Fang sudah mula berapi-api tetapi Boboiboy tenangkan dia sebelum dia menyerang Probe lagi "Soalan seterusnya dari Lily, peminat kepada Boboiboy Gempa! soalan dia, adakah Rizu takut dengan Kapten Kaizo?"
"TAK TAKUT!" itu sahaja jawapan dari Rizu
"Soalan ini pula untuk Boboiboy" dia betulkan suara dia balik yang sudah serak "Lily nie tanya, Boboiboy tak pernah ke rasa marah atau rimas ke dengan perangai tak senonoh Fang seperti obses dengan donut lobak merah, panas baran, kecoh, gelojoh, tak tau nak sabar, tak sedar diri.. errrr" Probe nampak aura-aura kehitaman Fang sudah keluar "Kalau Boboiboy tak nak jawab takpe, takut pula kalau Fang mengamuk dalam studio markas kotak nie"
"Err.. sebenarnya.." terus Fang merenung tajam ke arah mata Boboiboy "Sebenarnya rimas tue ada juga, mula-mula ajelah rasa muak dengan perangai dia, tapi lama-lama sudah terbiasa dengan sikap dia tue"
"dan lagi satu" Fang pula menyibuk "BILA MASA AKU KECOH! GELOJOH! BILA BILA BILA?! kalau panas baran itu ada lah dan tak sedar diri tue.. tak ada kot"
"Yelah Fang" Probe pergi ke arah depan kamera "Fang tue memang tak sedar diri pun.. syhhhh!" dia terus terbang balik ke pentas "Soalan seterusnya, datang dari LizzNP, dia tanya kenapa author suka sangat seksa Fang? aik, ini bukan sudah dijawab ke" Fang rampas microphone di tangan besi Probe
"Mengikut kata author, saya adalah watak kegemaran dia, peminat no.1 katanya sebab itu setiap chapter asyik saya aje yang terkena. Cubalah author kembalikan balik cerita seperti di musim pertama, sudah tentu saya hidup bahagian tanpa kena seksaa demi seksaa dari author" Fang bagi balik microphone itu kepada Probe
"Ini ada pesanan untuk Fang dari author, dia cakap 'SENYAPLAH KAU' .. hehehehe"
"Cheh, tak guna punya author" Boboiboy dan Rizu tergelak melihat Fang bermasam muka sambil bersilang tangan
"Ok seterusnya dari chelsififi.. tak reti pula aku nak menyebutnya.. soalan dari chelsifidelis90, adeh, terbelit lidah aku nak menyebut nama nie.. soalan ini untuk Fang, dia tanya, kenapa Kapten Kaizo selalu buli kamu? Fang selalu buat silap ke?"
"Abang aku tue, setiap hari suka sangat buli aku! aku buat silap ke, tak buat silap ke, mesti kena buli.. tapi aku kena buli macam mana pun, dia tetap abang kesayangan aku, betulkan abang" Fang berkelip-kelip mata di hadapan kamera
"Ada panggilan untuk Fang lagi" Probe terus membuka loud speaker
"KAU YANG CAKAP KAU TAK KISAH KALAU AKU BULI KAU! TAK PAYAH NAK BUAT COMEL DEKAT DEPAN KAMERA ITU! MEMALUKAN SUNGGUH!" bergema satu studio dengan suara garang Kaizo. Fang kembali balik dengan muka masam dia
"Abang Fang senyumlah sikit, kita kan tengah siaran langsung" kata Rizu. Fang pun tersenyum sedikit walaupun kena paksa dengan Rizu "Kan manis tue, abang Fang" Boboiboy secara senyap-senyap, jolok mulut dia rasa nak muntah "manis kebendanya, geli aku" bisik Boboiboy
"Soalan untuk Boboiboy pula, kenapa Boboiboy ada rambut putih? EH? BOBOIBOY SUDAH ADA UBAN?!" Probe terus mengangkat topi oren Boboiboy
"Wei wei! apasal kau tanggalkan topi aku!"
