𝑏𝑎𝑏 5
Raid membuka beberapa butang baju kemeja nya sebaik sahaja dia memasuki perut kereta. Gail mencuri pandang Raid daripada cermin pandang belakang. Raid kuak rambut ke belakang, tajuk muka hadapan akhbar yang tergeletak di sebelah kerusi penumpang menarik perhatian Raid.
Isnin. 26 Mei, 201¥. Malaysia di gemparkan dengan penemuan tubuh tanpa kepala terapung di sungai oleh seorang nelayan. Mengikut keterangan saksi..
"Dari mana kau dapat benda ni?"
Tanya Raid tiba-tiba. Gail yang sedang memandu terkebil-kebil.
"Tuan.. Saya beli surat khabar tu tadi semasa dalam perjalanan ke sini tadi. Ma.. Maaf tuan."
Bibir Raid mengukir senyuman sinis. Akhbar yang sudah selesai dia belek, diletakkan semula ke tempat asal nya.
Raid menyandar pada belakang kerusi. Rokok di keluarkan, pemetik api di hulurkan Gail dari hadapan.
Mata Raid menipis sebaik sahaja api dari pemetik itu bertemu dengan hujung rokok. Raid menghisap dalam, sebelum melepaskan kepulan asap putih.
It's been a rough week, for a rough man.
Ada sesuatu yang menarik harini membuatkan Raid bergegas pulang walaupun sebelum tamat masa pejabat. Jay menghubungi nya sebentar tadi mengatakan yang mereka perlu berjumpa dengan segera.
Raid mengeluarkan telefon pintar nya. Berduyun Notification menderu masuk daripada nombor yang tidak ada di dalam kenalan Raid. Kebanyakkan nya pesanan daripada wanita-wanita yang entah daripada mana mereka dapat nombor Raid pun tak tahu lah.
"Calm down bitch.."
Gumam Raid. Bosan membelek handphone, setelah beberapa minit berlalu, Raid menutup telefon pintar nya semula.
***
"Arsel bangun! Mya arsel.."
Ariz menarik selimut yang menutupi tubuh Arsel. Gadis itu menarik semula dengan kening berkerut tanda protes, Ariz ketawa.. Di tarik lagi sampai Arsel membuka mata dan memandang nya tajam.
"Bangun, dah tengahari dah ni. Anak dara apa bangun lewat macam ni?"
Usik Ariz lagi.
Arsel mendengus. Badan di sandarkan pada kepala katil.
"Arsel tak sedap badan la.. Arsel mengantuk."
Jelas nya pada Ariz dengan muka masam mencuka.
Spontan Ariz sentuh dahi Arsel menggunakan belakang tangan.
"Tak panas pun?"
"Arsel bukan demam la.."
Tangan Ariz di tolak. Arsel membetulkan tudung nya yang senget.
"La? Habistu? Kata tak sedap badan?"
Rasa memulas di perut membuatkan Arsel baring semua ke atas katil, tubuh nya membentuk huruf c.
Ariz garu tengkuk yang tak gatal. Risau pula dengan Arsel.
"Kenapa ni? Sakit sangat ke?"
Ariz bertanya risau.
Arsel angguk.
"Kita pergi hospital nak? Semalam Arsel ada makan tak? Tu la abang cakap.. Jangan skip makan, kan dah sakit perut."
Bebel Ariz tanpa sedar. Cuba di tarik Arsel bangun namun gadis itu mengeleng tidak mahu.
"Arsel tak nak pergi hospital. Kejap lagi okay la ni. Abang jangan membebel boleh tak?"
"Abang risau. Kalau Arsel pengsan ke macam mana?"
"Merepek je."
Arsel pusingkan tubuh membelakangi Ariz.
Mata Ariz turun melihat tompokkan merah di cadar Arsel. Punyalah Ariz kalut sampai menjerit panggil kak Ti. Kak Ti berlari masuk ke dalam bilik dengan wajah cemas.
"Kenapa encik Ariz?"
Tanya kak Ti sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik Arsel.
"Arsel ada darah.."
Mata Arsel yang tadinya terpejam kini terbuka luas.
"Mana darah?"
Kak Ti juga turut cemas.
Arsel bangun, pandang cadar putih nya. Jelas terlihat tompok merah di situ. Nampak nya dia sudah tahu punca perut nya terasa memulas pagi ni.
