𝑏𝑎𝑏 20
Jay ingatkan Mikayla tak nak berjumpa dengan nya dah lepas insiden mereka bergaduh hari tu pasal anak perempuan Mustafa.
Jay yang sedang sibuk mengerjakan sesuatu di meja kerja nya di hampiri oleh Mikayla. Gadis maskulin itu datang membawa fail di tangan.
Mikayla menarik kerusi dan melabukan punggung di hadapan Jay.
"Nah. Semua perkembangan Mya untuk bulan ni ada dalam fail tu."
Jay pandang fail berwarna coklat yang Mikayla letakkan di hadapan nya.
"Ni je?"
"Yes."
"Okay.."
"Kalau tak ada apa-apa lagi. Aku keluar dulu."
Mikayla yang baru hendak berdiri terhenti apabila Raid muncul di sebalik pintu.
"Oh, Mikayla. Baguslah korang berdua ada kat sini."
Raid menutup pintu kemas-kemas dan melangkah menghampiri Jay dan Mikayla yang termangu melihat ke arah nya.
Raid menarik kerusi kosong di sebelah Mikayla dan duduk di situ.
"Duduk dulu."
Arah Raid.
Nak tak nak, Mikayla kembali duduk. Pandangan mata Jay pada nya sedari tadi cuba di abaikan.
"Tu fail apa?"
Tanya Raid sambil mengerling fail yang berada di tangan Jay.
"Oh.. Ini fail tentang perkembangan anak perempuan Mustafa, tuan Raid."
Jay menjawab.
Raid pandang fail itu lama sebelum meminta nya daripada Jay.
"So macam mana Mikayla?"
Tanya Raid perlahan sambil tangan nya menyelak fail tersebut satu persatu.
"Semua dah ada dalan fail tu, tuan."
"Tudung?"
Raid memincingkan mata.
"Ha?"
Tanya Mikayla, tak terlalu kedengaran jelas apa yang dikatakan Raid pada nya tadi.
"Dalam fail ni ada perkataan tudung. What the fuck is tudung?"
"Dalam Islam, tudung atau kerudung atau pun dikenali sebagai hijab merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita.."
"I'm not asking you, Jay. I'm asking Mikayla."
Mikayla pandang Jay.
What the fuck?
Apa benda dia dengar tadi tu?
Jay ni seram gila.
Macam google.
Apa je yang dia tak tahu dalam dunia ni sebenarnya?
"Er.. Tudung tu, Mya guna, untuk tutup aurat dia daripada lelaki yang bukan darah daging dia."
Raid diam.
"Why I've never heard of it before?"
Mikayla pandang Jay.
What am I supposed to answer?
"Um.. Mungkin sebab tuan Raid selalu dikelilingi perempuan-perempuan yang tak pernah kisah pasal aurat?"
Boleh jadi. Fikir Raid dalam hati.
"Macam Lisa?"
Raid pandang Jay.
Shoot.
"Ah ya.. Macam Lisa, kan Mikayla?"
Mercerlung Mikayla pandang Jay apabila lelaki itu petik nama nya. Namun cepat-cepat Mikayla senyum semula apabila Raid melihat ke arah dia.
"Yes.. Lisa."
Jawab Mikayla pantas.
Raid tutup fail tersebut.
Berapa banyak lagi benda pelik yang anak perempuan Mustafa akan tunjuk pada semua orang dalam vila ni agaknya?
"Haritu aku dah nampak dia tanpa tudung. I mean, tanpa sengaja."
Mata Mikayla membulat mendengar apa yang keluar dari mulut Raid.
"Ma.. Macam mana tuan Raid boleh nampak?"
"Aku tak ingat."
Bohong kau Raid.
Padahal kau pergi masuk dalam bilik dia waktu dia tengah senyap tidur.
"Kalau tak sengaja tak apa kut."
Jay garu tengkuk yang tak gatal.
Masalah nya sekarang ni kenapa mereka tiba-tiba cakap pasal benda ni pula?
Begitu banyak benda penting yang diorang boleh cerita lagi, but they talked about this instead.
This is definitely not right.
