Edisi Malam Minggu
"testing testing... microphone ok! semua ok! ready set go!"
"Selamat malam semua! Saya adalah host kamu pada hari ini di edisi malam minggu! Nama saya Probe, robot kesayangan encik bos! iaitu encik Adudu!" kata Probe sambil terbang ke sana sini di dalam set edisi malam minggu "Saya di sini kerana atas arahan dari author" kata Probe lagi
"Baiklah, adakah semua sudah bersedia? semua ceria ke hari ini?"
"Tak"
"Siapa yang cakap tak tue?" Probe mencari-cari suara tadi di tempat duduk penonton "Oh, kamu rupanya, Boboiboy Halilintar. Kenapa kamu tidak begitu ceria pada pagi nie?"
"Sebab pedang halilintar saya pecah lagi" kata Boboiboy Halilintar sambil tunjuk pedang dia yang sudah musnah itu "Kapten Kaizo yang pecahkan pedang halilintar saya"
"Alolo... kasihan pedang dia" kata Probe "Eh, siapa pula berdengkur begitu kuat sekali?" ramai yang tunjukkan Boboiboy Ice yang sedang nyenyak tidur di atas kerusi "Dia rupanya, asyik tidur sahaja si Boboiboy Ice nie"
"Baiklah! kita sambung balik edisi kita pada hari ini" kata Probe sambil menukar kertas topik dia "Ok, hari ini kita akan bertanya kepada para penonton dan juga para readers di luar sana, soalan kita pada hari ini adalah, antara Kapten Kaizo dan hantu, yang mana satu paling menakutkan?"
"Cepat jawab semua! para readers boleh menjawab di ruangan review! sebelum itu, kita interview Kapten Kaizo" kata Probe lagi "Selamat datang ke Edisi Khas Malam Minggu!"
"Selamat malam" kata Kaizo "Tapi.. BUKAN KE HARI INI HARI SELASA! KENAPA PERLU BUAT HARI SELASA KALAU PROGRAM KAMU UNTUK HARI MINGGU SAHAJA!"
"Maaf encik Kaizo, saya sebenarnya tak sempat nak siapakan set edisi malam minggu, jadi saya tangguhkan sampai hari ini" Probe mengigil kerana takut dengan suara garang Kapten Kaizo
"Oh begitu. Kalau begitu, cepat habiskan segment interview kamu. Aku ada latihan tempur dengan adik aku"
"Baiklah encik Kaizo, soalan pertama adalah berbunyi begini. Bagaimana perasaan encik Kaizo apabila encik Kaizo telah dibandingkan dengan hantu"
Kaizo yang sedang duduk di kerusi sofa khas untuk edisi malam minggu, rasa pelik, bagaimana dia boleh berada di sini, fikir Kaizo "Siapa yang bandingkan aku dengan hantu? Kamu semua ingat aku nie hantu ke apa!"
"Jangan marah encik Kaizo" kata Probe yang sedang mengigil "Ini hanya hiburan semata-mata sahaja"
"Hiburan?"
"Yea encik Kaizo! hiburan sahaja" kata Probe "mengikut maklumat-maklumat yang saya dapat, encik Kaizo adalah peminat setia hantu, sampai latihan tempur pun ada versi hantu juga tapi tahukah anda, adik kepada encik Kaizo iaitu Fang. Dia telah dipanggil hantu oleh kawan baik dia sendiri"
"SIAPA YANG PANGGIL ADIK AKU HANTU?!" Kaizo bangun dan menjerit dekat para penonton edisi malam minggu
"Bertenang encik Kaizo, bertenang" kata Probe "Yang panggil adik Kaizo hantu adalah Gopal!"
"DEY! yang kau beritahu Kapten Kaizo buat apa, habis aku nanti" muncul Gopal di depan muka Probe "Aku tukar kau jadi burger ayam, baru kau tahu"
"Kan aku dah kata tadi, ini hanya hiburan sahaja. Janganlah marah-marah, nanti tak bestlah kalau marah-marah sahaja. Betul tak semua?"
"Betull!"
"Sudah! buang masa sahaja aku berada di sini. Baik aku pergi buat latihan tempur dengan adik aku" Kaizo bangun dari kerusi sofa tersebut dan lalu dia menjerit nama adiknya "PANGGG! MARI KITA BALIK!"
Fang yang ada di tempat kerusi penonton, dia terpaksa beredar dari situ "Maaf semua, aku kena balik dulu"
"Takpe Fang, kita jumpa esok sahaja" kata Boboiboy Gempa
"Nampaknya Kapten Kaizo telah meninggalkan kita.. jadi saya terpaksa berhenti di sini sahaja. Sebelum saya beredar, saya ingin mengetahui jawapan anda, siapakah yang paling menakutkan, Kapten Kaizo atau Hantu? dan kamu juga boleh bertanyakan soalan kepada semua watak-watak di dalam cerita fanfic 'Aku Abang, Kau Adik' " kata Probe "Tak kisahlah watak utama ke atau watak yang direka khas oleh author sendiri ke, mereka sendiri akan menjawab soalan-soalan kamu semua dan kita akan ketahui jawapan mereka pada minggu hadapan! tapi kalau ada watak-watak yang tidak hadir, author sendiri akan jawab soalan dia. Jangan lupa tinggalkan soalan kamu di ruangan review dan kita akan berjumpa lagi!"
"Lupa pula... kamu hanya boleh berikan 2 soalan sahaja! siapa bagi soalan lebih daripada 2, saya akan suruh Kapten Kaizo belasah kamu. Itu pun kalau dia nak lah... hehehehe"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top