"Tu.. Banyak."
Ariz tunjuk.
Arsel menutup tompok darah itu menggunakan selimut. Mata nya mencerlung memandang Ariz.
"Abang ni kenapa?"
"Arsel sampai berdarah ni. Macam mana abang tak cemas?"
Kak Ti pandang Arsel sebelum beralih pandang Ariz semula. Mendapat kesimpulan, kak Ti mengeleng seakan tak percaya.
Wujud lagi lelaki macam Ariz dalam dunia ni rupanya.
"Encik Ariz.. Jom kita keluar kejap."
Sopan kak Ti menarik Ariz mengikuti nya.
Ariz berkeras.
Arsel berselubung dalam selimut. Wajah nya terasa membahang.
Kak Ti berjengket hingga ke parat telinga Ariz.
"Arsel tengah datang bulan encik Ariz.."
Bisik nya membuatkan Ariz terkelu.
***
"16 juta?"
Tanya Raid.
Jay mengangguk sambil mata nya masih terhala pada skrin laptop.
"Apa yang dia buat dengan duit 16 juta tu?"
"Saya tak pasti tuan Raid. Tapi dia betul-betul tinggalkan hutang yang tak berbayar sebanyak tu."
"Habis siapa yang nak kena bayar hutang-hutang tu semua?"
"Waris Mustafa.. Maafkan saya tuan, sepatutnya kita tahu sebelum kita bunuh dia."
Mata Jay menghala pada Raid.
"Berapa orang waris yang dia ada?"
"Lepas isteri dia meninggal. Hanya tinggal Mustafa dan seorang anak dia.. Dan seorang lelaki."
Tak guna punya Mustafa. Harta apa yang kau tinggalkan? Tak ada harta, hutang adalah.
Raid rasa menyesal menyisakan tubuh Mustafa, sepatutnya tubuh itu dibakar sehingga rentung saja.
"Orang kanan Mustafa, Riz."
"Sampai sekarang tak ada sesiapa pun dari pihak Mustafa yang berani claim apa-apa lepas dia mati. Aku tak rasa lelaki tu berhak di panggil orang kanan Mustafa."
Komen Raid.
Jay diam. Masih membaca butir-butir hasil daripada penyelidikan nya seminggu ini mengenai Mustafa.
"Selain hutang Mustafa 16 juta tu. Ada apa-apa lagi informasi yang kau dapat?"
"Ada tuan.."
Jay menarik nafas panjang.
"Perempuan dalam gambar tu."
Sebelah kening Raid terangkat.
Perempuan?
Oh.
Perempuan tu.
"I just found out yang perempuan tu sebenarnya anak Mustafa. Dan ini menjadikan dia target utama selepas Mustafa mati. Means, she'll never live in peace after this."
"Oh.. So sad. Where is she now?"
Jay mengeleng.
"No clue where she is. Probably Mustafa dah tahu semua ni akan jadi lepas dia mati so maybe, dia dah simpan anak dia jauh."
"16 juta tu bukan sikit. Aku pasti orang-orang tempat Mustafa berhutang takkan diam saja."
"Saya rasa seminggu ni mungkin diorang dah dapat jejak anak Mustafa tu."
Balas Jay lagi.
Raid mencerna. Dia masih ingat dengan jelas wajah perempuan yang ada dalam gambar tu dan macam mana cemas nya wajah Mustafa apabila Raid bertanya.
Nampak macam perempuan tu berharga sangat bagi Mustafa.
And what if..
Shall we touch that precious thing and own it?
Just to stir things up a little?
Raid senyum.
"Jay."
"Ya tuan?"
Jay pandang Raid semula.
"Aku nak kau cari tahu di mana anak Mustafa."
"Tuan serious?"
Kening Raid berkerut. Selalunya Jay akan akur dengan arahan nya tanpa banyak soal.
"Yes."
"Ini boleh berbahaya pada tuan kalau tuan masuk campur.."
Bahaya?
Sejak bila Raid takut pada bahaya?
"Kau tak rasa benda tu lagi menarik?"
"Maksud tuan?"
"Chill, Jay. Imagine the excitement that awaits us."
Jay tahu. Tapi adakah ini akan menguntungkan, atau akan merugikan tuan Raid sendiri?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top