7: Gema Nada Minor

Tiga pagi selepas itu, Fairul terpacak di salon Raha.

Terkejut Raha, sebab waktu dia sebut nama salonnya, Cut Tiara, dia tidak share location atau beri alamat penuh.

"Nak.. Nampak.. Um.." katanya sewaktu ditanya mahu fesyen apa tatkala terduduk di tempat cuci rambut.

"Handsome? Hipster? Macam artis? Muka dah dekat sama macam pelakon Azrel Something tu, kan Raha?" Farah yang sama bertugas dengan Raha pagi itu menceceh.

"Pelakon generasi baru ni haruslah aku tak kenal Farah.." balas Raha tersengih-sengih sambil persilakan Fairul pilih tempat duduk.

"Um, bolehlah apa-apa pun.." balas Fairul sambil angkat kening pada Raha.

Janji Edayu sudi pandang.

Raha dapat kesan lintasan hati jejaka itu! Eh kau kan nak bertunang, ada hati nak tarik perhatian Edayu?! Geram pula Raha.

Tapi Raha tahu dia tak boleh terburu-buru buat kesimpulan. Satu lintasan hati belum cukup untuk dapat keseluruhan cerita. Masa mudanya dulu Raha selalu terperangkap dalam anggapan singkatnya kerana terlalu cepat menyimpul situasi.

Ini maknanya, wajib korek! Tambah pula dia akan jumpa Edayu yang sudah janji nak temankan dia naik teksi ke Bengkel E.

Raha mula berbual seperti biasa dia berbual dengan pelanggan baru. Asal mana, suka stail bagaimana, gaya rambut paling radikal yang pernah dicuba.. Hal makanan, kerjaya.. Hingga Fairul agak selesa berbicara.

"Awak dengan Edayu rapat ya masa sekolah dulu?" akhirnya Raha buka langkah caturnya.

"Kami asyik gaduh sebenarnya. Awak tahu, dia banyak kali cederakan saya? Ada sekali tu dia letakkan gam UHU pada lencana nama saya, masa tu saya ke tandas lalu sangkut saja kot pengawas di kerusi. Bila saya pakai semula kot pengawas, jari saya terlekat. Bila tarik, kulit jari saya tercabut! Masa tu dia salahkan saya sebab kacau dia date dengan seorang senior di sekolah. Seminggu susah menulis!" cerita Fairul sambil tunjuk ruas kedua di jari tengahnya yang pernah jadi mangsa.

Raha ketawa sambil terus gunting rambutnya yang lurus dan basah itu. Bahagian belakang tak perlu trim banyak pun.

"Habis tu kenapa sekarang sibuk nak tarik perhatian dia? Dengar cerita, awak bukannya single lagi?" selamba Raha tanya.

Tersedak lelaki itu, hampir saja Raha tersilap cantas rambut belakangnya.

"Sorry! Sorry! Tapi betul kan saya teka?" Raha tak sangka dia akan terkejut begitu. Aura ungu yang dominan naik likat di sekeliling lelaki itu hingga Raha terpaksa kedipkan matanya beberapa kali untuk tumpulkan derianya.

"Jelas sangat ke niat saya ni?" tanya Fairul yang sudah diberikan air minum dek Farah yang turut hairan melihat tahap dia terkejut lelaki itu.

"Saya ni memang ada bakat meneka sebenarnya. Maaf buat awak terkejut. Tapi.. betul tekaan saya kan?" tekan Raha lagi.

Fairul diam.

Kemudian dia mengangguk.

"Sebenarnya saya datang sini pun memang nak minta tolong awak.. Edayu salah faham. Dia sendiri yang buat kesimpulan yang saya nak tempah cincin tanda dan tunang, walhal asalnya saya cuma mahu tempah cincin untuk Mak saya.. " Fairul buka cerita dengan nada was-was, takut Raha marah agaknya.

Raha tenang saja.

"Tapi bila dia mahu saya beli yang dah siap direka, saya risau tak ada alasan nak selalu jumpa dan hubungi dia.. Jadi saya biarkan dia dengan anggapan dia.." perlahan saja Fairul cerita.

Serius, Raha tak sangka itulah kebenaran yang Fairul elakkan untuk dicerita. Aura biru dan merah jambu bercampur aura ungu. Bila bercampur-aduk memang sukar nak dibaca.

"Fairul, Fairul.. Kenapa awak tak terus-terang? Mengelak beritahu hal sebenar pun boleh menyusahkan, sama saja macam bila menipu.." Raha komen.

Kemudian dia rasa nak tergelak. Dia berhenti memotong. Cukup.

Rambut potongan terbaru yang dia sesuaikan ke jemala lelaki itu buat Fairul nampak muda dan lebih bergaya.

Raha tergelak juga bila tambah komennya, "OK dari segi fizikal nampaknya awak boleh tarik perhatian kawan saya tu.. Tapi kalau dia tahu awak tipu.."

"Saya cuma tak kata 'bukan' atau 'tidak' bila dia anggap saya bakal bertunang, dan bila Mak saya telefon dia minta dia ikutkan saja permintaan saya, Mak saya tahu saya sedang cuba berkawan semula dengan dia. Tapi saya memang bersalah. Saya asyik lengahkan dia dengan menukar rekaan.." Fairul cuba yakinkan Raha yang dia tak seratus-peratus bersalah.

Edayu takkan layan aku kalau tahu hal sebenar! Jernih sekali detik hati lelaki itu, dan Raha dapat rasakan yang dia benar-benar yakin yang anggapan Edayu tentang siapa lelaki yang bernama Fairul itu tidak pernah berubah sejak sekolah.

