𝑏𝑎𝑏 9
I thought I lost you but you were never really there.
Malaysia.
Ariz menarik nafas panjang. Jam dipergelangan tangan nya dilihat sekejap, sebelum Ariz angkat kepala tegak pandang ke hadapan. Sebuah rumah kayu tua yang sudah kelihatan nazak menjamah pandangan mata Ariz.
Kelihatan seorang lelaki tua tercongok di sebalik rimbunan pokok-pokok bunga. Tak berlengah, Ariz menuju ke arah lelaki itu. Ariz berdehem, cuba menarik perhatian. Lelaki tua itu angkat kepala, kening nya berkerut memandang Ariz.
"Assalamualaikum pakcik.."
Ariz hulur tangan.
Lelaki tua itu mengelap tangan nya yang sedikit kotor dengan tanah ke seluar. Sebelum menghulur tangan membalas salam Ariz.
"Waalaikumsalam.. Anak ni cari siapa?"
Lelaki tua itu bertanya sebaik sahaja tangan mereka terlerai. Lelaki tua itu cuba-cuba menoleh ke arah kereta Ariz yang berada dipinggir jalan.
Ariz senyum. Sekali lagi dia pandang rumah tua itu, sebelum beralih pada lelaki di hadapan nya ini.
"Maaflah menggangu pakcik.."
Ariz berbasa-basi.
"Eh.. Tak adalah ganggu sangat pun. Anak ni.." Jeda, wajah Ariz ditelek lelaki itu lama sebelum dia menyambung ayatnya yang tergendala sebentar tadi. "Tak pernah nampak pun kat sini sebelum ni.."
"Memang tak pernah nampak pun pakcik. Saya bukan orang sini. Saya datang ni sebab ada hal, ada benda yang saya nak tanya pada pakcik memandangkan hanya ada pakcik je kat sini.."
"Macam mustahak saja bunyi nya."
Lelaki tua itu tersenyum nipis. Hangat matahari memancar garang, menyalai kepala.
"Nampaknya macam tu lah, pakcik."
"Marilah kita duduk dulu."
Lelaki tua itu membawa Ariz duduk atas bangku kayu yang tidak jauh daripada mereka, Ariz membuntuti tingkah lelaki tua itu.
Punggung bertemu bangku.
"Ha.. Anak ni siapa nama?"
"Nama saya Ariz, pakcik."
"Oh.. Ariz, segak benar nama kamu.."
Puji lelaki tua itu. Dan Ariz hanya membalas dengan senyuman kecil.
"Pakcik.. Kalau pakcik tak keberatan, boleh saya tahu siapa pemilik asal rumah ni?"
Lelaki tua itu terdiam. Mata nya memandang rumah tua itu lama. Seperti soalan daripada Ariz sangat sukar untuk dijawab, itu membuatkan Ariz semakin penasaran.
"Kalau pakcik tak nak bagitahu takpa.. Saya takkan paksa."
Lelaki tua itu menunduk. Mereka berdiam cukup lama sebelum kesunyian dipecahkan dengan jeritan dari atas rumah.
***
"คืนหนึ่งราคาเท่าไหร่?"
"Berapa satu malam?"
Pandangan kak Ti beralih pada Arsel yang sedang teresak-esak itu sebelum kembali semula pada empat orang lelaki di hadapan nya.
Kak Ti serba-salah.
"แต่คุณต้องสัญญากับฉันว่าจะไม่เจ็บ."
"Tapi kau mesti janji pada aku, jangan sampai dia terluka."
Ujar kak Ti yang semakin dilanda gusar, betul ke apa yang sedang dia lakukan ini? Tapi dia perlukan duit, kak Ti sudah terdesak, suami nya sedang dililit hutang. Apalah fungsi seorang isteri jika tidak dapat membantu meringangkan beban yang ditanggung suami?
Sekurang-kurang nya niat aku baik. Bisik kak Ti di dalam hati.
Empat orang lelaki itu berpandangan. Mereka kelihatan sedang bercakap-cakap sesama sendiri menggunakan bahasa yang langsung tidak Arsel mengerti. Bibir nya di kemam, nafas nya sudah sesak, apa yang kak Ti nak buat padanya?
Arsel sentuh betis kak Ti. Wanita itu menoleh pada nya dengan wajah menyinga.
"Janganlah buat Arsel macam ni, kak Ti.. Arsel sanggup buat apa saja. Tapi bukan macam ni, tolonglah kak Ti.. Kesiankan lah Arsel."
Arsel merayu entah untuk kali yang ke berapa.
Kak Ti geram.
Dahi Arsel ditunjal.
"Kau duduk diam saja tak boleh ke? Bukan nya kau mati pun.. Aku bukan nak bunuh engkau.."
"Lebih baik kak Ti bunuh je la Arsel daripada paksa Arsel buat macam ni.."
