𝑏𝑎𝑏 3

Sudah sejam lebih berlalu sejak Ariz keluar, tiada tanda-tanda yang dia akan kembali. Arsel mula di landa gusar, kepala nya terteleng ke tepi tingkap, cuba melihat keluar.

Ariz pesan jangan keluar.

Tapi sekarang Ariz ada di mana?

Abang Ariz kata dia kat depan tu je.

Tingkap kereta yang berkabus menyukarkan pandangan Arsel menembus. Peluh dingin mula merenek di dahi licin nya. Panik. Takkan Ariz betul-betul tinggalkan dia kat sini?

Arsel ketuk tingkap beberapa kali. Mulut nya terbuka namun tiada suara yang keluar. Yang dia dengari hanya suara dari ketukan penumbuk nya ke tingkap kereta.

"Papa? Kenapa Arsel tak boleh bercakap?"

"Arsel boleh bercakap, sayang.. Tapi belum masanya lagi."

"Sampai bila Arsel kena tunggu?"

Mustafa terdiam. Rambut panjang Arsel di usap penuh kasih. Badan anak perempuan nya itu di tarik ke dalam pelukan, ubun-ubun Arsel di kucup lembut.

"Apa-apa pun yang jadi. Papa akan tetap bersama dengan Arsel. Papa tak kira Arsel boleh bercakap atau tak. Yang penting papa faham Arsel, dan Arsel faham papa. Papa cuma perlukan Arsel, Arsel ada di sisi papa pun papa dah bersyukur sangat."

Arsel berhenti mengentuk pintu kereta. Mata nya terasa berair, nafas nya termengah-mengah. Di saat macam ni, selalu nya papa selalu memberi kata-kata semangat padanya.

Arsel memang tak boleh buat apa-apa ke kalau papa tak ada kat sini?

Air mata Arsel mengalir tanpa dia sedar. Arsel berpaling ke depan, mengesat air mata nya menggunakan belakang tangan.

Jangan jadi cengeng, Arsel.

Kau kan kuat?

Arsel cuba membuka pintu kereta itu beberapa kali, pintu di sebelah kiri tidak dapat di buka, begitu juga dengan pintu di sebelah kanan. Arsel membongkok di dalam kereta, dia mencuba ke tempat duduk bahagian pemandu. Dengan sekali percubaan pintu di sebelah kerusi memandu itu terbuka.

Arsel terkejut.

Abang Ariz tak kunci pun pintu ni?

Dengan takut-takut, Arsel mengeluarkan sebelah kaki ke luar. Hawa dingin menggigit kulit mulus nya. Arsel menggigil setelah keluar daripada kereta.

Dah pukul berapa dah ni?

Perlahan Arsel menutup pintu kereta semula, mata nya melilau ke kiri dan kanan jalan. Sunyi sepi. Abang Ariz memang dah tinggalkan dia agaknya?

Kaki nya melangkah ke hadapan. Keadaan yang gelap serta berkabus membataskan pandangan Arsel. Dia hanya melangkah ke mana hatinya membawa.

Sebuah kereta yang menderu laju tidak di sedari gadis itu.

Arsel yang berpeluk tubuh mengangkat kepala apabila menyedari ada cahaya terang menyuluh tubuh nya di hadapan. Keadaan berlaku tersangatlah pantas, Arsel menutup mata nya. Silau.

Bunyi dentuman bergema.

Tubuh Arsel terhumban.

***

Mustafa terpisat-pisat bangun setelah tubuh nya basah kuyup di simbah air. Air dingin itu menusuk sampai ke tulang. Gigi atas dan gigi bawah nya berlaga.

"Awal la nak tidur. Baru pukul 2 pagi."

Jay membelek jam di pergelangan tangan. Pandangan tajam Mustafa tidak diperdulikan malahan dia tersenyum sinis pada orang tua itu.

"Hau ak apa?"

Jerit Mustafa sedikit pelat akibat kain yang diikat Jay ketat di mulut nya.

Jay yang duduk mencangkung di hadapan Mustafa mengangkat sebelah kening.

"Kau rasa aku nak apa?"

"Jay.. Tuan Raid dah sampai."

"Ah, baguslah. Aku dah malas nak hadap muka orang tua keparat ni."

Jay bingkas bangun, debu yang menempel pada seluarnya di kibas.

Raid yang baru sampai terus turun daripada kereta. Terlihat batang tubuh Jay di hadapan pintu pondok usang itu. Jay senyum sebaik sahaja mata nya terpandangkan wajah Raid.

"Mana Mustafa?"

"Ada kat dalam tuan."

