𝑏𝑎𝑏 22

"Awak ingat saya akan jatuh cinta dengan awak?"

Mata nya berkaca-kaca.

"I will make you love me."

Dia mengeleng laju.

Mati hidup semula pun dia takkan jatuh cinta dengan lelaki ini. Dia lebih rela mati.

"Saya takkan jatuh cinta dengan awak. Saya tak kisah awak nak bunuh saya ataupun seksa saya. Hati saya tetap takkan berubah sikit pun untuk awak."

"Am I too bad in your eyes?"

Mimpi lagi.

Benda pertama yang Arsel lihat setelah sedar adalah kipas siling yang berputar ligat.

Benda kedua, Mikayla, yang tertidur duduk di sisi katil. Menyembamkan wajah di tepi Arsel. Arsel tenung jam yang melekap pada dinding.

Pukul 2 pagi.

Sekujur tubuh nya terasa ngilu. Segala imbasan tentang apa yang berlaku pagi tadi datang menjengah ke minda nya tanpa di pinta.

Tangan kiri nya yang terasa kebas di angkat.

Pergelangan tangan nya berbalut. Bahagian yang berbalut itu terasa paling ngilu di antara semua nya.

Arsel menghela nafas.

Mata nya terkedip-kedip masih memandang kipas siling yang tadi.

Setelah beberapa minit berkeadaan seperti itu. Arsel bangun, perlahan-lahan. Tidak ingin membuat pergerakan kasar yang akan membangunkan Mikayla.

Setelah berjaya duduk, Arsel membetulkan tudung yang tersarung di atas kepala nya. Kini dia mencuba untuk turun daripada katil sesenyap yang mungkin.

Mata nya tidak lari daripada Mikayla. Mikayla kelihatan tertidur pulas tak sedarkan diri.

Arsel menyarungkan selipar ke kaki. Mata nya terlihat tombol pintu bilik.

Entah kenapa, hari itu hati nya berteriak mahu keluar.

Dan ia.

Dia mendengarkan kata hati nya.

***

Pukul 3 pagi.

Pintu itu tidak berkunci.

Arsel memboloskan diri perlahan-lahan keluar daripada bilik tempat ia di 'kurung' selama ini. Sebaik sahaja tubuh nya selamat melepasi pintu itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Arsel menutup semula pintu bilik itu, seakan tidak meninggalkan sebarang jejak.

Dia memusingkan tubuh menghadap ke hadapan.

Mata nya menjamah sebuah lorong panjang ke hadapan. Rupa-rupanya bilik yang ia tempati ini di hubungkan melalui lorong itu.

Di sepanjang lorong ada beberapa lampu lilin yang sedikit malap.

Walaupun sedikit ragu. Arsel memberanikan untuk ke berjalan terus ke depan. Sepanjang dia melewati lorong itu, tiada apa-apa pintu terlihat di kiri dan kanan lorong.

Arsel berhenti melangkah. Dia memusingkan tubuh kembali melihat ke belakang.

Pintu bilik tadi sudah tak kelihatan. Besar kemungkinan Arsel sudah berjalan hampir ke bahagian hujung lorong.

What a weird place.

Arsel kembali berjalan. Sedikit lambat, kerana keadaan tubuh nya yang masih terasa berbisa. Namun dia tetap mengagahkan diri walaupun sebenarnya dia takut.

Takut dengan apa yang akan menanti nya di hadapan.

Arsel nampak cahaya.

Dia berhenti di hadapan sebuah pintu masuk yang terbuka luas. Tanpa segan silu, dia melangkah melintasi pintu masuk besar itu. Di hadapan nya kini ada sebuah ruang yang luas, terlihat seperti ball room.

Ada beberapa sofa kulit yang tersusun kemas. Meja kopi kaca, lampu chandelier yang megah tergantung di atas langit-langit siling yang berkerawang seperti berada di dalam istana.

Arsel tercengang.

Takjub dan terkejut menjadi satu.

Haruman di ruang ini terhidu, sungguh wangi. Seperti baru sahaja di bersihkan.

Lantai mar yang terlihat berkilat menyapa Arsel. Sebaik sahaja dia menginjakkan kaki ke situ.

