𝑏𝑎𝑏 17
Arsel terbangun akibat goncangan di bahu nya yang memaksa gadis itu untuk membuka mata. Benda pertama yang dia nampak adalah wajah seseorang yang kelihatan sedikit kabur.
Arsel hanya membiarkan apabila kedua bahu nya di cengkam dan di paksa duduk bersandar pada kepala katil.
Dia masih mengantuk untuk memberi apa-apa respon.
"Bangun."
Arah Raid kasar.
Perasan yang itu suara lelaki, reflek Arsel cepat-cepat menarik tuala dan menutup rambut nya yang terdedah. Arsel betul-betul terkejut, dia ingat lelaki ni, lelaki malam tu yang tiba-tiba masuk dalam bilik nya dengan luka-luka dan darah yang mengalir di dahi dia.
Harini Arsel lihat lelaki itu sudah sedikit kemas. Namun aura menakutkan dan misteri pada lelaki itu masih dapat Arsel rasakan.
"Are you really can't talk or you're just trying to fool me?"
Raid berpeluk tubuh.
Wajah nya serius.
"I'm talking to you.. Look at me."
Raid mengangkat dagu Arsel, memaksa gadis itu pandang ke wajah nya. Raid paling tak suka dengan orang yang tak pandang wajah nya apabila dia sedang bercakap.
Itu bukan sign respect yang dia perlukan.
Berkerut dahi Arsel. Sebelah tangan nya masih kemas mengenggam kain tuala di bawah dagu, supaya tuala yang menutup rambut nya itu tidak terlondeh.
"Tolong lepaskan saya, saya tak kenal awak siapa.."
"What's with that hand sign?"
Raid muak.
Dia melepaskan dagu Arsel.
Is she really trying to fool me?
Dah cukup bagus Raid biarkan dia menginap dalam vila ni, dah cukup bagus Raid tak ganggu dia semasa proses penyembuhan badan dia yang lemah tu.
"Saya minta maaf, tapi saya tak tahu apa yang awak nak."
"I really don't understand shit you show."
Raid meraup wajah.
Bodoh.
Sekarang dia betul-betul menyesal biarkan anak perempuan Mustafa 'bernafas' dalam area yang sama dengan dia.
Mungkin betul apa yang Jay cakap.
Sepatutnya mereka hapuskan sahaja perempuan ni dari awal, sama macam mereka hapuskan Mustafa.
Dua-dua tak ada guna.
Pintu bilik yang di tempati Arsel tiba-tiba terbuka. Muncul Mikayla dengan wajah pucat.
Dia berjalan ke arah katil yang menempatkan Arsel. Beg plastik yang di bawa nya di letakkan di atas sofa tempat Raid duduk tadi.
Mikayla mendapatkan Arsel.
Tubuh kecil itu di bawa ke dalam pelukan nya.
"Tuan Raid buat apa dengan Mya?"
Tanya Mikayla, takut-takut. Dengar sahaja yang tuan Raid hendak berjumpa dengan anak perempuan Mustafa membuatkan Mikayla hilang nafas.
Dia betul-betul risau jika Arsel diapa-apakan oleh tuan Raid.
"I'm not doing anything, I just wanna make sure yang dia ni betul-betul bisu macam yang orang-orang dalam vila ni cakap kan."
"Tuan Raid tak percaya? Saya kan dah bagitahu semua benda pada Jay. Jay tak ada bagitahu tuan Raid?"
"Ni tak ada kena mengena dengan aku percaya atau tak. Aku cuma tak nak perempuan ni kencing kita hidup-hidup."
"Saya tak percaya Mya akan buat macam tu. Selama saya jaga dia, dia tak pernah sekalipun buat benda bukan-bukan."
Ujar Mikayla, mempertahankan Arsel.
Arsel menutup kedua kelopak mata nya. Dia bingung. Betul-betul tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada nya ini.
"Maaf.. Tuan Raid, tuan ada meeting kejap lagi. Kita kena gerak sekarang."
