𝑏𝑎𝑏 11

The only ones who should kill are those who are prepared to be killed.

MYA ARSEL.

Aku dekat mana ni?

Kenapa semua nya gelap, dan aku tak boleh bergerak.

"How's she doing?"

"The wound still hasn't fully healed. Let's hope that her body will recover in the near future."

"What I see, she's just a weak girl. I'm not sure if she usually survives like that."

Ketawa dalam-dalam kedengaran di telingaku. Berbeza sedikit dengan suara yang biasa aku dengar. Di mana aku, adakah aku sudah mati?

"You have to believe in her, master."

"I'm on the bet."

***

Ariz tarik kolar baju lelaki itu. Urat-urat timbul di lengan nya.

"Mana Mya Arsel!"

"Aku tak tahu.. Berapa kali lagi aku kena bagitahu yang aku tak tahu apa-apa?!"

Lelaki itu mendesis.

Rumah yang sudah runtuh yang dilihat nya itu membuatkan Ariz terkelu. Hangus, hanya rangka yang tinggal. Siapa punya kerja ni?

"Kalau kau nak duit. Aku boleh bayar lah hutang tuan Mustafa pada kau.. Tapi jangan berani nak sentuh anak dia."

Jerit Ariz tepat di hadapan muka lelaki itu. Dia kenal lelaki itu, sudah beberapa kali mereka terserempak, dia tahu lelaki itu bersama beberapa teman nya yang lain mempunyai sesuatu yang mereka tak puas hati pada tuan Mustafa. Kalau bukan sebab duit, apa lagi?

"Kau datang tempat aku macam ni.. Dan kau serang aku macam orang gila, kau ingat aku ni apa?!"

"Kau sampah! Berani dekat belakang je. Sekarang ni aku kat depan muka kau kan? Puas hati kau? Pulangkan Arsel balik.."

Lelaki itu berdecit. Sebelum tertawa sinis.

"Apa yang Mustafa dah buat pada kau ah Riz? Sampai lepas dia mati pun kau masih setia?"

Ariz mencekik leher lelaki itu.

"Itu urusan aku dengan Mustafa.. Kau tak ada kena-mengena dengan benda tu. Kau faham?"

"K.. Kau.. Me.. Memang gila.."

"Ya. Memang! Sekarang bagitahu aku anak perempuan Mustafa ada dekat mana sebelum kepala kau bercerai dari badan."

Tangan Ariz di tolak. Nafas lelaki itu turun naik. Dada nya berombak.

"Aku cakap aku tak tahu la sial! Kau ingat aku bodoh sangat ke nak culik perempuan macam tu ha?"

"Perempuan macam tu? Maksud kau perempuan macam mana?"

"OKU.."

Satu tumbukan hinggap di wajah lelaki itu, tubuh nya terjatuh ke atas lantai, macam nangka busuk. Darah panas mengalir di celah bibir nya.

Ariz sudah hilang sabar.

"Simpan la perempuan cacat tu. Kau dengan dia memang layak!"

"Mulut kau ni.."

"Oi!"

Suara jeritan menghentikan langkah Ariz. Dia memusingkan diri mencari darimana arah suara itu.

Terlihat tiga orang lelaki menghampiri mereka, bahu Ariz di tepuk oleh salah seorang daripada tiga lelaki itu.

"Ini tempat kami bro.. Kau jangan tunjuk hero kat sini, dah dia cakap perempuan tu tak ada kat sini makna nya tak ada la. Kau tak faham bahasa atau kau nak aku fahamkan kau guna cara lain?"

Pisau lipat di letak tepat di bawah dagu Ariz. Mata Ariz meliar di sekeliling klub malam itu.

"Kitaorang tak kacau tempat kau. Jadi kau jangan kacau tempat kitaorang."

"Anak perempuan Mustafa.."

Ariz berdecit.

