3: Curiga Fried Chicken
Telefon Edayu berbunyi-bunyi.
Fairul Bengs yang hantar mesej:
{Ibu minta saya ambil awak dan kawan baik awak di klia2. Jangan naik teksi ya.}
Mesej itu dihantar sejam lalu. Beberapa minit lalu pula mesej-mesej ini yang masuk:
{Saya tunggu awak di Arrival ya. Nama kawan awak apa?}
{Oh, tak apa, Ibu dah beritahu saya. Namanya Raha.}
Dan ini pula sampai baru sekejap tadi.
{Frieda Fried Chicken. Saya dah nampak awaklah. Don't be such a chicken. Kawan-kawan awak terlalu kurus untuk sembunyikan awak.}
{Mutiara Palawan is a good codename. Awak kan partner in crime saya?}
Bang! Bang! Bebebbang! Edayu lepaskan tembakan khayalan pada lelaki weirdo itu.
"Kenapa ni?" tanya Norman. Izzat pun menengok saja kerenah empat wanita yang tekun memandang skrin telefon Edayu.
"Klien Edayu yang kita sembangkan semalam datang untuk jemput dia. Yang pegang kad putih besar tu.." bisik Ellie pada Izzat dan Norman.
Dua jejaka yang baru lepas gagal dalam 'misi mengendap girlfriend' di Vietnam tahu yang mereka tidak sepatutnya terus menoleh dan mencari lelaki mana yang dimaksudkan itu.
(Nota khas untuk pembaca: Betul kan, kegagalan buat kita lebih matang?)
Norman yang melirik dulu. Dia ternampak seorang lelaki yang memegang kad. Entah apa-apa yang ditulis di kad itu. Tak masuk akal langsung.
Izzat seterusnya. Sasa, tinggi juga lelaki itu. Macam mana Edayu yang paling rendah berbanding kawan-kawannya itu berani bergaduh dengan dia di sekolah dulu? Mungkin dia late developer, pendek masa di sekolah, itu lintasan fikiran Izzat.
Di fikiran Ellie, Jelita dan Raha pula: Uhh.. Tall, dark, handsome! Adonis begini Edayu tak suka?
"Raha, kita naik teksi?" Edayu minta.
"Cik Fried Chicken, dia dah nampak kau la," Jelita ingatkan.
Norman dan Izzat yang sempat nampak apa yang tertulis di skrin 5-inci itu tergelak sedikit dengan gelaran Fried Chicken itu.
"Nanti dia mengadu pada ibu kau. Dah lah ibu kau juga yang suruh dia ke sini," Ellie pula beri pendapat.
"Naik sajalah dengan dia jom. Aku ada, jangan risau," Raha jamin.
"Dia memang panggil ibu kau, Ibu, ya? Memang rapatlah keluarga kau berdua. Apa-apa jadi, susah.."
Edayu mengeluh, tahu debat kawan-kawan ada logiknya. "Huh, cepatnya vacation aku tamat!"
Norman tergelak lagi. Lelaki itu nampak OK saja pada dia.
Edayu melangkah juga ke ruangan Arrival yang terbuka kepada umum, yang lain mengikut.
"Hai. Fairul. Maaf, susahkan awak. Kakak saya ni, dah beritahu tadi yang kami boleh naik teksi kalau dia tak boleh datang ambil," Edayu tegur Fairul yang sudah tidak lagi memegang kad putih.
"Nonsense. Kita kan kawan lama," kata Fairul.
Tiga wanita di sisi Edayu terpegun dengar suara deep lelaki itu. Swoon!
"Saya Fairul," lelaki itu terus hulurkan senyum dan salam pada Izzat, Norman dan kemudian tiga lagi rakan Edayu.
"Oh, awaklah Raha, ikut sekali kan?" tanya Fairul lepas berkenalan sendiri dengan semua orang bila Edayu nampaknya tak sudi nak kenalkan gengnya.
****
Ungu pekat dan likat menyelubungi Fairul bila dia tanya Raha begitu. Raha angguk, kemudian kuatkan lagi usahanya untuk tumpulkan sixth sensenya.
Tapi sia-sia. Nampaknya apa yang akan berlaku hari ini, tiada elaknya.
"Saya harap kereta awak sebenarnya lori 1 tan, sebab kebanyakan beg di sini, beg Edayu. Kami tukang bawa saja," kata Raha terus bergurau. Lelaki itu senyum lebar.
"Ya? Marilah saya pun tolong bawa. Yang mana satu beg Edayu?" tanyanya.
"Ini," kata Jelita, "Dan ini, ini dan ini.." katanya lagi. "Ini yang terakhir."
Raha cekap menangkap mata lelaki itu yang untuk sekilas, terbeliak sedikit.