***
Arsel berdiri di hadapan luar balkoni bilik di mana dia di tempatkan. Kepala nya memandang pemandangan hutan yang mengelilingi vila tersebut. Baru hari ini dia di benarkan keluar sedikit daripada kawasan katil - sofa - dan bilik air. Itu pun hanya di luar balkoni yang selalu nya pintu nya terkunci.
Mikayla membenarkan pintu ini di buka, untuk Arsel menikmati angin dan pemandangan di luar.
Ada sebuah kerusi dan meja bersebelahan dengan pintu balkoni ini. Di situ Arsel duduk sebentar tadi.
But sometimes curiosity kills the cat.
Dia kini berdiri dekat dengan pagar-pagar balkoni itu. Memandang terus ke sekeliling vila. Tiada apa sangat pun yang dia boleh nampak, melainkan sebuah hutan tebal dan baru dia sedar kedudukan vila ini berada jauh di dalam kawasan hutan.
Di bawah, ada sebuah air terjun mini. Arsel hanya melihat anak-anak ikan berenang di dalam kolam air terjun itu. Berhadapan dengan kolam air terjun, ada sebuah meja yang lengkap dengan kerusi. Pokok-pokok bunga mengelilingi kawasan vila.
What a pretty place.
Ini apa yang dia nampak melalui balkoni ini. Sebenarnya vila ni berapa besar?
Arsel boleh agak ia nya besar. Terlalu besar untuk ditinggali oleh beberapa orang saja.
At least you can fit maybe five or four family in here.
Quite a lot.
Angin petang datang menerapa Arsel. Dia tiba-tiba sahaja teringat mimpi yang dia alami beberapa hari yang lepas.
Mimpi yang menakutkan.
Arsel berpeluk tubuh. Dia masih ingat dengan jelas mimpi tu macam mana.
Kepala nya mendongak memandang langit.
Biru.
Cerah.
Nafas di hela, berat.
Selepas kejadian hitam yang berlaku pada malam itu, malam di mana Arsel melakukan hal-hal yang tak pernah terlintas sedikit pun dalam kepala nya. Kejadian hitam itu membuatkan dia seakan terputus segala hubungan dengan Ariz.
Papa?
Terasa ada satu sensasi sakit menyerang kepala nya. Terasa mencengkam. Arsel tertunduk.
Sa.. Sakit.
Kedua tangan nya naik menyentuh kepala nya yang tiba-tiba sakit.
Pandangan mata Arsel terasa seperti berbalam-balam. Nafas nya terasa tidak teratur. Dia sukar bernafas, sesak.
Kak Ti.
Abang Ariz.
Papa.
Thailand.
Lari.
Malaysia.
Seakan semua kenangan-kenangan yang telah lampau itu menyuluh kembali ke dalam ingatan nya.
Ada sesuatu yang dia terlupa.
"Pagi tadi abang dapat tahu.. Yang."
Ariz jeda lama sebelum menyambung.
"Tuan Mustafa dah tak ada."
Ya.
Papa.
Papa dah tak ada.
Arsel terduduk.
Air mata nya mengalir tanpa di pinta. Bayangan wajah tuan Mustafa seakan berlegar-legar di ruangan mata.
Macam mana kau boleh tak ingat yang papa dah tak ada, Arsel?
Papa, punca Arsel untuk hidup selama ni dah tak ada, dan dia baru menyedari nya sekarang. Selama ini dia berusaha patuh pada semua arahan di dalam vila ini kerana satu.. Dia ingin keluar dan bebas berjumpa dengan tuan Mustafa, papa kandung nya.
Tapi sekarang?
"Oi!"
Seorang pengawal menjerit dari bawah. Mata nya mencerlung memandang tubuh Arsel yang sedikit lagi akan jatuh ke bawah dari tingkat 3 itu.
Tubuh gadis itu sudah separuh melimpasi pagar balkoni. Dan itu tidak di sedari Arsel sama sekali.
"Siapa benarkan pintu balkoni tu di buka?"
Tanya seorang lagi pengawal yang berlari setelah mendengar jeritan pengawal yang pertama tadi.
Arsel hampir pitam.
Pandangan mata nya semakin lama semakin gelap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top