𝑏𝑎𝑏 4

"Spread your legs.."

Aku tak nampak apa-apa. Gelap, suara siapa tu?

"Mya. Spread your legs."

Paha ku terasa seperti di sentuh. Aku merasa dingin di sekujur tubuh seakan aku tidak memakai apa-apa.

Apa ni?

"Remember only I can touch this."

Terasa seperti ada tangan menjalar di seluruh tubuhku. Aku cuba meronta, namun paha ku terasa di cengkam kuat.

Aku merintih.

"You're mine."

Ariz mengoncang bahu Arsel. Gadis itu mengangkat kepala, bibir nya pucat.

Kening Ariz bertemu.

"Are you okay?"

Tanya Ariz, risau.

Arsel terdiam. Mimpi?

Semua tadi tu mimpi?

Apabila kesedaran nya kembali, Arsel pandang Ariz, tangan nya membuat isyarat.

"Abang Ariz darimana? Kenapa tinggalkan Arsel sorang-sorang?"

"Mana ada abang tinggalkan Arsel. Abang pergi sekejap je, kereta habis minyak tadi. Kat depan tu ada station minyak. Abang pergi sana.. Sekejap je, sejam pun tak sampai."

Ariz menjelaskan panjang lebar sambil menunjuk ke hadapan, apabila dia masuk ke dalam kereta tadi, terlihat Arsel sedang terbaring di kerusi belakang. Mungkin penat sangat.

Tapi mimpi tadi tu macam betul. Arsel kena langgar, lepastu mimpi..

Arsel mengenggam lengan Ariz.

"Jangan tinggalkan Arsel.. Arsel takut."

Jelas nya, dengan bibir yang pucat.

Ariz terdiam.

Kalau Arsel tahu apa sebenarnya yang terjadi, agak-agak apa reaksi gadis itu nanti?

Dapatkah Arsel terima kenyataan yang di sembunyikan tuan Mustafa?

"Arsel.. Abang takkan tinggalkan Arsel. Abang janji."

Arsel merasa tenang setelah mendengar suara Ariz. Wajah lelaki yang sudah di anggap seperti abang kandung nya itu di tatap lama.

"Kalau Arsel penat. Tidurlah dulu.. Nanti kalau dah sampai, abang kejut."

Lembut nada Ariz kedengaran.

Arsel mengeleng laju. Makin kuat cengkaman nya pada lengan Ariz.

Dia tak nak tidur.

Nanti kalau mimpi bukan-bukan lagi macam mana?

"Okay.. Kita teruskan perjalanan eh."

Pujuk Ariz.

Arsel mengangguk perlahan.

***

"Dah berapa lama, Jay?"

Raid tidak berbaju, hanya berseluar jeans. Diri nya yang sedang bersandar dan berpeluk pada hadapan kereta menoleh pada Jay yang duduk mencangkung di atas tanah.

"Dah lebih lima minit.."

"Aku tak rasa dia boleh pergi jauh. Tempat ni jauh dari bandar. Dia takkan jumpa siapa-siapa."

Ujar Raid.

Beberapa orang yang mengikuti Jay tadi berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum-senyum.

"Orang tua keparat tu ingatkan dia boleh bebas macam tu je? Dekat mana dia lari, dia akan tetap kembali pada aku."

Raid tegakkan badan. Pistol milik nya di tarik dari kocek seluar. Kedua tangan nya lurus ke depan, sebelah mata nya mengenyit. Muscle nya kelihatan di sebalik redup cahaya bulan yang malu-malu memancarkan sinar.

"Tuan nak kitaorang buat apa sekarang?"

"Macam biasa.."

Raid jeda.

Entah mengapa, melihat wajah Mustafa mengingatkan Raid pada wajah perempuan dalam gambar tadi. Raid penasaran, Raid di buru rasa ingin tahu.

"Hanya kepala Mustafa. Badan dia aku tak nak."

Mustafa. Adakah kepala kau akan membawa aku ke rahsia yang cuba kau sembunyikan?

Antara isteri atau anak.

Perempuan tu aku pasti ada kaitan dengan kau. Kaitan yang sangat kuat sampai kau tak nak aku tahu apa-apa pasal benda tu.

But curiosity kills the cat.

"Lepas tu aku nak kau cari tahu siapa perempuan dalam gambar tu.. I'm curious if she's still alive or not. Who the fuck is she."

Tidak.

Ada satu yang ingin Raid pastikan.

Greed my not be good, but it's not so bad either.

You humans think greed is just for money and power.

But everyone wants something that they don't have.

***

Seminggu sudah berlalu. Masih tiada apa-apa khabar daripada tuan Mustafa, Ariz membuang pandang ke luar tingkap. Terlihat Arsel sedang melutut di atas rumput, bermain dengan rama-rama yang menghingap bunga yang di tanam di dalam pasu di hadapan rumah setingkat itu.

"Termenung jauh nampak, encik Ariz."

