𝑏𝑎𝑏 29

Di hadapan rumah agam itu, Lisa menunggu dengan sabar. Sebaik sahaja pintu utama rumah agam itu terbuka, Lisa memaniskan muka. Terlihat seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an muncul di sebalik pintu.

"Yes? Anything I can help you?"

"Um.. I'm Lisa."

Dahi lelaki itu berkerut.

"Lisa?"

"Yes. Lisa, kawan Raid."

"Tuan Raid?" Lelaki itu pandang kiri dan kanan. "Tuan Raid tak ada kat sini sekarang cik Lisa."

Lisa senyum, erat mengenggam tas tangan miliknya.

"I know. I tak datang nak jumpa dia. I datang nak jumpa madame Salia."

***

Mohsin membuka pintu sebaik sahaja Ariz dan Ikmal sampai. Ariz dan Ikmal berpandangan, Ikmal angguk perlahan menyuruh Ariz masuk dahulu. Teragak-agak Ariz masuk, duduk di atas kerusi berhadapan dengan Mohsin.

Ini entah kali yang ke berapa.

"Kawan kamu tu tak ikut masuk sekali?"

"Tak." Ariz pandang sekeliling rumah kayu itu sebelum kembali fokus pada Mohsin. "Dia bagi saya ruang untuk bercakap dengan pakcik Mohsin."

"Panggil pak ngah."

"Hm?" Antara dengar dengan tak dengar, Ariz menyoal.

"Jangan panggil pakcik Mohsin, panggil pak ngah."

Ariz diam sahaja.

"Terima kasih sebab sudi datang lagi ke sini."

"Tak apa, pak.. Ngah. Saya datang ni pun sebab.. Pak ngah tau kan?"

Mohsin tersenyum nipis. Terlalu banyak hal yang perlu diungkapkan. Dia tak pasti harus mula dari mana.

"Ya, pak ngah tau. Mula-mula sekali, Ariz.. Pak ngah nak minta maaf."

Kening Ariz berkerut.

"Untuk apa?"

"Pak ngah bukan ayah kandung kamu. Kalau itu yang kamu fikir selama ni."

Seluruh tubuh Ariz bagaikan terkaku. Bukan? Kalau macam tu Ikmal salah?

"Pak ngah memang tak kenal budak lelaki dalam gambar tu?"

Mohsin menarik nafas panjang-panjang. Redup matanya memandang Ariz.

"Siapa dalam gambar tu, Ariz?"

Mohsin berbalik menyoal.

Ariz tunduk.

Hanya itu gambar yang ada, hanya gambar itu yang tuan Mustafa berikan kepada nya.

Tiada yang lain.

"Jawab soalan pak ngah.. Ariz dalam gambar tu?"

"Ya. Saya dalam gambar tu. Hanya itu satu-satunya gambar yang ada.."

"Tak ada ingatan yang lain?"

"Saya tak ingat apa-apa pak ngah."

Mohsin menghela nafas.

"Pak ngah ingat gambar tu."

Cepat-cepat Ariz angkat wajah. Mata nya dan Mohsin bertemu.

"Pak ngah kenal saya? Pak ngah tau siapa keluarga kandung saya?"

Perlahan-lahan Mohsin mengangguk.

Ya Allah!

Ini semua betul kan?

"Dalam gambar tu bukan anak pak ngah, pak ngah cuma ada seorang anak perempuan dengan bekas isteri pak ngah, Safia nama anak pak ngah.. Tapi pak ngah tau dan pak ngah masih ingat budak dalam gambar tu." Jeda. "Ariz. Kemungkinan besar kamu anak saudara pak ngah, ibu kamu. Kakak pak ngah."

Nafas Ariz bagaikan terhenti.

"Zahra? Zahra tu ibu kandung saya kan pak ngah? Itu yang ada dalam surat beranak saya."

"Ya, Ariz.. Muhammad Hariz.. Nama tu yang ibu kamu beri dulu. Tertera nama itu di gambar yang ada pada kamu tu, gambar tu di ambil sebelum kamu.."