Kak Ti mengetap bibir. Kepala dipusingkan daripada memandang wajah Arsel.
"แบบไหน? คุณต้องการหรือไม่?"
"Macam mana? Kalian semua mahu atau tidak?"
"คุณตั้งเงื่อนไขมากมาย."
"Kau tetapkan syarat banyak sangat."
Komen seorang lelaki berdahi luas itu.
"ถ้าไม่อยากบอก หลายคนอยากได้ผู้หญิงคนนี้."
"Kalau kau tak mahu. Banyak lagi yang mahu perempuan ini."
Ugut kak Ti. Dia sudah tidak ada masa lagi, hutang suaminya perlu dilangsaikan malam ini juga. Arsel yang sedang meringkuk di atas katil tadi dibangunkan kak Ti dengan kasar. Tubuh kecil itu di heret keluar dari dalam bilik secara paksa.
"อย่าเป็นแบบนี้."
"Janganlah begitu."
"แล้วอยากได้หรือเปล่า."
"Jadi kau mahu atau tidak?"
Sekali lagi Arsel memaut betis kak Ti. Wanita itu sudah hilang sabar, tudung Arsel di rentap sehingga koyak.
"Kau ni memang perempuan tak guna! Sakitnya hati aku.. Tak padan dengan bisu, sebelum aku ganyang kau cukup-cukup, lebih baik kau dengar cakap aku ni baik-baik.. Tak lama lagi kau dah tak suci, tak akan ada mana-mana lelaki lagi yang nakkan kau.. Termasuk encik Ariz tu."
Berusaha Arsel melindungi aurat nya dari tatapan empat orang lelaki itu. Jantung nya bagai terhenti, kehormatan nya yang dia jaga selama ini terasa terbenam jauh ke dalam tanah.
Perit.
***
Lisa merengek di atas katil. Seorang lelaki tua yang membelakangi nya menoleh pada Lisa, lelaki itu sudah lengkap berbaju.
"Dato nak balik dah ke?"
"Ya sayang.. Nanti isteri I perasan.."
Lisa mencebik. Jari nya bermain dengan hujung rambut.
"Ceraikan je lah isteri you tu.. And then you boleh bersama dengan I bila-bila masa je you nak. Kita bebas."
Pujuk Lisa.
"Tak boleh.. Susah."
Lelaki tua yang boleh menjadi ayah Lisa itu terlihat gusar, terbayang wajah isteri nya di ruangan mata.
"Kenapa susah? You tak sayangkan I eh?"
"Gila tak sayang.. I sayangkan you sangat-sangat, baby."
Lelaki tua berpangkat dato itu mendaki katil semula, tubuh Lisa di bawa ke dalam pelukan nya. Lisa melentok ke badan lelaki tua itu, jari nya bermain di atas dada lelaki tua itu.
"Habistu? Kalau you sayangkan I, I nak you ceraikan isteri you tu. Dia tu dah tua, apa yang you nak simpan dia lama-lama? Buat habiskan duit you je. Lebih baik you bagi semua duit you tu dekat I, sayang.. Untuk masa depan kita, mana tahu one day kita kahwin.. And ada anak, you tak fikir ke semua tu? Hm? Sayang?"
Lisa melunakkan suara, lelaki tua itu mengigit bibir.
"Tapi I masih sayangkan isteri I, Lisa.. Walau macam mana pun dia ibu kepada anak-anak I."
Lisa berang.
Tubuh lelaki tua itu di tolak semahu nya.
"Lisa.. Kenapa ni, sayang?"
Lelaki tua itu mengerutkan dahi. Dia tak faham, tak faham dengan perangai Lisa.
"I nak you ceraikan isteri you juga. Kalau tak.."
"Kalau tak apa?"
"Kalau tak, I tak nak tidur dengan you, you carilah perempuan lain.."
"Sayang.."
Tangan Lisa cuba di raih. Lisa pusingkan kepala pandang arah lain.
"Dengar sini, even I tak ceraikan isteri I pun, duit I tetap akan ada dengan you, sayang.. I akan utamakan you daripada isteri I. Trust me, okay?"
Lisa senyum. Jerat mengena. Perlahan-lahan dia menoleh semula ke arah lelaki tua itu, walaupun muak bersandiwara, namun pulangan yang dia dapatkan daripada sandiwara nya ini berbaloi.
Lelaki tua nak mampus macam ni, petik jari saja lah. Senang nak di peralatkan.
"You janji?"
"Yes I janji, baby.."
"Betul?"
"Betul.. Sumpah."
Lelaki tua itu angkat tangan, membuat isyarat sumpah.
Lisa tergelak kecil, hidung lelaki tua itu dicuit.
"Ha.. Macam ni la, kan cantik, sexy. Tu yang I makin sayang dengan you."
"Yelah tu.."
Wajah Lisa di tarik.
Bibir mereka bertemu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top