𝑏𝑎𝑏 19
Pagi-pagi lagi Lisa sudah bersiap dan memandu FORTWO SMART milik nya yang berwarna kelabu berkilat. Lisa menuju ke pejabat Raid yang dia tahu. Receptionist yang berjaga di hadapan pintu masuk mula nya agak sedikit sukar untuk membenarkan Lisa masuk.
"Cik tak boleh sembarangan masuk bilik bos, kami memang tak boleh izinkan cik. Kami minta maaf."
Jelas receptionist wanita itu kepada Lisa.
Lisa buat muka bosan.
Kaca mata hitam yang dia pakai di turunkan dari batang hidung. Mata nya memandang tajam ke arah receptionist wanita itu.
"You tahu tak I ni siapa?"
Wanita itu mengeleng.
"Panggil your bos sekarang kalau you nak tahu I siapa."
"Tak boleh cik.. Cik jangan buat kecoh kat sini."
"I nak jumpa Raid je, I bukan nya nak kacau kerja dia pun, lagi pun dia kenal I, and I know him well. So what's the problem?"
"Cik.. Ni bukan pasal cik kenal bos atau pun bos kenal cik. Ni tempat kerja cik, bukan nya rumah atau apa. Kami cuma nak jaga reputasi syarikat saja."
Lisa menahan sabar. Apa hal yang susah sangat?
Nak jumpa Raid je pun.
"You ni receptionist je tau kat sini, jangan nak berlagak sangat boleh?"
"Tapi cik.."
"Apa bising-bising ni?"
Jay muncul entah dari mana. Dua empat orang receptionist wanita itu tunduk hormat pada Jay apabila melihat lelaki itu hadir.
Jay pandang Lisa.
"Kau buat apa kat sini?"
"Jay.. Thank god you're here."
Lisa memaut lengan Jay. Lelaki itu hanya membiarkan. Beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka.
Lepas ni, banyaklah gossip murahan yang berlegar kat pejabat ni.
Jay dah dapat agak.
"Again I'm asking you, Lisa. Kau buat apa kat sini? Setahu aku, tuan Raid tak ada panggil kau datang kan?"
Lisa menarik lengan Jay ke suatu tempat yang sedikit tersorok sebelum melepaskan lengan lelaki itu yang tadi dia paut.
Lisa buat muka sedih.
"I.. I rindu Raid. I cuba call dia text dia, but dia selalu ignore I, dia busy sangat ke, Jay?"
"Kalau dah tuan Raid tak jawab call kau, text pun dia tak balas makna nya dia sibuk lah. Kau pun tahu kan tuan Raid tak suka main phone dia lama-lama?"
"I know but.."
"Kalau tak ada apa-apa lagi kau boleh balik. Jangan buat kecoh kat sini."
Jay memotong, tegas.
"Wait.."
"Apalagi?"
"Bawa I jumpa Raid please?"
"Kau dah gila ke Lisa? Kau nak tuan Raid marah?"
"I janji sekali ni je. Lepastu I akan sabar tunggu Raid call I. Please?"
Jay mengetap rahang.
Kenapalah dalam banyak-banyak perempuan, Lisa juga yang selalu terhegeh pada Raid.
Tak ada perempuan yang lagi elok sikit?
"Aku kata tak boleh makna nya tak boleh lah."
Lisa mengentak heels nya ke lantai. Tangan nya mengepal penumbuk, geram dan sakit hati dengan receptionist tadi belum habis lagi, sekarang tambah bengang dengan Jay pula.
"You dengan Raid sama je. Cold hearted!"
"Dah tahu cold hearted still terhegel kenapa?"
Lisa jeling Jay. Sebelah bahu lelaki itu di tolak. Lisa berjalan pergi dari tempat itu dengan wajah yang memerah.
Jay pusingkan badan dan menghantar pemergian Lisa dengan pandangan mata.
Bip!
Alat berhubung di telinga nya tiba-tiba berbunyi.
Terdengar suara Raid di hujung sana.
"Settle dah?"
Tanya Raid, sambil berpeluk tubuh merenung camera pengawasan dari dalam bilik kerja nya. Tiada lagi kelibat Lisa di situ.
