𝑏𝑎𝑏 27
Arsel masih termenung. Mikayla yang sibuk membetulkan shawl di atas kepala Arsel terhenti. Wajah Arsel di pandang lama oleh Mikayla.
"Mya okay?"
Pantulan nya di dalam cermin di tenung. Arsel menghela nafas panjang, lantas memaksa dirinya untuk tersenyum dan mengangguk perlahan, menjawab soalan Mikayla.
"Habis kenapa macam tak ada mood je ni? Dari tadi saya tak nampak Mya senyum pun."
Senyum?
Boleh ke dia senyum dengan perasaan macam ni sekarang?
Arsel tak mampu.
Baju yang dia pakai sekarang, perhiasan, bilik yang dia tempati. Semua nya di berikan Raid setelah lelaki itu berbicara pada nya semalam.
Untuk apa?
"Perempuan Raid dah siap?"
Jay muncul di sebalik pintu dengan muka serius.
Arsel tunduk.
Ya.
Untuk jadi perempuan tuan Raid.
"Sabarlah. Kau keluar boleh tak? Kalau Mya dah siap nanti aku bawa dia keluar."
Jay pandang Mikayla tak puas hati.
"Fine.. Boleh cepat sikit?"
Pintu kembali di tutup kasar oleh Jay, sebelum dia berlalu meninggalkan bilik itu.
"Mya.."
Mikayla senyum. Tangan Arsel di genggam erat.
"Be strong okay? You can do this.."
Arsel memejamkan mata.
Rasa tak nak.
Rasa nak balik.
Rasa tak mahu teruskan semua ini, tapi apa pilihan yang dia ada?
No.
Arsel tak ada pilihan apa-apa.
Mati juga bukan jalan penyelesaian nya.
Untuk kali ini, dia akur.
***
Di atas meja makan yang luas itu, terhidang berjenis-jenis makanan. Tidak tahu siapa yang mampu menghabiskan, dah macam makanan untuk kenduri kahwin pun ada.
Raid duduk betul-betul di hujung meja. Di apit beberapa buah kerusi kosong di kiri dan kanan meja makan itu.
Sunyi.
Raid duduk, menyilangkan kaki. Wajah nya nampak tenang.
1
2
3
"Tuan Raid.."
Mikayla muncul.
Kemunculan Mikayla tak menarik perhatian Raid, yang menarik perhatian lelaki itu adalah Arsel yang berdiri betul-betul di sebelah Mikayla.
Raid terdiam.
God damn.
Dia pasti semalam anak perempuan Mustafa yang dia jumpa tak ada lah semenarik sekarang.
Good clothes, good care, really does make woman look different.
"Mya. Duduk kat sini ya."
Arsel menggigit bawa bibir, sambil mengenggam lengan Mikayla, tak mahu Mikayla pergi meninggalkan nya.
Perasan dengan rasa takut Arsel. Mikayla mengusap belakang badan gadis itu lembut.
Serba-salah Mikayla jadi nya.
"It's okay.. Jangan takut. Mya duduk je, breakfast dengan tuan Raid. Okay?"
Breakfast?
Dengan tuan Raid?
No no no.
Ini dah gila nama nya.
"Is there any problem?"
Raid membuka mulut. Sebelah kening di angkat.
Mikayla tersenyum kelat.
Kalau ikutkan hatinya, dia pun tak nak tinggalkan Arsel berseorangan bersama dengan tuan Raid.
"Saya pergi dulu tuan Raid. Mya, take care."
Terpaksa. Mikayla melepaskan pengangan Arsel pada nya dah cepat-cepat meninggalkan ruangan itu.
Arsel terdiam.
Kaku.
Tak bergerak.
Mata nya statik pandang lantai.
Raid satukan kedua tangan nya, dan meletakkan nya di bawa dagu. Mata helang nya memandang Arsel dari atas sampai bawah.
Membuatkan keselesaan Arsel di situ tak wujud.
"Tak penat berdiri? Atau kau nak berdiri sampai esok?"
Senyap.
Arsel angkat kepala. Automatik mata nya dan Raid bersambung. Tak banyak pun yang boleh dia buat, selain pandang wajah Raid bila lelaki itu sedang bercakap.
That's all.
"Sit."
Raid memperlawa Arsel duduk.
Tak banyak cakap, Arsel menurut. Dia menarik kerusi kedua di sebelah kiri Raid.
Punggung di labuhkan.
Raid dari tadi tak melarikan pandangan pada Arsel.
Seolah-olah ada benda yang menarik sangat di wajah anak perempuan Mustafa itu.
Macam tak percaya.
Sekarang dia sedang duduk satu meja dengan anak perempuan musuh.
Funny.
"Mikayla cakap yang kau suka banana milk and peanut butter cookies.."
Arsel angguk, perlahan.
"There you go. Kat atas meja ni ada berjenis susu dan cookies, maybe you wanna try something new.."
Arsel pandang meja. Terlalu banyak sampai dia tak tahu nak pilih apa, lagi pun sekarang dia tak adalah lapar sangat.
Susu strawberry menarik perhatian nya. Segelas susu strawberry itu di ambil.
