𝑏𝑎𝑏 15
Selesai mandi dan masih berselubung dalam bathrobe, Lisa duduk di atas katil lalu menyilangkan kaki, rambut nya yang masih basah berbungkus dalam tuala. Telefon nya yang berada di meja di tepi katil di ambil. Nombor Raid terus di cari.
It's been a month now. Tiada apa-apa khabar dari lelaki itu membuatkan Lisa kesal.
Lisa melekapkan telefon pada telinga, tiada jawapan sama sekali ia terima. Panggilan bersambung sekejap kemudian putus. Apa lagi, makin geram lah perempuan tu di buat nya.
Lisa tak putus asa, dia mencuba lagi sehingga kali yang ke 8. Lisa melempar telefon nya ke katil lalu bingkas bangun.
"Argh! Stress lah macam ni.."
Jerit Lisa sendirian di dalam bilik apartment milik nya.
"Kenapa you jual mahal sangat eh Raid? I betul-betul tak faham.. Screw you."
Kaki nya melangkah ke cermin besar yang berdiri tegap di tepi tingkap. Lisa memandang pantulan diri nya sendiri melalui cermin. Agak lama dia termenung sebelum menanggalkan bathrobe yang menutupi tubuh nya.
Lisa berpusing beberapa kali di hadapan cermin.
"How am I supposed to do untuk tarik perhatian you Raid?"
Lisa berhenti. Dia kesal sendiri apabila memikirkan tentang Raid. Lelaki yang terlalu sukar untuk dia tundukkan, tak macam lelaki lain, Raid terlalu berjaga-jaga.
Lisa terdiam. Teringat sesuatu.
Empat tahun yang lepas.
"Hey! Kau tu pelacur kat sini.. Tugas kau untuk layan semua customer aku. Kau nak buat aku rugi ke ha? Perempuan sial!"
Rambut Lisa di tarik, sehingga dia terjatuh melutut di atas lantai simen itu. Lutut nya terlihat sedikit luka. Lisa mengetap bibir, air mata nya merembes bagaikan empangan pecah.
"Mak dengan anak memang sama-sama tak guna.."
Maki wanita angkuh yang menarik rambut Lisa sebentar tadi. Wanita itu adalah isteri kedua ayah nya, selepas ibu nya meninggal, ayah nya yang kaki minum berkahwin dengan seorang wanita yang berkerja sebagai mak ayam. Hidup Lisa semakin huru-hara selepas itu, dia diperlakukan seperti kuli, ayah nya sedikit pun tidak bersimpati, malahan pura-pura buta dan tuli.
"Sepatutnya kau ikut mampos dengan mak kau.."
"Ibu aku tak ada apa-apa salah dengan kau."
"Apa kau cakap? Aku tak dengar."
"IBU AKU TAK ADA SALAH DENGAN KAU PEREMPUAN TUA TAK SEDAR DIRI!"
Lisa bangun, tubuh wanita itu di tarik, Lisa melepaskan beberapa tumbukan dan tamparan nya pada tubuh wanita itu. Air mata nya sudah tidak dapat di bendung lagi. Tubuh nya menggigil menahan rasa. Jantung nya berdetak begitu laju.
"Kau memang tak guna perempuan sial! Ei, lepaslah.. Argh.."
Wanita itu menjerit bagai orang gila. Lisa tak berhenti, dia menghajar wanita itu cukup-cukup, entah dari mana dia dapat keberanian yang sebegitu tinggi. Dia sudah tak dapat berfikir apa-apa lagi. Apa nak jadi, lantaklah.
Kedatangan dua orang lelaki memaksa wanita itu menolak Lisa sehingga tubuh nya terjatuh sekali lagi. Baru sahaja Lisa hendak berdiri, lengan nya terasa seperti di sentuh oleh seseorang. Spontan Lisa mendongak memandang.
"Hoi perempuan tua, hutang kau bila nak bayar?"
Hutang?
Wanita ni berhutang?
"Jay.. T... Tuan Raid, aku belum ada d.. Duit lagi."
Dahi Lisa berkerut apabila wanita itu kelihatan takut-takut hendak memandang lelaki yang sebentar tadi membantu nya untuk berdiri.