Seorang lelaki berpakaian serba hitam muncul di hadapan pintu.
Raid pandang Arsel dalam pelukan Mikayla.
Kenapa Mustafa beria-ria sembunyikan anak perempuan dia yang jelas-jelas cacat macam sembunyikan pertama?
Raid betul-betul tak faham.
"Jaga dia. Jangan sampai dia lari. I'm not done with her yet."
Pesan Raid tegas sebelum meninggalkan bilik itu.
Sesudah Raid pergi, Mikayla cepat-cepat menutup pintu rapat-rapat dan mengunci nya dari dalam.
Beg plastik yang dia bawa tadi di ambil semula. Mikayla naik ke atas katil bersama Arsel.
"Maaf, saya lambat sikit tengok awak pagi ni, tadi saya keluar sekejap beli ni.. Ni untuk awak."
Mikayla menghulurkan beg plastik itu kepada Arsel. Arsel tak tahu sama ada dia perlu ambil atau pun tidak.
"Jangan takut, dalam ni ada baju dengan tudung. Saya yang pilih. Saya hadiahkan untuk awak."
Membulat mata Arsel.
"Kenapa doktor susahkan diri buat macam ni?"
"Kejap.." Mikayla mengambil buku yang dia bawa dari tadi. Buku itu di buka. Mikayla mengangguk sendiri sambil membelek buku tersebut.
"Itu buku apa?"
"Ah.. Ni buku sign language. Disebabkan saya tahu basic je, saya nak belajar lebih banyak lagi, supaya senang kalau awak nak cakap apa-apa dengan saya. Tadi tu awak cuba nak cakap yang susahkan saya je beli semua tu untuk awak kan?"
Mikayla angkat sebelah kening.
Arsel mengangguk.
"Tak lah. Saya tak rasa susah pun. Lagipun bukan nya mahal sangat, um.. Just forget about the price. Okay?"
Arsel mengangguk perlahan, sambil mengemam bibir.
"Tahu tak yang tadi tu siapa?"
Mikayla bertanya sebaik sahaja dia lihat Arsel sudah sedikit tenang daripada tadi.
"Saya tak kenal."
"Yang tadi tu tuan Raid. Dia ketua dalam vila ni. Saya pun berkerja di bawah dia.. Mya.. Saya minta sangat-sangat pada awak, please tau jangan pernah buat tuan Raid marah? Sebab saya tak tahu kenapa awak ada kat sini dan tuan Raid pun tak pernah bagitahu saya apa-apa pasal awak kecuali nama awak."
Arsel diam.
"Awak jangan takut tau? Selagi saya ada kat sini, saya takkan biarkan sesiapa pun apa-apakan awak. Saya janji."
Mikayla senyum.
Papa.
Ariz.
Diorang sebenarnya kat mana?
"Awak belum makan kan?"
Arsel mengelengkan kepala.
"Good. Pergi mandi dulu, lepastu kita makan sama-sama. Nanti saya minta pembantu siapkan makanan untuk kita."
Arah Mikayla, lantas menarik lengan Arsel turun daripada katil.
Arsel hanya menurut tanpa banyak cakap. Sebaik sahaja tubuh gadis itu masuk ke dalam bilik air yang juga berada di dalam bilik itu, Mikayla terus mengambil tempat di atas sofa.
Telefon pintar nya di keluarkan dari kocek seluar.
Beberapa pesanan yang masuk di baca nya satu persatu.
"Kenapa tuan Raid dan Jay terlalu berahsia sangat tentang siapa sebenarnya Mya Arsel ni?"
Kening Mikayla berkerut.
Dia akui, ini adalah kali pertama Jay dan tuan Raid bawa seorang perempuan asing yang tak diketahui identiti nya ke dalam vila.
Selalunya tuan Raid terlalu berjaga-jaga. Hanya orang yang terpercaya sahaja yang tahu lokasi vila ini di mana.
Mya Arsel.
Siapa kau sebenarnya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top