𝑏𝑎𝑏 7

Pesanan itu di baca Ariz entah untuk kali yang ke berapa.

We've found your family. This is a rare case, Ariz. You must return. we have to meet. There are other important things I want to tell you.

Keluarga?

Selama lima tahun hidup di panti asuhan, Ariz tak pernah tahu bagaimana perasaan memiliki keluarga yang sebenar. Bagaimana perasaan hidup kalau ada ayah, ada ibu.

Tuan Mustafa yang mengambil Ariz dan membuat dia merasakan erti kekeluargaan.

Ariz tak dapat bayangkan, bertemu semula dengan keluarga kandung nya.

Ariz tak tahu nak rasa apa, pesanan daripada perisik yang di upah nya senyap-senyap dari dua tahun yang lepas kini memberikan khabar yang sama sekali mengejutkan Ariz.

Sebuah keluhan berat dilepaskan. Dia tidak tahu sama ada dia perlu bersedih ataupun bergembira ketika ini.

Ariz bingung.

Dan dia juga merasa sedikit gusar.

Ariz angkat kepala, pandang Arsel di hadapan nya yang sedang menguis makanan. Itu adalah apa yang Arsel lakukan sejak beberapa minit tadi. Mengelamun.

Ariz berdehem.

Arsel angkat kepala pandang Ariz dengan kening berkerut, segelas air putih Arsel suakan pada Ariz.

Gelas bertukar tangan. Arsel kembali tunduk.

"Arsel.."

Panggil Ariz lembut.

"Arsel kalau tak ada selera tak apalah.. Arsel naik atas, rehat. Nanti semua ni abang yang kemas."

Arsel angkat kepala semula dan pandang Ariz.

"Abang."

"Ya?"

"Arsel nak balik."

"Arsel nak balik mana?"

"Arsel nak balik Malaysia."

Sudu yang dipegang Ariz jatuh ke lantai. Segera dia tunduk dan mengambil semula sudu itu. Arsel seakan menunggu jawapan daripada Ariz.

"Abang, tolonglah.. Arsel betul-betul nak balik Malaysia."

Ujarnya dengan suara berharap.

"Bila Arsel nak balik?"

"Secepat yang mungkin."

Ariz dah agak hal ini akan berlaku. Arsel takkan tahan lama-lama kat sini lagi-lagi setelah tahu yang tuan Mustafa dah tak ada.

Arsel pasti nak mulakan hidup baru.

Arsel mesti nak berdikari.

Tapi macam mana dengan Ariz?

"Abang macam mana?"

"Kenapa dengan abang?"

Arsel kerutkan dahi.

"Arsel nak tinggalkan abang kan? Arsel nak mulakan hidup baru tanpa abang?"

"..Tak, bukan macam tu."

"Habistu macam mana? Kenapa Arsel nak balik Malaysia? Kita boleh je kan tinggal kat sini dulu."

"Sampai bila? Sampai bila kita nak tinggal kat sini? Ini bukan tempat kita, abang.. Arsel bukan budak-budak lagi."

Ariz mengetap bibir. Betul, Arsel bukan budak-budak lagi.

Tapi..

"Arsel tak faham.. Ini semua demi keselamatan Arsel. Abang buat semua ni demi Arsel."

"Jadi kalau Arsel tak faham, abang kena fahamkan Arsel.. Bukan buat semua tanpa Arsel tahu."

Ariz pandang arah lain. Sebelum fokus pada Arsel semula.

"Listen to me Arsel.."

***

"Macam mana?"

Seorang lelaki duduk di atas kerusi, topi hitam yang menutup kepala nya di buka dan di hempas ke meja.

"Dapat apa-apa info ke tak?"

Lelaki yang sedang duduk mencangkung itu bertanya semula.

"Aku dengar Raid masuk campur dalam hal ni.."

"Apa lagi si Raid tu nak? Dia dah bunuh Mustafa sampai hutang-hutang kita tak terbayar, dia tak puas hati lagi?"

Lelaki mencangkung itu memandang dua orang teman nya silih berganti. Bibir nya mengukir senyuman.

"Aku syak ada something yang Raid cari.."

