𝑏𝑎𝑏 25

"Keluar."

Jay arah. Mikayla yang sedang duduk menyandar pada dinding terkejut apabila melihat kehadiran tak di duga Jay. Jay membuka pintu kurungan bawah tanah itu, kecil sahaja. Muat-muat untuk tubuh Mikayla menyisip keluar.

"Balik. Kau buat apa kat sini?"

"Aku kata keluar tu, keluar je lah.."

Jay mengeraskan suara. Mikayla mengerling pada Arsel yang duduk meringkuk sambil menyembamkan wajah pada lutut. Barangkali gadis itu sedang tidur.

"Kau datang sini, cakap kasar macam tu dengan aku, kau nak apa ha sebenarnya, Jay?"

Ujar Mikayla separa berbisik, matanya pandang Jay tajam. Setajam pisau dapur.

"Aku nak bawa kau keluar dari sini. Cepatlah, aku ada benda lagi nak buat ni.."

Jay menggesa.

"Baru tiga hari, tuan Raid kata seminggu?"

"Seminggu tu untuk perempuan tu.. Kalau kau seminggu dekat sini, kerja kau siapa yang nak buat? Tiga hari ni je aku dah pening buat kerja kau dengan kerja aku sekali."

Mikayla tersenyum sinis. Kepala digelengkan perlahan. There's no way dia keluar dari sini without Arsel.

Nonsense.

"Aku tak nak keluar kalau Mya tak keluar dari sini. Aku takkan tinggalkan dia."

"Apa penting sangat perempuan ni untuk kau Mikayla? Have you lost your mind? She's just a stranger. Keep in your fucking mind!"

"I don't care. I'm not like you, Jay, she needs our help.. Can y.."

"Aku tak nak tau apa-apa. Now, kau nak keluar atau tak?"

Mikayla geleng.

Jay mendengus kesal.

"Apa kau nak jawab dengan tuan Raid?"

Mikayla diam.

"Kau tak perduli kalau tuan Raid halau kau dari sini? Kau dah lupa budi tuan Raid?"

Masih diam. Mikayla menyembamkan wajah ke lutut.

"Tuan Raid or anak perempuan Mustafa?"

Masih tiada apa-apa respon. Jay tersenyum sinis, keras kepala, Mikayla memang keras kepala, I don't even fucking know what's inside her mind. Selalu buat benda yang tak sepatutnya dia buat.

"Fine. One week, have a nice one week."

Jay menutup semula pintu kurungan bawah tanah itu. Baru sahaja Jay ingin beredar, nama nya di panggil Mikayla. Jay memberhentikan langkah.

"Kalau aku keluar dari sini. Aku still akan tetap jenguk Mya, aku tak nak kau atau sesiapa pun halang aku.."

"Whatever."

Jay pusing badan menghadap Mikayla semula. Sebelah kening di angkat.

"Jadi kau nak keluar atau tak?"

"Yes."

Mikayla bangun, debu yang melekat pada seluar di sapu. Sempat dia melihat pada Arsel.

I'll be back, Mya. Please wait for me.

***

It's been a week since the last time Raid nampak Arsel.

Macam biasa, Raid pulang around two or three in the morning.

Did she learn her lessons?

Raid berjalan longlai menuju ke bilik tempat nya selalu beristirahat, tanpa membuka kasut, Raid menghumbankan diri ke atas katil, tangan kiri nya naik ke dahi. Raid memejamkan mata.

"Go!"

Matanya berkaca-kaca.

"But mommy.."

Tubuh kecil nya di tolak keluar dari dalam bilik. Tangan nya mengetuk-ngetuk pintu kayu itu, seakan-akan jika dia berbuat seperti itu, pintu itu akan terbuka.

"Mommy! Open the door!"

"Shut the fuck up! Just go! Leave me alone!"

Dia lelah, lututnya terasa longgar.

"Mommy.. Don't leave me alone. Please, please please.. Mommy, please.."

Tubir mata Raid basah.