"Marilah kami hantar awak bertiga ke kereta, sebab kenderaan kami lambat sikit tiba. Jem di Dengkil katanya," tawar Izzat Affan yang sempat baca mesej daripada pemandu syarikatnya, Abang Zain.
"Oh, OK, thanks guys, saya turunkan kereta dari parking lot, sekejap ya?" kata Fairul.
Dia berpaling pada Edayu lalu mengajaknya ikut sama. Bila Edayu teragak-agak, dia bisik, "Jangan harap nak cabut naik teksi," dan Jelita seorang saja yang sempat dengar sebab dia cukup hampir.
Edayu atur langkah berat.
Lima rakannya tengok saja dua musuh lama yang sudah masuk tahap neutral berlalu.
Raha mula ketawa dulu.
"Apa kata instinct kau, Raha?" tanya Ellie.
Raha tak dapat tahan lalu ketawa besar pula. Ah kalaulah boleh bagitahu saja!
Tapi golongan perasa cuma dibenarkan berkongsi rahsia deria kalau benar-benar perlu saja.
"Aku rasa.. Mereka takkan dapat elak satu sama lain," Raha cuba lembutkan ramalannya.
Ellie angguk. "Aku rasa macam tu juga. Meranalah Edayu," katanya.
Jelita hairan kenapa Raha nampaknya suka. Takkanlah dia suka Edayu rapat dengan bakal tunang orang?
"There's something funny going on, tapi funny 'haha' bukan funny weird, tapi jangan risau, nobody's gonna get hurt," kata Raha yang dengar jelas isi hati Jelita.
Jelita menghela nafas lega.
****
"Fairul. Maaflah susahkan awak je," kata Edayu lagi, masih mahu cuba boloskan dirinya dan Raha daripada terpaksa menumpang Fairul.
"Kan dah kata, tak kisah. Tempoh hari kata awak pun tak kisah saya susahkan awak dengan rekaan cincin mengarut saya, kan? Ha, samalah," Fairul bukakan pintu penumpang hadapan untuk Edayu.
Ish, seganlah aku dia buat macam ni. Nampak bakal tunangnya nanti matilah! terdetik di hati Edayu.
"Kawan awak Raha tu tinggal di mana?" tanya Fairul.
"Seksyen 2. Dekat UiTM tu," kata Edayu.
"Oh, OK. Senang. Awak di Bukit Jelutong kan?"
"Ya.."
"Lepas ni saya tahu rumah awak di mana, tak perlu kacau awak di rumah Ibu dan Ayah lagi," balas Fairul.
Seperti biasa Edayu sedikit jengkel Fairul memanggil orang tua Edayu sebagai Ibu dan Ayah dan tersangkut jengkel kerana Fairul bakal tahu rumahnya di mana.
Tahulah Ibu ada suruh kau panggil dia Ibu lepas tamat sekolah dulu, tapi tak boleh ke kau terus panggil dia Cikgu Zabedah? Aku sendiri panggil mak kau 'Auntie' bila dia kata tak perlu panggil dia Cikgu Fatimah, ada aku panggil dia 'Mak'?
"Lepas siapkan cincin tanda dan tunang awak, memang tak perlu kacau saya dah," komen Edayu.
"Oh, jangan harap. Cincin kahwin, rantai ulangtahun, rantai tangan harijadi, kerongsang Hari Raya.." Fairul balas sambil halakan kereta keluar daripada parking area.
"Tolong pilih yang 'ready-made' atau hantar rekaan sendiri yang takkan diubah lagi," cadang Edayu dingin.
"Fried Chicken! Saya ingatkan awak ikhlas tolong saya? Jangan lupa, awak dah janji, kan?" tagih lelaki itu.
"Itu saya janji sebab tersepit, Auntie Fatimah suruh beri saja rekaan apa yang awak suka kerana dia yang nak taja perkahwinan awak, dan awak pula ingatkan saya kisah Pak Wan. Kalahlah saya," bentak Edayu.
Fairul senyum saja dengar nada Edayu jadi sedikit geram. Macam spoiled brat, desisnya.
"Edayu, zaman kita bersaing untuk jadi top student dah berakhir. Awak kena sedar yang sebenarnya awak dan saya sekutu. Macam kuasa paksi dalam Perang Dunia Kedua. Hal Pak Wan saya takkan ungkit kalau bukan betul-betul soal hidup dan mati, tahu?" Fairul membebel, buat Edayu teringat kisah Pak Wan.
Pak Wan yang hembuskan nafas terakhirnya depan Edayu dan Fairul ketika umur mereka berdua hanya 18 tahun dahulu.
Kalah aku, kalah.. Edayu geram sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top