"Sebelum apa pak ngah?"

"Sebelum ayah kamu mati. Dan kamu.. Diculik."

***

Keluar saja dari rumah itu. Ariz terus masuk ke dalam perut kereta. Ikmal yang tercongok di luar segera berlari anak mendapatkan Ariz. Sempat Ikmal kerling muka pintu, terlihat wajah sunggul Mohsin.

Pintu bahagian pemandu di buka Ikmal. Dia masuk ke dalam perut kereta.

"Asal kau tinggal aku?"

Senyap. Tiada apa-apa balasan daripada Ariz. Lelaki itu kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.

Ikmal menghela nafas.

"If you think I can understand by your silence. I can't, dude."

"Hantar aku balik, Ikmal. Aku ada benda nak cari kat rumah."

Ujar Ariz, seakan tak memperdulikan kata-kata Ikmal sebentar tadi. Ikmal angkat sebelah kening.

"So kau takkan bagitahu aku apa yang kau cakap dengan pakcik tu kat dalam rumah tadi?"

"Aku harap kau ada kat dalam rumah tadi.. Supaya aku tak perlu ulang balik apa yang dia cakap."

Ariz tunduk.

Perasaan nya berkecamuk.

***

Anak panah melekap tepat pada titik merah. Ini adalah kali yang ke 368, panahan peribadi Raid.

"Tuan nak air?"

"It's okay."

Raid berikan panah ke salah seorang lelaki yang berada di tempat latihan itu. Raid regangkan tangan, dan leher. Sebelum duduk melunjur di atas lantai simen.

Matanya redup memerhati yang lain sedang sibuk berlatih. Raid angkat kepala, pandang langit yang bersih petang itu. Di bahagian hujung sana, matahati sudah sedikit turun.

Tempat latihan di belakang vila ini adalah tempat Raid selalu menghabiskan masa.

Berlatih siang dan malam.

Sedang ralit Raid memerhatikan entah apa, datang seorang lelaki berlari-lari anak menghampiri Raid.

"Tuan Raid.. Maaf menganggu."

Lelaki itu tercungap, berhenti di hadapan Raid dengan membawa telefon pintar di tangan. Raid kenal telefon itu, ia milik nya.

"Kenapa?"

"Ada panggilan.."

"Siapa yang call?"

"Madame Salia."

Dahi Raid berkerut. Nenda? Tak pernah-pernah nenda nak call, kenapa tiba-tiba?

Telefon bertukar tangan, Raid berdiri. Menjauhi tempat latihan itu, sambil melekapkan telefon ke telinga. Terdengar suara madame Salia yang hampir beberapa bulan tidak di dengari nya.

"How are you?"

"I'm fine."

Jawab Raid mendatar.

"What do you want? Isn't it arranged for me to send money to you every month? Isn't it enough, nenda?"

"It's not always about money, mio nipote.."

"Then?"

Raid sudah berjalan menghampiri kolam renang. Badan nya yang tidak berbaju terlihat begitu kekar dari arah mana pun.

"Someone come to our house this morning. She said that she is your friend. I'm quite happy cause this is the first time someone come because of you."

"Tsk. You gotta be kidding me."

"I'm not kidding, tesoro. I'm serious."

"But I never tell anyone about you. Even your house."

"My house? It's our house."

Raid memejamkan mata. Takkan nenda masih nak tegakkan benang yang basah? It's been awhile since Raid keluar dari rumah itu. Dia sudah tak menganggap rumah itu dan penghuni nya wujud di sana.

Cukup bagus Raid tak abaikan tanggungjawab nya pada madame Salia.

This is too much for him.

"I will not argue with you cause you are old. Just do whatever you want and don't bother me."

Terdengar madame Salia menghela nafas. Raid sudah malas hendak memikirkan hal-hal yang tak penting.

"She said her name was Lisa. Maybe if I mention her name, you'll remember."

Lisa?

Raid senyum sinis.

Oh well.

Quel figlio di puttana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top