Mereka ni siapa sebenarnya?
"Kau okay?"
Suara lelaki itu menampar gegendang telinga Lisa. Pandangan mereka bertemu.
Bunyi lonceng di luar menyentakkan nya, Lisa bingkas memakai semula bathrobe milik nya lantas keluar daripada bilik.
***
It's been two weeks, intense two weeks.
Mikayla duduk di atas katil Arsel, mereka berhadapan. Eye to eye. Mikayla terlihat runsing, mata nya tak lepas daripada wajah Arsel sejak tadi.
Let me say it again, it's been two weeks, two weeks Arsel dalam jagaan Mikayla. Dan dalam masa dua minggu ni, Arsel tak pernah berkomunkasi sedikit pun dengan nya membuatkan Mikayla betul-betul bingung.
Nak kata Arsel takut, dia tak menunjukkan tanda-tanda takut sikit pun pada nya. Malahan setiap kali Mikayla datang memerika tubuh nya ataupun memberi ubat dan makanan, Arsel terlihat biasa saja, terkadang dia cuba tersenyum namun senyuman daripada bibir pucat nya tidak lah begitu lama.
Sekejap pandang tangan sendiri, sekejap pandang wajah doktor Mikayla, pandang siling, pandang dinding. Arsel tak tahu lagi nak pandang apa. Serba salah sebab Mikayla pandang dia macam tak pernah nampak orang.
Dia ada buat salah ke?
Rasa nya tak ada.
"Awak betul-betul okay ke ni?"
Laju Arsel angguk. Bersungguh-sungguh. Tercuit hati Mikayla di buat nya. Macam manalah gadis semanis ini boleh masuk dalam vila tuan Raid. Gadis manis ni sepatutnya tak ada di sini.
She should be outside, enjoying her life. Dia masih terlihat begitu muda, for.. You know, stuck kat sini.
"Mya.." Mikayla genggam tangan kecil Arsel. Mya adalah nama yang dia panggil pada Arsel selama gadis itu ada di sini. Mengikut dokumen diri Arsel yang di berikan Jay pada nya.
Tak macam Jay yang panggil Arsel 'Perempuan tu' atau terkadang 'Anak perempuan Mustafa' Mikayla lebih suka panggil Arsel dengan nama Mya. Sebab tu nama depan dia.
Mya Arsel.
Like.. Mesti kalau kat mana-mana orang panggil nama depan dulu kan?
"Kalau awak ada apa-apa masalah. Awak boleh cerita dengan saya.." Mikayla berkata perlahan sambil menunggu respon Arsel.
Mata bulat Arsel terkedip-kedip.
Mikayla hela nafas. "Saya takkan tanya macam mana awak boleh ada kat sini, atau kenapa awak kena ada kat sini.. Saya takkan tanya semua tu, okay? Jangan takut nak cerita apa-apa dengan saya, saya kan dah janji saya takkan apa-apakan awak? Like.. Saya takkan boleh apa-apakan awak pun. Tuan Raid.. Okay, saya tahu saya banyak cakap. Maybe awak rasa annoying ke yang saya tak perasan selama ni kan? Mana tau.." Mikayla berhenti beberapa ketika sebelum meneruskan kembali kata-kata nya kepada Arsel.
Mikayla berdehem, "Look. Kalau awak diam macam ni, tak cerita apa-apa pun dengan saya, macam mana saya nak faham awak? Sebab kita kawan kan? So saya kena faham awak, kena tau awak suka apa, apa yang awak tak suka. Benda basic macam tu je yang saya nak tau, saya takkan tanya lebih-lebih okay? I promise you. Now Mya, look at me, and tell me everything yang awak rasa saya kena tahu.."
Mikayla pandang tepat ke dalam mata Arsel.
"Tell me.."
Arsel tersentak.
Dia faham apa yang doktor Mikayla cuba sampaikan.. Tapi.
"Hm?" Mikayla angkat kening, dia masih menunggu apa-apa sahaja yang akan keluar dari mulut Arsel. Literally everything.
"Saya tak tahu nak cakap apa.."
Arsel rasa macam nak nangis.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top