12: Lava Mengalir Deras

Emry dan Raha dapat juga berbicara berdua lewat malam Jumaat itu. Hasrat nak tonton midnight show bertukar jadi sessi makan malam di restoren bersuasana retro, Pondok-Pondok.

"Tragik juga kisah Fairul dan Edayu. Kalaulah Fairul dapat peluang untuk duduk semeja dengan Edayu dan luahkan saja semuanya," komen Raha sambil kongsi kerepek .

Emry senyum. "Makin suka, makin susah tau nak cakap apa yang ada kat sini," balas Emry sambil tunding sikit dadanya.

Terus Raha terpandang dada Emry yang sasa itu.

Ooh..

"Dan.. Dan.. kalaulah Edayu tak cepat sangat jump to conclusions. Ini, bila Fairul baru cakap sikit.. Edayu terus buat kesimpulan sendiri," tambah Raha cepat-cepat supaya Emry tak nampak dia sibuk perhatikan fizikal lelaki itu.

Asalnya, yang menarik perhatian Raha pada Emry bukanlah rupanya.

Masa pertama kali ternampak Emry waktu kenduri kahwin Nora dulu, dia perhatikan lelaki itu hormat pada orang sekelilingnya, terutama orang tua. Kanak-kanak pun lembut sahaja dia melayan mereka. Kemudian dia bantu Raha alihkan beberapa meja di verandah rumah Nora supaya keluarga pihak lelaki dapat duduk lebih selesa.

Raha memang cepat cair bila nampak lelaki rajin. Biar muka tak seberapa tapi jangan berat tulang.

Sekarang, duduk berdekatan di bawah lampu minyak tanah, barulah Raha dapat perhatikan ciri-ciri lain manusia yang bernama Emry itu.

"Betul, tapi sebab mereka itu dah kenal lama, sejarah mereka tu.. Membelit?"

"Terbelit?"

"Haha! Lebih kuranglah. Kadang-kadang Bahasa Melayu saya masih tak cukup bagus," Emry mengaku.

"Macam French saya?" usik Raha.

"French awak bagus untuk orang yang tak belajar di kelas. Kalau nak, nanti saya ajar lagi French," tawar Emry.

Kalau ajarkan French kiss terus bagaimana?

Raha! Raha sendiri marah dan terkejut dengan isi hati sendiri.

"French. Language. Ya, ya. Nak. Eh, kenduri kesyukuran di rumah awak, apa saya boleh tolong?" Raha cepat-cepat membebel supaya dia dapat lupakan apa yang terlintas di fikirannya tadi.

"Hmm.. Tanya Nora dan kakaknya? Mereka kata hal dapur penting. Entahlah apa maksudnya sebab Daddy dah minta caterer siapkan," kata Emry.

"OK," balas Raha tenang semula.

"Ah! Tolong bawa sepupu saya shopping? Coco. Adik Rocco. Tak sanggup saya. Boleh?" minta Emry.

"Ha, itu senang," janji Raha.

"Terima kasih Tiara," ucap Emry memandangnya ikhlas.

Ya Emry, terimalah kasih ikhlas daripada Tiara..

Hati Raha rasa kembang, hangat. Ada arus elektrik mengalir pantas, deras.

Apa ni Raha! Raha marah diri sendiri lagi. "Sama-sama!" itu saja yang terluah.

Takutnya Raha memikirkan betapa cepatnya pada Emry hatinya terpikat.

Sudahlah tidak ada gerak hati daripada deria sixth sense, tiada aura untuk beri petunjuk. Buat pertama kali dalam soal lelaki, Raha terasa macam terjatuh ke dalam perigi buta yang gelap.

Sebab itulah Ahad lepas bila Emry kata dia dah lama sukakan Raha, Raha tak segera membalas.

Sebaliknya, Raha cuma kata, "Rasanya, saya akan ada respon yang sesuai selepas date kelima.."

Dan Emry terus ketawa dan balas, "Saya nak belikan awak kalendar. Kita terus bulatkan tarikh date ketiga, keempat dan kelima. OK?"

Begitu sahaja, suasana serius di dalam kereta tua terasa ringan semula. Date kedua berakhir sempurna dengan CD second-hand koleksi Edith Piaf dan kalendar poket dari Kedai Buku Times.

****
Telefon Edayu berbunyi-bunyi lagi pagi Ahad itu. Siapa lagi kalau bukan Fairul Bengs.

{Edayu, terima kasih kerana hantarkan tempahan saya. sebenarnya saya nak ambil sendiri sebab perlu serahkan dokumen guaman.}

{Saya datang rumah awak, atau rumah Ibu?}

Edayu yang selesema dan tak larat nak memandu ke rumah ibu bapanya itu terpaksa balas dia tunggu di rumah sendiri saja petang nanti. Lagipun ibu dan bapanya tentu sibuk di kedai utama Muryani Jewels di Bukit Bintang.