"Jawab soalan tadi tue dulu, baru aku bagi balik"
"Yelah" Boboiboy menghela nafas "Rambut putih ini-"
"Sebab dia terkena cat putih masa dia lahir lagi, nurse dekat hospital cuba basuh rambut dia nie tapi rambut putih itu sahaja yang tak dapat ditanggalkan" Fang pula yang menyibuk. Boboiboy buat muka masam dekat Fang
"OH, begitu rupanya.. kesian" Probe pula percaya dengan cerita Fang tadi dan lalu kembalikan balik topi oren itu kepada Boboiboy
"Eh, itu bukan-" Lalu Probe memotong Boboiboy untuk bercakap
"Hmm.. fangcool nie tiada soalan untuk sesiapa tapi dia nie peminat Boboiboy Blaze sebab dia adalah Boboiboy yang terbaik bagi dia. Ok, seterusnya soalan dari Twilight Sparkle. Soalan ini untuk Fang, kenapa Fang asyik marah sahaja?"
"Kenapa aku selalu sangat marah? Itu sebab orang suka sangat cari pasal dengan aku dan suka sangat sibuk dalam urusan aku! puas hati dengan jawapan aku?"
"Dan dia selalu marah sebab abang dia suka buli dia" bisik Probe "hehehee... Twilight Sparkle ini merupakan peminat kepada Blaze dan Halilintar. Dia cakap Halilintar tue handsome sangat bila dia tersenyum. Baiklah, soalan kedua dari dia khas untuk Rizu, kenapa Rizu dekat dengan Fang sahaja?"
"Errr.. Probe, Rizu dah tertidur" kata Fang "Biar aku yang jawabkan soalan dia"
"Alahai, kasihan dia.. baiklah Fang, sila jawabkan" Probe melihat sahaja Rizu yang sedang nyenyak tidur
"Eh takpe, biar aku sahaja yang jawabkan"
"Apasal pulak?!" marah Fang
"Karang kau jawab merapu pula!"
"Mana ada! dah aku paling dekat dengan dia, biarlah aku yang jawabkan"
"Eh sudah sudah, jangan gaduh-gaduh" Probe cuba leraikan mereka berdua "Apa kata korang berdua jawabkan soalan tadi, kita mulakan dari Fang dulu"
"Rizu asyik dekat saya sahajalah sebab dia sayangkan abang kesayangan dia. Dialah peminat setia ku no.1 ..HAHAHAHA!"
"Belagak betul" bisik Boboiboy "Aku pulak.. jawapan dia senang sahaja, Rizu nie tak pandang perangai tak betul Fang, dia selalu pandang kebaikan Fang, walaupun pemikiran Rizu lebih matang daripada abang kesayangan dia, dia tetap sayangkan Fang. Dia dekat dengan Fang sebab Fang selalu melayan dia secara baik, dia melayan Rizu seperti adik dia sendiri. Bagi aku, Fang adalah abang terbaik untuk Rizu" Menangis Probe di situ kerana terharu sangat
"Indah betul jawapan Boboiboy daripada si rambut cacak nie" Probe mengelap air mata palsu dia
"APA KAU KATA!"
"Sabar Fang, sabar" Fang kembali ke tempat duduk dia "Soalan terakhir ini adalah untuk Fang dari Hwang635, dia tanya, bila Fang nak jadi perempuan lagi" satu studio ketawakan Fang
"ISK! TAKDE SOALAN LAIN KE!" Fang mengeluarkan aura-aura hitam dia lagi
"Sabar Fang sabar!"
"Aduh, edisi malam minggu hari ini memang kecoh bebenar. Baiklah! sampai di sini sahaja! Minggu hadapan, tetamu khas kita adalah Gopal, Yaya dan Ying! hanya 2 soalan sahaja untuk mereka bertiga. Sila berikan soalan anda di tempat ruangan review! kita akan berjumpa lagi! LARIIII!" Probe kena kejar dengan harimau bayang
"SERANG DIA HARIMAU BAYANG!"
Boboiboy muncul di depan kamera "Maaf yea semua, Fang hari ini asyik nak mengamuk sahaja. Baiklah, soalan untuk minggu ini. Adakah kamu semua suka melihat Fang mengamuk tak tentu pasal? sila berikan jawapan anda di ruangan review dan saya ada pengumuman khas dari author. Dia cakap hari ini tiada update untuk fanfic Aku Abang, Kau Adik kerana dia terpaksa menjalani latihan tempur dengan Kapten Kaizo. Mengikut kata Kapten Kaizo, author nie suka sangat seksa adiknya, jadi inilah balasannya, sekian terima kasih"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top