"Macam mana nak tolong.. Masa sekolah awak berdua dah start on the wrong foot. Sekarang, lead her on a wild goose chase macam ni, itu kan sama macam menganiaya dia? Wrong foot lagi, faham?" keluh Raha.

Rambut Fairul dikeringkan kemudian dia letakkan sedikit serum untuk beri ia kelihatan lebih menarik. Trim sikit di mana perlu.

Bahu Fairul dikibasnya. "Aduh.." kata Fairul tiba-tiba.

"Eh kuat ke saya tepuk? Maaf, nanti melekat rambut di baju, awak nak ke pejabat karang tak selesa.."

"Sakitlah juga.. Tapi.. Bukan itu masalahnya. Saya cuti hari ni. Masalahnya.. Saya rasa awak dah tak sudi nak tolong saya.." keluh Fairul.

"Beri saya sebab kenapa saya kena tolong awak? Awak dah heret Edayu berbulan-bulan dengan permintaan pelik awak untuk tempahan cincin, kemudian Ahad lepas buli saya untuk paksa Edayu ikut awak ke KB," Raha silangkan tangan ke tubuh.

Fairul terkebil-kebil. Aura merah jambu, kuning, ungu dan biru pula berselirat. Farah kembali ke pantry salon untuk habiskan minuman paginya, meninggalkan Raha dan Fairul berdua.

"Saya minta maaf sekali lagi, Raha. Saya perlukan masa untuk kenal semula dengan Edayu. True, we started off on the wrong foot. Saya cuma nak peluang kedua," rayu Fairul.

Macam-macam perasaan Fairul terkesan dek deria sixth sense Raha.

"Beginilah, Fairul. Saya tak mahu masuk campur dalam hal ini selagi awak tak terus-terang pada Edayu tentang hal tempahan awak di Muryani Jewels. Lepas awak beritahu dia hal sebenar tentang bakal tunang awak yang tak wujud tu, baru saya sanggup tolong," tawar Raha.

"Awak tahu kan saya dan Edayu asyik bergaduh? Saya rasa kalau saya terus-terang, dia takkan beri saya peluang lagi untuk dekati dia," kata Fairul.

Raha tarik nafas untuk tahan geram. "Fairul, awak tahu apa yang akan buat dia laaaagi marah daripada dapat tahu awak berselindung dengan dia?"

Fairul diam saja.

"Dia akan mengamuk kalau dapat tahu awak terus-terusan berselindung dengan dia sedangkan hubungan awak dan dia dah cukup baik sekarang," tegas Raha.

"I know.. Give me time? Kalau orang lain, saya takkan rasa sukar macam ni, Raha. Dengan Edayu," Fairul cuba buat Raha faham.

"More reason why you should start growing some balls!" cabar Raha tersengih-sengih dengan guntingnya.

Fairul angkat kedua-dua tangannya tanda akur.

****

Edayu sampai ke Cut Tiara lebih awal daripada yang dia jangka.

Eh, kereta Fairul? Oh, itu dia di dalam salon Raha sedang potong rambutnya.

Edayu gembira perniagaan temannya dapat pelanggan baru. Dia masuk ke dalam.

"Hai!" tegurnya.

Nampak saja dia, Raha terus pusingkan kerusi Fairul supaya menghadap Edayu.

"Edayu! Cepat, jadi juri: OK tak stail rambut kawan kau ni? Handsome macam akauntan atau handsome macam model?" tanya Raha.

"Handsome macam pelakon tu lah.. Azrel Something.." terjah Farah.

Edayu ketawa. Dia langsung tak perasan wajah Fairul ikut ceria lihat dia ketawa.

"Edayu sebaya aku lah. Tentu dia pun tak kenal pelakon mana yang kau maksudkan tu.." tempelak Raha pada rakan sekerjanya.

"So.. Loser, poser, winner?" Fairul pandang Edayu. Dia pusing sedikit kepalanya ke kanan kemudian ke kiri untuk beri Edayu lihat keseluruhan potongan.

"Uh.. OK... handsome lah juga.. Macam.. Ha! Masa awak Tingkatan Lima dulu," akhirnya Edayu tersengih beri pendapat.

Betul, nampak muda Fairul bila potong rambut gaya begitu.

Haih, teringat zaman kau jadi rebutan pelajar batch kita dulu, Fairul. Menyusahkan betul. Tapi sekarang rasa kelakar pula.. Terlintas begitu dalam hati Edayu.

Raha pusingkan badan sedikit supaya Edayu tak nampak, lalu angkat kening pada Fairul tanda 'mission accomplished'!

"Cukup sesuai untuk jadi Cikgu Matematik malam ni?" tanya Fairul lagi pada Edayu.

Ugh. Pandai betul dia korek jalan masuk ke dalam Rumah Keluarga Besar! getus Edayu.

"Bolehlah.." akhirnya Edayu beri kelulusan.

"Woohoo! Saya tolong awak malam ni. Nanti, awak pula ikut saya balik KB, adil kan, Raha?" sekali lagi Fairul tekan kedua-dua wanita.

Raha silangkan tangan ke tubuh lagi. "Adil bersyarat ya. Dan syaratnya, niat mesti luhur.." nasihatnya.

"Beres!" setuju Fairul faham maksud sebenar syarat itu.

"Kau berdua ni sejak bila jadi BFF ni? Sheesh!" desis Edayu tapi Raha dan Fairul cuma tersengih-sengih sahaja.

Macam ada komplot besar! kata hati kecilnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top