Mujurlah Edayu tak perlu ke cawangan perniagaan di Shah Alam hari ini.

Dia cuba telefon kawan-kawan supaya temankan dia.

Raha: Aku dan Nora tolong kemas rumah keluarga Emry, kan mereka nak kenduri minggu depan. Kami cepat-cepat siapkan dan datang, OK? Jangan lupa ayah Emry ada jemput kau.

Ellie: Hari ni bawa Izzat lunch ke rumah Mak, ngeri! Kalau tak kena interrogate lama, petang mesti aku sempat sampai ya.

Jelita: Norman dah terbeli tiket tayangan matinee teater Mak Yong. Habis saja pertunjukan, aku datang. Sempat rasanya sebab cuma sejam. Pukul 5.30 Kan Fairul nak datang?

Edayu mula terasa dia patut ada hobi baru untuk dapatkan kawan-kawan bujang yang baru.

Bukanlah dia marah rakan-rakannya semua tak dapat beri komitmen untuk membantu, tapi dia betul-betul tak mahu jumpa Fairul sendirian.

Atau jumpa dia datang beriringan dengan bakal tunangnya, desis hati kecil Edayu tanpa diduga.

Whoa! Kenapa nak cemburu pula? Akal Edayu marah hati kecilnya.

Kecil hati dibuatnya hati kecil Edayu tu ditegur begitu.

"Naik gila aku dibuatnya. Hate you Fairul Bengs Iskandar!" marah Edayu sebelum terlelap di sofa ruang tamu rumahnya gara-gara ubat selesema.

****
Pukul 3 petang baru Edayu terjaga. Terkocoh-kacah dia uruskan dirinya.

Di telefon ada mesej dari Raha. Rumah Emry dah bersih, mereka akan sampai pukul 4 nanti.

Ringan hati Edayu!

Terus datang mood untuk buat kek segera. Sejam berlalu, dua talam brownies mewangi dalam ketuhar.

Bunyi loceng rumah buat dia panik. Takkanlah Fairul awal?!

Ellie dan Izzat! Sepasang kekasih itu melegakan Edayu.

"Masuklah, kejap lagi brownies siap," ajak Edayu.

"Ni, aku bawa karipap mak," kata Ellie.

"Itu, karipap cikgu saya lah Edayu," kata Izzat tersengih-sengih.

"Cikgu? Kata jumpa bakal mertua, Izzat?"

"Mak Ellie, cikgu kelas saya masa Darjah 1. Patutlah bila sekali-sekala Ellie cekak pinggang, rupanya sama macam Cikgu Endon yang garang tu," ketawa Izzat jelaskan.

Ternganga Edayu mendengarnya!

****

Ellie tergelak dengar karipap emaknya dapat penjenamaan semula.

Teringat dia waktu dia perkenalkan Izzat dan emaknya terus ingat bekas muridnya yang berparut bentuk istimewa di mata kirinya.

"Izzat Affan? Izzat Affan.. Nama bapanya, siapa? Ikhwan? Asal Terengganu?" terus emaknya tanya. Izzat baru lima langkah masuk ke ruang tamu.

"Eh, duduklah dulu," ajak Encik Aziz.

Izzat balas ya sambil duduk. Mereka semua duduk dan pembantu rumah hidangkan minuman.

"Hmm, parut di mata. Terkena kukur kelapa kan?" tanya Cikgu Endon lagi.

Ellie tahu emaknya jarang lupa nama anak murid, tapi mengagumkan juga sebab dah lebih 25 tahun emaknya ditukarkan dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

"Sebenarnya, tak ingat.." kata Izzat. "Tapi, Cikgu Endon, saya ingat. Hari-hari bawa flask kuning ke sekolah, kan?"

Cikgu Endon ketawa mengangguk. Sah Izzat anak muridnya masa mengajar di Terengganu dulu.

"Masa jadi luka tu, Izzat dijaga nenek di kedai keropok di Penarik, kan? Masa tu emaknya pergi hantar keropok yang dipesan orang. Kedai mak Izzat yang sebaris dengan kedai alat tulis yang ada pejabat pos mini, kedai runcit, kedai santan, warung?" tanya Cikgu Endon lagi.

Izzat angguk. "Betul, bahagian tu saya ingat. Cikgu tahu ke apa jadi?"

"Ellie ingat?" tiba-tiba Cikgu Endon tanya anaknya.

"Eh, Ellie ada ke masa tu Mak?" tanya Ellie.