"Dia cari apa?"

"Manalah aku tahu, kau ingat aku boleh tahu apa yang ada dalam kepala Raid?"

"Habis sekarang ni macam mana?"

Topi yang di hempas ke meja tadi di capai nya semula.

"Kita kena cepat. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Kita kena cepat cari orang kanan Mustafa sampai dapat.. Aku tahu orang kanan Mustafa tahu dekat mana Mustafa sembunyikan anak perempuan dia."

Lelaki yang sedang mencangkung itu tersenyum-senyum.

"Aku sebenarnya dah tahu orang kanan Mustafa ada dekat mana. Cuma aku perlukan sikit modal dari korang."

"Modal lagi.."

"Berapa kau nak?"

Lelaki bertopi hitam bertanya.

"Dalam 8 ribu macam tu.."

***

Arsel terkebil-kebil memandang siling. Kipas yang ligat berpusing-pusing di renung cukup lama.

Dia tak dapat melelapkan mata. Jam sudah menginjak ke angka 11. Selalunya waktu-waktu ini Arsel sudah lena diulit mimpi.

Bunyi barang jatuh di luar bilik nya mengejutkan gadis itu, bingkas dia bangun daripada katil dan pergi ke arah pintu, baru sahaja tangan nya ingin memulas tombol pintu, terdengar suara Ariz di luar.

Arsel menghentikan niat nya.

"Memang betul esok ke encik Ariz?"

Kedengaran suara kak Ti bertanya dengan nada suara yang sedikit risau.

"Ya kak Ti. Esok."

"Tapi takkan tuan Ariz nak tinggalkan cik Arsel kat sini dengan kak Ti?"

Terdengar Ariz melepas keluh.

Arsel mengetap bibir.

Jantung nya laju mengepam darah ke dalam badan. Dia tak tahu sama ada dia salah kerana mencuri dengar perbualan Ariz atau dia takut kalau mendengar sesuatu yang kurang baik.

"Saya tak boleh bawa Arsel. Kat sana bahaya, banyak yang cari Arsel sebab dia satu-satunya waris tuan Mustafa."

"Kak Ti tak faham.. Encik Ariz kan ada untuk lindungi cik Arsel?"

"Ya, memang saya ada kak Ti. Tapi saya balik Malaysia bukan sebab Arsel. Tak ada kena-mengena dengan Arsel. Saya balik sebab misi saya sendiri."

Nada suara Ariz kedengaran tegas.

Misi? Misi apa?

"Kak Ti takut, encik Ariz.. Kat sini sekarang pun dah banyak kali orang letak bangkai.. Tuang cat merah, pecahkan pasu bunga kat depan tu. Kak Ti ni ada ibu-bapa, macam mana kalau diorang ikut kak Ti balik rumah nanti.."

"Kak Ti tenang. Diorang takkan berani buat lebih daripada tu, kak Ti percaya dengan saya."

Arsel menekup mulut.

Entah di mana silap nya, dahi Arsel terhantuk pada pintu, betul-betul pada permukaan keras kayu pintu itu, sedikit kuat sampai pintu bilik tu bergegar macam ada orang ketuk.

Ariz di luar berhenti bercakap.

"Kenapa tu cik Arsel?"

Terdengar lagi suara kak Ti memanggil namanya. Berserta derap kali menghampiri bilik tempat Arsel tidur.

Arsel undur dari pintu, berlari anak menuju ke katil. Laju gadis itu masuk ke dalam selimut dan memejamkan mata membelakangi pintu.

Pintu terbuka.

Ariz hidupkan lampu bilik Arsel, serta-merta bilik Arsel yang tadi nya malap, hanya diterangi cahaya dari lampu tidur nya kini terang.

Ariz jatuhkan pandangan pada tubuh Arsel yang berselimut membelakangi nya.

Lama Ariz pandang Arsel.

Arsel pejam mata rapat-rapat, cuba mengawal pernafasan nya. Mulut nya di tekup, dia takut.

Takut kalau Ariz dapat tahu yang dia curi-curi dengar perbualan Ariz dan kak Ti tadi.

Ariz tak boleh tahu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top