Seorang wanita berbadan gempal menegur Ariz yang leka memerhatikan Arsel. Terbit senyuman di bibir wanita yang mesra di panggil kak Ti itu.

Ariz berdehem. Bibir nya mengoyak senyuman kecil. Serta-merta dia pandang kak Ti yang sedang melipat baju di ruang tamu.

"Teringatkan siapa? Kekasih hati ke?"

Kak Ti menambah.

"Kekasih hati apa nya kak Ti? Saya mana ada kekasih. Ada-ada je kak Ti ni."

Ariz mengeleng.

Kak Ti merupakan orang diupah Ariz, kak Ti bertanggungjawab mengurus rumah dan juga menjaga Arsel buat masa ini. Ariz masih menanti khabar daripada tuan Mustafa di Malaysia.

Sudah seminggu mereka menetap di Thailand. Ariz membeli sebuah rumah batu setingkat yang dekat dengan ibu kota, bagi memudahkan dirinya dan juga Arsel.

"Cik Arsel tu.. Bukan kekasih hati encik Ariz ke?"

Lancar kak Ti berbahasa melayu, menetap selama dua tahun di Malaysia dulu sedikit sebanyak membantu kak Ti dalam berkomunikasi dengan Ariz, cuma dengan Arsel kak Ti masih belum berapa faham. Hanya Ariz yang faham, banyak jugalah kak Ti kena bertanya sepanjang dirinya berkerja di bawah Ariz.

"Arsel?"

Ariz jeda, Ariz pandang semula ke tempat Arsel bermain tadi. Sebelum menyambung bicara nya.

"Arsel tu bukan kekasih saya kak Ti."

"La? Ye ke? Kak Ti ingat cik Arsel tu kekasih encik Ariz.."

Kak Ti bingung di buatnya, diperhatikan gerak-geri Ariz dalam menjaga Arsel, tak ubah seperti sepasang kekasih. Arsel juga yang manja pada Ariz, membuatkan kak Ti menyimpulkan fikiran yang meraka berdua ini adalah sepasang kekasih.

"Bukan kak Ti.. Saya dengan Arsel.. Saya dengan Arsel kawan je."

Ariz tayang senyum kecil. Tak tahu bagaimana harus menjelaskan dengan panjang lebar kepada kak Ti. Cukup kak Ti tahu tentang benda yang harus dia lakukan sudahlah.

Perihat dirinya dan Arsel dengan lebih mendalam. Ariz tak rasa dia mampu bercerita dengan kak Ti yang baru dikenal nya seminggu.

Hutang budi kepada tuan Mustafa yang mengambil Ariz di rumah anak-anak yatim, membesarkan Ariz dan memberi nya pendidikan takkan mampu Ariz balas. Kehadiran tuan Mustafa ke dalam hidup Ariz menambah cerah di hari yang suram.

Ariz terhutang dengan tuan Mustafa kerana itu dia memutuskan untuk berada di sini tuan Mustafa sampai bila-bila. Tuan Mustafa yang membentuk keperibadian Ariz yang selama ini tidak wujud. Tuan Mustafa jugalah yang mengajar Ariz apa itu erti kehidupan yang sebenar di luar rumah anak-anak yatim tempat Ariz tinggal dulu.

Terdengar derap kaki menghampiri Ariz. Kepala nya terteleng ke sisi.

"Abang.. Arsel tangkap rama-rama."

Balang yang berisi rama-rama Arsel suakan kepada Ariz, wajah ceria Arsel menjentik hati Ariz. Ariz terleka melihat Arsel.

"Abang?"

"Ah? Kenapa?"

"Kenapa mengelamun?"

"Mana ada abang mengelamun.. Arsel tangkap apa ni?"

"Arsel tangkap rama-rama. Cantik kan?"

"Cantik."

Ariz ambil balang tersebut daripada tangan Arsel.

"Cantik sangat."

Ariz senyum.

"Susah tau Arsel tangkap."

"Ya. Abang tau."

Ariz mengusap atas kepala Arsel. Mata bulat Arsel berkedip memandang nya.

"Jangan main jauh-jauh. Nanti Arsel sesat, Arsel bukan tahu jalan kat sini."

Pesan Ariz.

Arsel mencebik. Balang tadi di rampas semula daripada tangan Ariz.

"Arsel dah 20 tahun lah. Ingat Arsel budak-budak lagi ke?"

"Ya. Macam budak-budak. Orang besar tak main tau tangkap-tangkap rama-rama macam ni."

Ariz tahan tawa, seminggu di sini, mengusik Arsel sudah menjadi hiburan buat nya.

"Ni hobi tau. Abang mana tau, yang abang tau kerja je."

"Apa? Ingat abang tak ada hobi?"

"Apa hobi abang?"

Arsel angkat sebelah kening.

"Kacau Arsel."

Ariz tekup mulut apabila Arsel menarik muncung. Dah macam itik, nasib baik comel.

"Tak nak lah cakap dengan orang tua kuno macam abang ni."

Amboi.

Banyak cantik dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top