Baru sahaja Arsel ingin mendekatkan gelas ke bibir. Kerusi nya terasa seperti di angkat. Mata nya membulat apabila mendapati Raid berdiri di belakang kerusi sambil kedua tangan lelaki itu berada di bawah kerusi, sedikit mengangkat dan mengeser kerusi yang di duduki Arsel ke kerusi yang di duduki Raid.
Daripada duduk di kerusi kedua di sebelah kiri, Arsel kini duduk di kerusi pertama sebelah kiri. Dekat dengan Raid.
Raid kembali duduk di kerusi nya semula.
Arsel masih kaku.
Kenapa dia tak perasan?
"Minumlah.. Jangan takut, tak ada benda pun dalam tu. Kau selamat."
Arsel mengerak kan tangan, membuat isyarat.
"Terima kasih."
"Sama-sama, kasih."
Senyap.
Awkward.
Ini betul ke tuan Raid yang semalam?
Arsel masih tak dapat mencerna semua ini.
Perlahan, Arsel menyisip susu strawberry itu.
Telan.
"Sedap?"
Gelas di letak semula ke meja.
Arsel angguk lagi.
"Macam mana rasa dia?"
Baru sahaja Arsel ingin membuat isyarat kedua.
Laju tangan Raid ambil gelas susu strawberry Arsel. Selamba di teguk, sehingga habis.
Raid mengelap sisi susu di tepi bibir nya.
Bibir nya tersenyum senget.
"Manis sangat."
Komen nya singkat, gelas di letak semula.
Arsel terbuntang.
Did he really drink it?
"Selalu nya pagi macam ni aku tak makan banyak sangat. What about you, Mya?"
Arsel terbatuk.
***
Lisa bangun, kepala nya terasa seperti mahu pecah. Semalam dia habiskan masa bersama kawan-kawan nya di club.
Tak seperti malam-malam sebelum ini, malam tadi, Lisa tak membawa mana-mana lelaki pulang ke apartment nya.
Mood nya seperti sudah hilang.
Ini semua pasal Raid.
Teringat malam semalam, sewaktu dia menemani Raid berjumpa dengan seorang client dari dubai.
Raid membuka pintu kereta untuk Lisa, sebaik sahaja mereka tiba di hadapan sebuah hotel mewah.
Lisa yang mengenakan gaun singkat berwarna merah turun, bibir nya mengoyak senyum. Terasa seperti puteri apabila Raid buat macam tu pada dia.
"Thanks sayang.."
"Don't say anything stupid infront of my client."
Raid bersuara tegas. Malam itu Raid terlihat segak dengan sut kemas berwarna hitam.
"I tahu la. This is not the first time I teman you jumpa client kan? I know how to do my job, you don't have to worry, ni I la."
"Whatever."
Raid menarik lengan Lisa.
Lisa masih senyum, sambil terkial-kial mengikut langkah kaki Raid.
Sebaik sahaja perjumpaan bersama client habis. Raid terus keluar dari hotel tersebut tanpa menunggu Lisa.
Lisa yang masih berbual dengan client Raid terpaksa meminta diri. Kaki nya menbuntuti Raid sehingga ke luar.
"Raid.. Raid. Tunggu I."
"Pardon?"
"Tunggu lah I, you kan datang dengan I, hantar I balik please?"
"Macam mana dengan client dari dubai tu? Bukan dia yang hantar kau balik?"
"You cakap apa ni, Raid?"
Raid senyum sinis. Cakap apa dia tanya?
"Kau lupa? Kau kena rayu setiap client aku. Sampai diorang bagitahu kau semua rahsia-rahsia gelap diorang yang aku patut tahu. That's your job, Lisa."
Lisa mengetap bibir. Sejujurnya dia sudah muka dengan semua ni. Muak dengan client Raid, muak dengan kerja nya, muak dengan cara Raid pandang dia.
Macam perempuan murah.
"You memang tak pernah kisah kan pasal I? You tak pernah perduli pun kalau I tidur dengan client you.."
"Why should I care? I fucking pay you for it."
"I tak nak duit you. I nak you. I nak you, Raid."
"Nonsense."
Raid membuka pintu kereta. Bersedia memboloskan diri ke dalam, namun lengan nya di tarik Lisa.
"What do you want, Lisa?!"
Suara Raid memetir.
Tangan Lisa di tepis sehingga tubuh Lisa terundur sedikit ke belakang.
"Don't fucking touch me!"
"Why?! Why?! You jijik dengan I? Ha? You jijik?"
Nasiblah tidak banyak orang yang berada di parking lot hotel itu. Suara Lisa kedengaran bergetar.
"Yes. Aku jijik dengan kau, puas? Kalau kau rasa tak nak kerja lagi dengan aku, then kau boleh berambus. I don't care."
Tanpa menunggu. Raid masuk ke dalam perut kereta, memecut meninggalkan Lisa keseorangan.
Lisa terduduk di atas simen.
Air mata nya berderai.
"Sampai hati you, kan Raid.."
Lisa mencapai telefon pintar nya. Mencari-cari nombor Raid. Nombor itu di dail pantas.
Lisa menggigit kuku.
Menunggu panggilan berjawab.
"Raid.. I'm sorry about last night sayang. I still nak kerja dengan you lagi, forgive me.."
Meluru Lisa, sebaik sahaja panggilan bersambung.
Dia tak kisah apa pun Raid nak fikir.
Dia tak boleh hilang Raid.
Dia tak nak jauh dari Raid.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top