Karpet merah terhubung ke lima lagi lorong yang Arsel rasakan dia akan mengah jika masuk ke satu-satu lorong itu, karpet merah tempat dia berpinjak itu juga terhubung ke sebuah tangga untuk turun ke tingkat bawah. Di sebelah tangga itu, ada sebuah pintu berwarna hitam yang mempunyai beberapa punat di tepi.

Apparently she's been at the very top level of this villa.

Arsel tidak tahu hendak ke mana. Tiba-tiba dia merasa menyesal keluar daripada bilik itu.

Mendengar bunyi daripada lift di tepi tangga itu berdenting membuatkan Arsel di serang panik. Segera dia memilih menuruni tangga tersebut.

Bibir nya di ketap. Menahan pedih. Dia bergerak terlalu cepat.

Setelah menuruni beberapa anak tangga. Arsel berhenti, nafas nya termengah-mengah.

Dia kini berada di tengah-tengah bahagian tangga. Ada sebuah ruangan lagi yang terhubung melalui tangga ini.

Mungkin ini tingkat yang kedua. Arsel hanya melihat, terlalu banyak pintu untuk menuju ke beberapa bahagian. Dekorasi di tingkat ini terlihat sama seperti tingkat yang paling atas, terlihat seperti istana para bangsawan.

Setiap anak tangga di lapisi karpet merah. Penghadang tangga emas itu berkerawang dengan motif bunga ros.

Arsel memilih untuk turun lagi. Sehingga dia sampai tingkat pertama.

Sejuk.

Hawa di sini terasa sejuk.

Arsel berpeluk tubuh, melewati deretan tingkap bersaiz besar yang ditutupi langsir berwarna merah gelap.

Sampai di ruang paling tengah, Arsel menatap lurus ke depan. Ada sebuah pintu yang tertutup rapat.

Pintu masuk dan keluar.

***

Setelah turun dari kereta, Gail memecut meninggalkan perkarangan vila. Raid yang berdiri betul-betul di hadapan vila memasukkan kedua belah tangan nya ke dalam kocek seluar.

Angin malam sepoi-sepoi bertiup mendinginkan tubuh.

Hari ini terasa seperti begitu lambat berlalu bagi Raid. Kaki nya perlahan-lahan melangkah ke hadapan.

There's something playing inside of his mind.

***

Arsel maju.

Jantung nya berdegup kencang.

Ini ke masa nya untuk dia keluar dari tempat ini?

Tapi macam mana dengan Mikayla?

Arsel.

Berhenti berfikir tentang orang lain.

Ini hidup kau.

Hidup yang kau mesti perjuangkan.

Bibir di ketap. Peluh dingin merenek di dahi, entah bila kali terakhir dia melakukan kerja gila seperti ini?

Kaki nya melangkah.

Sebuah lukisan singa yang berada tepat di atas pintu utama itu mengerunkan Arsel. Langsir-langsir pada tingkap bergerak-gerak seperti di tiup angin, padahal tingkap kaca itu berkunci rapat.

Mungkin ada beberapa tingkap yang tidak berkunci. Arsel menyedapkan hati.

Wajah Ariz terlintas dalam fikiran nya.

Ya.

Walaupun papa dah tak ada.

Sekurang-kurang nya Arsel masih ada abang Ariz.

Mesti abang Ariz berusaha cari Arsel sekarang. Mesti abang Ariz salahkan diri dia sendiri atas semua yang dah jadi ni.

Arsel yakin.

Ariz pasti menantinya pulang.

Jadi ya.

Dia mesti pulang.

Ini bukan tempat Arsel.

Ini bukan keluarga Arsel.

Tiada yang berhak atas Arsel di sini.

Pulang.

Rumah.

Ariz.

Rindu.

Kelopak mata Arsel terasa berkaca-kaca.

Perasaan nya bercampur.

Dalam masa yang sama dia juga takut.

Apa akan jadi kalau dia keluar dari sini?

Mikayla.

Maafkan Arsel.

Arsel kena pergi sekarang.

Satu.

Dua.

Tiga.

Tangan kecil nya menyentuh gangga pintu, sejuk.

Terasa ada daya tolak dari luar. Arsel melepaskan pegangan nya pada gangga pintu itu tadi. Tubuh nya berundur sedikit ke belakang.

Pintu itu terbuka.

Raid angkat wajah.

Pandangan mata mereka bertembung.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top