"Dah tuan."
Balas Jay, pantas.
"Good."
Raid mematikan alat penghubung.
***
"Hi Mya!"
Mikayla muncul di sebalik pintu dengan senyuman. Arsel yang sedang duduk mengelamun di atas sofa terkejut.
Mikayla mengambil tempat di sebelah nya.
"Jauh termenung, ingatkan siapa?"
"Doktor buat saya terkejut."
"Ala sorry lah. Saya tak sengaja hehe."
"Lain kali jangan buat lagi tau?"
"Ya.. Awak ni banyak permintaan betul lah, jangan ini lah, jangan itu lah."
Arsel kerutkan kening.
Eleh.
Mana ada.
"Mana ada."
Nafi Arsel.
"Just forget about it. By the way, Mya.. Dah sebulan kan awak duduk sini?"
Arsel mengangguk. Ya, tak sedar dia dah sebulan tinggal di tempat ini. Sejak kejadian 'tuan Raid' tempoh hari. Arsel sudah jarang melihat lelaki itu lagi.
Lagi pun Arsel tak boleh keluar dari bilik ni. Tiba waktu makan, akan ada pembantu yang datang membawakan makanan, mencuci pakaian kotor nya, membersihkan bilik dan melakukan apa yang patut.
Sejak luka-luka di tubuh nya sudah sembuh, Mikayla tetap selalu datang membawa makanan dan cerita untuk di kongsikan bersama Arsel.
"Awak tak rindu family awak?"
"Rindu."
"Family awak semua ada berapa orang?"
Arsel tunjuk tanda peace.
"Dua?"
Angguk.
"Sikit nya. Oh, kalau macam tu, mesti ada ayah awak, dengan ibu awak. Kan?"
"Tak. Ada papa dengan abang Ariz je."
"Oh.. Sorry."
"Tak apa."
Arsel tersenyum manis.
"Nanti kalau awak dah boleh keluar dari sini, and dapat jumpa family awak balik, awak jangan lupakan saya pula tau?"
Keluar daripada sini?
"Saya tak tahu bila saya boleh keluar dari sini."
Mikayla renung Arsel.
Betul.
Dia juga tak tahu bila Arsel boleh keluar daripada sini.
"Em.. Mungkin lagi dua tiga bulan?"
"Lama lagi."
"Ala sabarlah.. Dua tiga bulan tu bukan nya lama sangat pun."
"Doktor ada keluarga?"
Mikayla mengedipkan mata beberapa kali. Agak sedikit terkejut dengan soalan yang di tanyakan Arsel.
Tangan nya naik menggaru tengkuk yang tak gatal.
"Kalau doktor tak nak jawab tak apa. Saya tak paksa."
Mikayla tersenyum tipis.
"Saya tak ada family.. Saya tak tahu pun saya ni anak siapa. Dulu saya tinggal tepi jalan, berkawan dengan budak-budak nakal sampai lah saya umur 12 tahun. Tempat kitaorang tinggal kena serbu. Saya kena bawa pergi pusat jagaan anak-anak yatim. Saya tinggal kat sana lama lah juga.."
Arsel tekun mendengar cerita daripada Mikayla sampai dia tak toleh arah lain dah.
"Dekat sana saya masuk sekolah, kerja sambil belajar. Sampai saya jadi saya yang sekarang.."
"Sebab tu doktor pandai bela diri?"
"Bela diri? Macam mana awak tahu saya pandai bela diri?"
"Haritu saya tak sengaja nampak doktor bergaduh dengan sorang lelaki badan besar depan bilik ni."
Jawab Arsel. Polos.
Mikayla tercengang.
Buat malu je.
Tak sangka rupanya Arsel nampak.
"Saya belajar semua tu dengan tuan Raid."
"Lelaki badan besar tu nama dia siapa?"
"Yang awak nampak badan besar tu Jay.."
"Saya ingat."
"Ingat apa?"
"Dia yang.."
"Yang apa Mya? Yang bawa awak datang sini?"
Perlahan-lahan Arsel angguk.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top