Raid masuk. Mata Mustafa terbeliak sebaik sahaja melihat wajah Raid. Mereka senyap beberapa ketika.

"Tuan Mustafa.."

Raid menyebut nama itu.

Mustafa mendongak memandang Raid. Pandangan mata mereka bertembung.

"Aid.. Aa hau ak ah?"

Raid angkat sebelah tangan, mengarahkan Jay untuk membuka kain yang menutupi mulut Mustafa.

Sebaik sahaja kain itu di buka, Mustafa meludah ke lantai. Tepi bibir nya memerah.

"Apa kau cakap tadi? Aku tak berapa nak dengar."

Raid bertanya semula.

"Apa kau nak dari aku ha? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah!"

"Sepatutnya kitaorang yang tanya soalan tu dekat kau."

Jay menyampuk.

Raid pandang sekeliling sebelum menarik mendekatkan bibir ke telinga Mustafa. Raid berbisik perlahan.

"Aku dengar kau tak puas hati dengan aku? Sebab tu kau berani nak kacau aku.. Kan? Now aku depan kau. Bagitahu aku apa yang kau tak puas hati sangat."

Mustafa ketawa. Jay pandang Raid.

"Kau tak tahu ke kau buat-buat tak tahu?"

Mencerlung Mustafa memandang Raid.

Jay hulurkan kertas pada Raid. Kertas putih itu bertukar tangan. Raid membuka helaian kertas itu di hadapan wajah Mustafa.

"Kau tahu ni apa?"

Tanya Raid.

"Kita pernah berkerjasama dua tahun lepas kan?"

"Itu bukan kerjasama. Kau peralatkan aku.. Kau peralatkan Kristal Holding demi kepuasan kau sendiri. Kau tamak Raid."

Raid angkat sebelah kening.

"Aku hampir tak kenal kau siapa, Mustafa.. Terima kasih sebab kau dah ingatkan aku balik. But.."

Raid jeda.

"Ini siapa?"

Kertas itu di halakan pada Mustafa. Terlihat gambar seseorang di situ. Biji mata Mustafa membulat.

"Ini siapa Mustafa? Isteri kau?"

Raid pandang kembali gambar itu. Seorang perempuan. Ada sesuatu tentang gambar itu yang menarik perhatian Raid. Mungkin kerana wajah perempuan itu yang terlihat seperti bidadari.

Bibir Raid mengukir senyuman sinis.

"Itu.. Aku tak kenal tu siapa!"

Mustafa menoleh ke tepi. Nafas nya terasa sesak di dada. Tidak.. Tiada sesiapa yang boleh tahu tentang itu. Tiada siapa yang boleh tahu tentang Arsel!

Ariz.. Aku harap kau sempat bawa Arsel pergi dari sini. Pergilah ke mana yang kau nak asalkan Arsel tetap hidup dan selamat.

"Kau pasti kau tak kenal perempuan dalam gambar tu?"

Jay bertanya meminta kepastian.

Mustafa membisu.

"So if I tell my people to look for this girl you won't care?"

"Kau nak aku kan? Kau dah dapat aku, apa lagi yang kau nak?"

Nada suara Mustafa bergetar. Dia menahan amarah.

"Ya, memang aku dah dapat kau. Tapi aku tak puas."

"Kau nak harta aku? Kau ambil lah semua Raid.."

"Harta? Kau ingat aku kemaruk dengan harta kau? Dengar sini Mustafa.. Kau sendiri yang cari hal dengan aku, kau sendiri yang bangunkan harimau yang tengah tidur. And now you have to face the risk. Aku tak rasa tertarik pun dengan kau ataupun harta kau.. Atau pun perempuan ni."

Raid koyak kertas itu. Cebisan keras jatuh ke riba Mustafa.

"Tapi kau nak main sangat kan? Nak jadi villain. Jadi aku main sekali dengan kau. Seronok kan? Macam mana kalau kita main hide and seek?"

Jay senyum. Menarik paksa Mustafa keluar daripada pondok. Mata Mustafa meliar memandang ke kiri dan kanan. Hutan tebal mengapit sekeliling pondok.

"Aku bagi kau peluang untuk hidup. Kau boleh lari kemana yang kau nak. Tapi kalau aku dapat jumpa kau sebelum matahari naik.."

Raid mengantungkan ayat.

Jay memotong tali yang mengikat lengan dan kaki Mustafa.

"You. But not just you, your whole family, including the girl in the picture. Will die, and I don't like to play with words, I'm more into actions. Remember my name, Raid Stefano."

Dengan itu, Mustafa dilepaskan. Raid menimang pistol di tangan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top