"Ada! Tak ingat juga lah tu. Mak tengah tunggu kerani pejabat pos ambilkan bungkusan, Ellie tengok patung kertas. Tiba-tiba ada seorang budak tolak Ellie, sampai nak terlentang dibuatnya. Izzat tengah tengok patung askar dekat situ sempat sambut Ellie, tapi dua-dua terjatuh. Kepala Izzat terhantuk ke kukur bulat mesin parut kelapa kedai sebelah. Ingat?" tanya Cikgu Endon.

Dia sendiri susah nak lupa kejadian itu, banyak darah keluar walaupun lukanya lubang kecil saja.

Izzat dan Ellie masing-masing mula teringat sedikit-sedikit.

Izzat mula teringat laungan neneknya memarahi si budak pembuli.

Ellie mula teringat darah yang banyak memancut keluar dari sisi kepala seorang budak kurus.

"Kita bawa ke klinik naik kereta.. Nenek Izzat pun ikut. Ellie peluk Izzat sambil melalak sampailah ke klinik. Izzat yang pujuk Ellie supaya berhenti nangis. Tak ingat lagi?" geli hati Cikgu Endon cerita.

Ayah Ellie ikut tergelak.

Ellie dan Izzat akhirnya ingat!

"Ish Mak, malukan Ellie je.." komen Ellie yang sudah teringat yang memang dia peluk kuat budak lelaki itu sampai habis berdarah bajunya Disney kesayangannya.

"Ellie, saya ingat!" kata Izzat terlalu gembira. "Kita memang pernah jumpa di Penarik.. Awak pakai baju Minnie!" tambahnya bila dia dapat ingat wajah sedih budak perempuan yang menangis di dadanya dulu.

Ibu bapa Ellie memandang penuh minat.

"Ha, saya pun dah ingat baju Minnie tu. Lepas tu kotorannya tak hilang, tak dapat pakai lagi.." Ellie turut suka.

Cikgu Endon dan Encik Aziz bertukar senyuman.

"Jom, makan dulu. Nasi hujan panas tunggu," ajak Ayah Ellie, kini faham hubungan anaknya dengan 'kawan' yang dia ingin perkenalkan pada keluarga.

****

Cerita Ellie dan Izzat tergantung sebab loceng rumah Edayu berbunyi lagi. Nora, Firdaus, Raha dan Emry sampai!

"Mana Melissa dengan Mukhriz?" tanya Edayu.

"Tinggal dengan kakak aku dan anak-anaknya di rumah Emry. Nak main rumah pokok di belakang rumah Emry tu.." balas Nora.

Cerita Ellie disambung sambil Edayu, Raha dan Nora mula menggoreng farfalle.

****

"Macam mana boleh jumpa semula?" tanya Ayah Ellie, Encik Aziz sambil mereka makan.

"Nora, kawan U Ellie kenalkan kami tahun lepas. Awalnya saya tawar Ellie bekerja di syarikat batik emak saya," kata Izzat sambil terangkan tentang jawatan Ellie sebagai pereka kanan di syarikat rundingan juga.

"Jadi, Izzat, boss Ellie?" tanya Cikgu Endon.

"Sebenarnya Ma, um, emak saya boss Ellie. Boss saya juga.."

"Emak Izzat tahu kamu berdua berkawan?" tanya Cikgu Endon lagi.

"Ya. Sebenarnya, Ma awal-awal lagi dah nampak saya sukakan Ellie, sebelum saya sendiri tahu," Izzat beranikan diri.

Ellie rasa nak ke dapur menyorok saja waktu itu tapi Izzat senyap-senyap pegang tangannya di bawah meja minta sokongan.

Cikgu Endon dan Encik Aziz berpandangan.

"Hmm.. Kalau macam tu tak payah panggil Cikgu dah. Panggil makcik," balas Cikgu Endon lembut.

Faham simbolik permintaan itu, Izzat genggam sedikit tangan Ellie sebelum membalas, "Terima kasih, makcik. Bila-bila senang, boleh saya kenalkan Ma pada makcik dan pakcik?"

Soalan berlapis maknanya itu ditanya Izzat dalam gementar.

"Ajaklah Ma Izzat tu datang bila-bila saja. Kami kan cikgu pencen memang selalu di rumah saja.." Encik Aziz yang dulu mengajar Matematik pelawa, sekali lagi faham maksud orang muda di depannya.

"Minggu ni dia di KL. Esok dia sampai. Keropok lekor pasti ada, tapi kalau nak kuih-muih yang lain, saya pesankan," tawar Izzat pula.

"Keropok lekor, masih resipi sama?" tanya Cikgu Endon.

"Sama macam yang allahyarhamah nenek buat. Nanti saya bawa, ya?" janji Izzat.

****

Cerita Izzat dah Ellie terhenti bila Jelita dan Norman sampai.

"Bau apa yang sedap ni?" tanya Jelita.

Belum sempat Edayu jawab, Fairul muncul di belakang Norman dan berikan salam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top