𝑏𝑎𝑏 1

Burung bersiulan di atas dahan. Dia sedang duduk di atas sofa, menyilangkan kaki. Tanpa riak. Pistol berwarna hitam yang berada di tangan kirinya di lambung-lambung ke udara.

Seorang lagi lelaki yang sedang melutut di hadapan nya di pandang dengan pandangan yang redup namun mematikan.

"Tuan Raid. Apa yang tuan nak kami buat dengan si bedebah ni?"

Tanya seorang lelaki bertubuh sasa yang sedang menahan kedua lengan lelaki muda itu ke belakang.

Raid membuang rokok nya ke lantai. Terlihat sebelah mata lelaki muda itu sudah kelihatan lebam keungguan.

"Now let me ask you again, who send you here?"

Raid bertanya, sopan.

Bibir bawah lelaki muda itu bergetar. Dari tadi dia mengelak daripada bertatapan dengan Raid. Mata nya seperti tidak sanggup bertentang dengan lelaki yang bernama Raid itu.

"Cakaplah bodoh!"

Lelaki bertubuh sasa itu sudah hilang sabar. Tidak seperti Raid, dirinya lebih suka kekerasan. Di hentak wajah lelaki muda itu ke lantai. Darah mengalir keluar di celah bibir nya yang pecah.

"Sabar, Jay."

Jay mendengus. Kalau tiada tuan Raid di sini, nescaya lelaki ini sudah lama bertemu sang pencipta nya.

"Kau tau apa yang kau dah buat? Kau hampir letupkan bangunan ni."

Raid menghala pada tingkap kaca yang tidak jauh di sebelah nya. Beberapa jam tadi, bangunan ini hampir berada di hujung tanduk, lelaki asing ini entah datang darimana, menyerang semua staff Raid dan bertindak gila ingin meletupkan bom yang di pasang pada tubuh nya. Tindakan berani mati itu digagalkan oleh orang kanan Raid, Jay. Raid tak salahkan Jay, jika lelaki itu sudah hilang sabar. Empire ini bukan di bina hanya semalam.

"Dalam banyak-banyak cawangan tuan Raid dalam dunia ni. Kenapa kau pilih cawangan utama? Apa motif kau?"

Jay bertanya dengan nada suara yang tinggi. Lelaki itu menarik nafas laju, dada nya juga berombak laju. Wajah nya pucat apabila Raid berhenti melambung pistol.

"Hah.. Aku lebih rela mati daripada beritahu kau siapa yang hantar aku!"

Lelaki muda itu cuba melawan, dengan sisa tenaga nya yang masih ada.

"Apa kau cakap tadi?"

Raid bertanya. Raid bangun daripada sofa. Dia menunduk di hadapan lelaki itu.

"Kau lebih rela mati?"

Tanya Raid meminta kepastian. Pistol di halakan di bawah dagu lelaki itu. Mata lelaki muda itu terbeliak. Dahi nya berpeluh.

Nampaknya dia sudah menggali kubur sendiri.

"Aku dah bagi kau masa untuk cakap siapa yang hantar kau. But you're wasting my time. Goodbye, see you in the next life."

"Tolo.. Ja.."

Raid melepaskan tembakan. Jay menoleh ke arah lain. Tubuh lelaki muda itu terjelepok ke bawah. Darah membasahi dinding dan lantai.

"Scewpid.."

Raid bangun. Pistol di lempar entah ke mana. Baju nya yang terkena percikan darah di buka. Kepala lelaki itu hancur, wajah nya sudah sukar di kenali.

"Cari siapa dalang di sebalik semua ni. Aku tetap nak orang tu, hidup atau mati. Aku serahkan pada kau, Jay."

Jay pandang mayat lelaki asing itu kemudian beralih pada Raid yang sedang duduk di atas meja. Raid membakar hujung rokok lalu di hisap dalam-dalam.

"Baik tuan Raid."

Alat penghubung di telinga Jay dia tekan. Tidak lama terdengar bunyi bip! Di hujung talian. Panggilan sudah bersambung.

***

"Tuan Mustafa!"

Mustafa memusingkan tubuh menghadap pintu yang sudah terbuka luas itu, kelihatan seorang lelaki berhenti di hadapan pintu nafas nya termengah-mengah.

"We must go.. We have to leave this place."

"Apa maksud kau?"

"Kita kena pindah sebelum orang-orang Raid datang ke sini.. Tuan Mustafa dalam bahaya! Alex gagal, Alex gagal dalam misi dia."

Mustafa bangun daripada kerusi. Kening nya bertemu.

"Macam mana boleh gagal?!"

"Saya tak tahu apa yang dah terjadi kat sana, tuan Mustafa.. Yang saya tahu, Alex dah mati. Raid dah bunuh Alex."