Shit.

Cepat-cepat dia sekah. Raid bangkit dari katil, rambut di remas. Tangan nya terketar-ketar.

"Fuck! Fuck! Fuck! Fuck!"

Raid menyumpah.

Tidak kira sejauh mana dia lari, memori itu tetap menghantui nya bagaikan bayang-bayang.

Rasanya sakit.

Macam jantung kau kena genggam kuat. Sesak, kau tak mampu berfikir dan bernafas dengan baik.

Raid bangun. Berjalan menghampiri meja, laci di buka, sebuah botol kecil yang banyak berselerakan di antara botol-botol lain di dalam meja itu di ambil Raid, penutup botol kecil itu di buka. Raid menjatuhkan empat biji kecil berwarna putih ke tapak tangan. Botol air putih yang berada di atas meja turut di ambil.

Raid duduk di atas sofa. Biji-biji berwarna putih tadi di telan, air putih yang masih penuh itu di teguk sehingga habis. Botol kosong di lempar Raid entah ke mana.

Halkum nya bergerak-gerak.

Tangan nya yang bergetar tadi sudah mulai berhenti.

"When will I die?"

Raid tersenyum sendiri.

Agak lama berdiam diri. Raid memutuskan untuk keluar dari bilik. Ada tempat yang ingin dia tuju. Kocek seluar di raba, sambil berjalan, Raid mengeluarkan sebatang rokok dan mancis.

Asap berkepul-kepul keluar dari celah bibir nya.

Hello, I'm Raid.

Raid Stefano.

And I hate affection.

***

Arsel terpisat-pisat. Mata nya digosok, perlahan-lahan pandangan nya yang kabur mulai kelihatan jelas. Mata Arsel membulat apabila mendapati dia sedang berbaring di atas katil.

Bingkas dia bangun. Kepala di raba, kus semangat. Nasib baik tudung dia masih tersarung ke kepala.

Tapi ini bilik siapa?

Ini bukan bilik yang sebelum ni dia tempati. Dekorasi bilik ini suram, dinding nya berwarna kelabu. Katil, sofa. Almari. Semua perabot berwarna hitam.

Arsel mengetap bibir. Tiba-tiba bulu roma nya meremang.

Pintu bilik air yang terbuka itu mengejutkan Arsel. Cepat-cepat dia memeluk lutut.

Raid keluar, hanya bertuala di pinggang. Rambut nya masih basah. Arsel tak berkelip.

This is insane.

Perasan yang dirinya sedang diperhatikan. Raid pusing tubuh menghadap Arsel di atas katil. Bibir nya mengoyak senyuman sebelah.

"You look like you enjoy it."

Ajuk Raid.

Cepat-cepat Arsel alihkan pandangan ke arah lain. Ini adalah kali pertama dia melihat lelaki asing yang hanya bertuala kat pinggang macam tu.

Ya Allah. Ampunkanlah hamba mu ini, aku tak sengaja ya Allah.

Kenapa aku boleh ada kat sini? Kenapa aku boleh ada kat katil ni sedangkan semalam aku masih ingat aku tidur dekat kurungan bawah tanah tu!

Arsel menggeleng. Tak boleh, tak boleh. Dia tak boleh ada kat sini. Lelaki ni berbahaya.

Arsel turun dari katil. Kaki nya menuju ke arah pintu, baru beberapa langkah ingin sampai ke pintu, belakang kepala nya terasa seperti di sentuh dengan benda yang keras, dan dingin.

Arsel mematungkan diri.

"One more step. I'm going to shoot you right in the head right now."

Sebelah tangan Raid lurus ke depan, mengacukan pistol ke belakang kepala Arsel.

"One shot is enough to send you to your god.."

Arsel terduduk. Lutut nya terasa longgar.

Dia tak nak mati lagi.

Telinga Raid menangkap esakan Arsel.

Raid berdecit.

Lemah.

Sikit-sikit menangis.

"Don't move."

Raid lempar pistol ke katil.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top