"Aku dengar Raid yang ambil dia.. Aku tak tahu kalau cerita tu palsu atau betul. Tapi kalau betul Raid yang ambil anak Mustafa. Selamat tinggal je la pada kau, Riz. Aku pasti Raid akan habiskan perempuan tu macam mana dia habiskan Mustafa."

Jantung Ariz bagaikan terhenti. Telinga nya terasa berdesing.

Raid?

Tak mungkin.

"Heh.. Kau jangan main-main dengan aku, Raid takkan jumpa anak Mustafa, aku dah sembunyikan dia baik-baik."

"Sembunyikan? Kau tinggalkan dia dengan perempuan mata duitan tu kau kata sembunyikan?"

Mereka ketawa. Ariz terlihat bingung.

"Good luck. Aku harap lepas ni kalau kau dapat jumpa anak Mustafa balik. Itu pun kalau dia masih nak percaya lagi dengan kau."

Lelaki itu angkat sebelah tangan, membuat isyarat. Dua orang lelaki bertubuh sasa menghampiri mereka. Serta-merta lengan Ariz diapit dua lelaki sasa itu.

"Nak bawa dia pergi mana, tuan?"

"Tunjuk dia jalan keluar dari tempat ni. Aku rasa dia dah mabuk sangat dah ni."

Ariz tolak kedua lelaki sasa itu ke tepi. Pandangan mata Ariz menikam.

"Aku boleh keluar sendiri la!"

"Baguslah.. Keluar, jangan sampai kitaorang terpaksa guna cara kasar."

Ariz meludah ke lantai. Sebelum beredar dari situ.

Arsel.

Maafkan abang, abang tak dapat lindungi Arsel macam yang abang janji.

I'm sorry.

***

Pandangan mata nya kabur. Lelah serta-merta menguasi diri nya, apa yang lelaki tu dah bagi dia makan? Kenapa dia rasa tubuh nya lemah tak berdaya?

Dia rasakan tubuh nya seakan melayang dan dia merasa belakang badan nya bertemu sesuatu yang lembut. Dia tak kuasa melawan lagi. Dia hanya membiarkan.

Selimut di tarik menutupi sekujur tubuh nya. Sentuhan terasa di atas kepala, ubun-ubun nya bagaikan di usap lembut.

Penat.

"There's no point trying to be stubborn about it. Good to sleep, Mya.. You can argue with me more later, I'll be right here when you wake up."

Itu adalah apa yang dia takuti. Kelopak mata nya perlahan-lahan tertutup. Dia kini berada di alam bawah sedar.

"Hutang 16 juta tu dah langsai."

Jay angkat kepala pandang Raid, mata nya tak berkelip, dia tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar daripada mulut lelaki itu.

"Tuan tak ada salah makan kan?"

"What do you mean?"

Jay diam.

Raid angkat sebelah kening.

"Kau tak percaya?"

"Bukan saya tak percaya, tuan.. Tapi, 16 juta tu bukan sikit. Tuan dah bazirkan duit untuk benda yang tak berguna."

Raid menyisip coffee. Cawan bertemu piring nya.

"I know what I'm doing.."

Raid membalas, lalu menarik wajah serius.

"And she.. Will stuck with me forever."

"Is that one of your plan?"

"Yes. Mustafa akan jumpa anak dia tak lama lagi. Lepas perempuan tu bangun.. I'll be right there, watching her."

Jay tersenyum. Wicked plan.

"That's so nice."

"Come on. I'm the nicest person she'll ever meet."

Raid ketawa.

Jay mengelengkan kepala.

"Jangan sampai tuan jatuh dengan dia sudahlah.."

"Jatuh?"

"Ya. Jatuh cinta, do you actually know about love, tuan Raid?"

Jay menduga Raid.

Raid mengeleng serta-merta. Bibir nya mengoyak senyuman.

Sinister smile.

His killer smile.

Raid Stefano.

"I'm not interested. I'm capable enough to live without love."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top