"Raid tak guna.."

Mustafa menghentak tangan ke meja. Wajah nya merah, bilik yang bersuhu dingin itu terasa seperti neraka. Panas!

Apa lagi yang perlu dia buat untuk mengalahkan Raid? Cara halus dan cara kasar sudah dia lakukan. Adakah dia perlu berlutut dan memohon simpati pada lelaki yang terkenal tidak berperasaan itu?

"Kita dah tahu peluang untuk misi ini berjaya adalah tipis.. Raid bukan sembarangan orang. Alex dah silap kalau dia fikir misi itu mudah."

"Aku dah pertaruhkan semua nya untuk ini. Aku betul-betul berharap Raid akan musnah macam mana dia musnahkan kerja aku.."

Mustafa terduduk. Rambut nya di remas. Dia buntu.

"Tuan Mustafa.. Kita dah tak ada masa. Kita kena pergi malam ni juga! Ini juga demi keselamatan keluarga tuan."

Lelaki itu semakin mendesak. Mustafa bangun, bibir nya mengukir senyuman.

"Riz.. Keep my family safe, don't let anything touch them. Aku serahkan semuanya pada kau."

Apa yang baru sahaja keluar dari mulut tuan Mustafa membuatkan Ariz terkesima. Jangan cakap yang..

"Macam mana dengan tuan?"

"Ikut saja apa yang aku suruh!"

Ariz terdiam.

***

Jay turun daripada kereta. Diikuti beberapa orang di belakang. Vila yang tersergam di hadapan mereka di renung, tiada apa-apa tanda. Kawasan vila senyap sunyi.

Apabila isyarat masuk, Jay mengangguk faham dan mengarahkan beberapa orang anggota nya masuk, mereka perlahan-lahan menyusup masuk ke dalam vila itu. Diketuai Jay.

Apabila masuk ke dalam, Jay membuat isyarat, Jay meletakkan jari telunjuk ke bibir, menyuruh yang lain untuk senyap. Masing-masing akur dengan arahan Jay, mereka mengambil keputusan untuk berpecah.

Jay naik ke tingkat atas. Sebuah bilik yang dipercayai sarang utama dituju. Dua orang lelaki lengkap berbaju hitam bersedia di sisi Jay dengan masing-masing memegang kemas senapang di tangan. Tanpa berlengah, Jay menendang pintu kayu itu kuat.

"Ah.. Sayang sekali, aku dah tunggu lama. Korang lambat 23 minit."

Mustafa tenang, memusingkan kerusi, sambil melirik jam di pergelangan tangan nya.

"Angkat tangan!"

Jay mengarah, kaki nya melangkah masuk dengan berhati-hati. Mata nya fokus, tidak leka sedikitpun.

"Relax.. Aku angkat, aku nak angkatlah ni."

Mustafa bangun daripada kerusi yang diduduki nya.

"Bergerak sikit lagi, dahi kau akan berlubang."

Jay halakan senapang milik nya pada Mustafa. Memerhatikan gerak-geri Mustafa dengan kemas.

"Kau tau aku siapa?"

Tanya Mustafa tiba-tiba.

"Tuan Mustafa, 52 tahun. Pemilik Kristal Holding yang dah bangkrup dua tahun lepas. Kristal Holding, pengedar barang haram yang bersembunyi di sebalik syarikat insurance. Agaknya apa lagi yang aku tak tahu?"

Mustafa senyum. Tepat, tepat sekali.

"2 tahun lepas. Kristal terus berkembang pesat. Tak ada masalah. Urusan jual beli bergerak seimbang. Tapi lepas Raid muncul.. I never thought, young man like him would destroy everything I have. If only I know, I'll never let him alive."

"Kegagalan kau tak ada kena-mengena dengan tuan Raid!"

"Tak ada kena-mengena? Dia tipu aku! Dia peralatkan Kristal untuk bina empire dia, bukan aku saja.. Ada banyak orang lagi yang diperalatkan Raid, lelaki macam tu kau nak biarkan hidup?"

Jay mendengus. Mata nya tajam menikam wajah Mustafa.

"Sekali lagi kau cakap nama tuan Raid. Aku takkan teragak-agak lepaskan tembakan."

"Raid dah bunuh Alex.. Alex tak sempat jalankan misi dia."

Nada suara Mustafa berubah kendur.

"Kalau Alex tak dapat jalankan misi dia.. Biar aku yang buat misi tu berhasil."

Mustafa mengeluarkan bom dari dalam laci. Jay di tarik ke belakang.

Isyarat masuk ke telinga Jay.

"Polis! Polis ada kat luar!"

"Fuck!"

Jay menyumpah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top