𝑏𝑎𝑏 28
Kembali sunyi. Suasana meja makan yang kedengaran hanyalah bunyi sudu dan garfu yang berlaga pada piring. Arsel sudah selesai makan. Raid nampak nya masih belum selesai.
Arsel memerhatikan sekeliling ruang makan itu. Luas. Kalau tak ada Jay, Mikayla dan orang-orang bawahan Raid. Mesti suasana vila ni sunyi kan?
Tak tahu.
Tapi ada sesuatu tentang Raid yang buatkan Arsel tertanya-tanya. Tapi dia masih tak pasti apa.
Raid sudah selesaikan. Segelas air putih yang berada di sebelah piring di ambil, di minum, halkum nya bergerak-gerak.
Tak sedar, rupanya Arsel memerhatikan Raid sejak tadi.
Raid turunkan gelas semula ke bawah.
Berdehem.
Arsel kembali ke alam nyata.
Cepat-cepat Arsel pandang meja semula. Oh no.
Kau dah gila ke Arsel?
Tenung tuan Raid macam nak tembus?
Macam tak pernah nampak orang.
Arsel tahan diri dari nak ketuk kepala sendiri.
"This is the second time you looking at me like that.."
Ya. Pertama masa kat dalam bilik tuan Raid, masa tuan Raid keluar dari bilik air.
"Ada apa-apa yang menarik ke dengan aku?"
Raid angkat sebelah kening.
Arsel keluarkan buku kecil dan pen dari dalam beg kecil yang ia bawa. Raid melihat gerakan Arsel, fokus.
Arsel menulis sesuatu. Selesai menulis. Buku keci itu di hadapkan ke arah tuan Raid.
Raid membaca.
Saya tak tau apa yang ada dalam kepala otak tuan Raid. Dan saya tak nak tahu pun. I'm sorry cause I'm looking at you without asking for a permission.
Macam kenal dengan ayat pertama tu. Raid teruskan membaca semula.
Sejak saya sampai ke vila ni. Saya tak pernah nampak tuan dengan siapa-siapa kecuali Jay, Mikayla dan pengawal. Maaf kalau saya tanya. Tuan Raid ni ada keluarga atau pun tak?
Kalau tuan tak nak jawab tak apa. Saya faham. Maaf sekali lagi.
Raid mengukir senyum.
"Mikayla kan yang ajar kau buat macam ni?"
Arsel angguk.
"Next time just guna bahasa isyarat. Aku dah belajar pasal tu, I can understand every single thing now." Jeda.
"Pasal yang kau tanya tu.. Ak-"
Telefon Raid berdering. Bergetar di dalam kocek seluar.
"Sorry.."
Siapa pula yang call pagi-pagi macam ni? Tanpa melihat nama si pemanggil, Raid menjawab panggilan itu pantas.
Panggilan bersambung.
"Raid.. I'm sorry about last night sayang. I still nak kerja dengan you lagi, forgive me.."
Kening Raid berkerut. Dia jauhkan phone dari telinga. Melihat nama si pemanggil.
Lisa.
Tak sengaja. Raid tertekan punat pembesar suara.
"Raid.. Hello? Sayang?"
Suara Lisa kedengaran jelas. Arsel pandang Raid dengan mata bulat nya.
Raid kembalikan volume kepada normal semula.
"Kau nak apa?"
Suara Raid kedengaran tegas. Tak seperti dia bercakap dengan Arsel tadi.
Siapa tu?
Suara perempuan.
Sayang?
Girlfriend tuan Raid kut?
Arsel berteka-teki sendiri.
"I nak minta maaf pasal semalam. I terlepas cakap.. I'm really really sorry, I still nak kerja dengan you.."
Kesal.
Raid cuba menahan kesal yang dia mulai rasakan.
"Kau ingat kau boleh buat sesuka hati kau? I don't need you anymore. And I don't care.. Aku dah suruh Jay batalkan kontrak kau. Kau dengan aku, dah tak ada apa-apa lagi. Do I make myself clear, Lisa?"
Lisa tergamam.
No.
No.
No.
A big no!
"Raid.. Please fikir masak-masak, you can't do this to me?"
"Buat apa aku nak terlalu berfikir pasal kau? Over is over. Masuk kan semua tu dalam kepala otak kau, make sure aku tak nampak kau lagi lepas ni, you know me, Lisa. You know what I can do."
Tangan Lisa terketar-ketar.
This can't be true.
Bodoh kau Lisa! Ni semua sebab mulut celupar kau tu! Now Raid dah marah, what you gonna do ha?
"R.. Ra.. Id.. Please.. I meray-"
Raid mematikan talian.
Wajah nya nampak tegang. Tiba-tiba Arsel takut. Kang tuan Raid tiba-tiba mengamuk macam mana?
Intense conversation yang tadi tu. Meremang bulu roma.
"Tuan. Kita dah habis sarapan kan, kalau dah tak ada apa-apa lagi. Saya nak minta diri ke bilik semula ya."
Arsel berdiri. Memeluk beg kecil nya rapat-rapat ke dada.
"No."
Ha?
Raid pandang Arsel.
Lengan Arsel di tarik.
"Sit."
Mata Arsel berkelip.
Kerusi tempat dia duduk tadi di tarik semula. Baru sahaja Arsel berura-ura nak duduk balik, kedengaran suara Raid semula.
"Not on the chair, but on my lap."
Laju Arsel mengeleng. Dia menjauh sedikit dari Raid.
Arsel tak salah dengar kan?
"Mya Arsel. Do you hear me?"
Angguk.
"Now sit. On my lap."
Bosan menunggu Arsel yang terlalu lama. Raid menarik paksa. Arsel terduduk di atas riba nya dengan tubuh yang keras. Masih terkejut barangkali.
"Jangan bengap sangat boleh tak?"
Raid mengambil telefon pintar nya di atas meja.
Camera di cari.
"Now smile."
Arsel pandang pantulan diri nya dan Raid di camera telefon milik Raid.
Wajah Arsel merah. Macam tomato ceri.
"Kalau kau tak senyum. I'll kiss you right now, here.."
Cepat-cepat Arsel senyum.
Tuan Raid ni kenapa? Dah gila ke? Tak ada angin tak ada ribut?
"Good."
Satu click saja. Gambar mereka berdua telah di ambil.
"Now you can go."
Arsel berdiri, pantas. Menjauh beberapa langkah dari Raid.
Raid menyilangkan kaki. Menekan-nekan screen telefon pintarnya.
"Berat kau berapa? Kenapa ringan sangat."
Komen Raid tanpa memandang ke arah Arsel.
"Nanti aku panggil Mikayla suruh bawa kau masuk bilik. I gotta go. Thank you for the breakfast.."
Raid bangkit. Kerusi yang dia gunakan nya tadi di tolak semula, sebelum dia meninggalkan Arsel keseorangan di ruang makan itu.
Arsel terkebil-kebil.
Apa yang dah jadi tadi?
***
Lisa menghamburkan semua barang-barang nya di dalam bilik. Dia menjerit macam orang gila, mengusutkan rambut.
"Aku cuma nak ada di sisi kau je lah, Raid.. I just wanna be with you. Apa yang susah sangat kau nak faham ha?"
Telefon pintar nya yang berada di atas katil berbunyi tanda ada satu mesej baru sahaja masuk.
Lisa pantas mengelap air mata nya. Berjalan menuju katil.
Mesej dari Raid.
"You nak I kerja balik dengan you kan, Raid?"
Lisa buka mesej tadi.
Gambar.
Kening Lisa berkerut.
"Apa ni?"
Gambar tadi di zoom sepuasnya.
"Siapa perempuan ni?"
Jantung Lisa bagaikan di rentap. Kenapa dia duduk atas riba Raid? Why she even smiling like that?!
Who is she?!
Lisa mengeleng.
"No.. No.."
Bibir di ketap.
"Tak ada siapa yang boleh rampas Raid dari aku. Tak ada siapa!"
Aku kena cari tau siapa perempuan ni.
Caption Raid di baca.
Kau nampak perempuan cantik ni? This is my woman. I'm having a breakfast with her masa kau call tadi. It'll be nice if you could come over but.. You can't. Nevermind. Goodbye.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top