EAS: Penyelamat Buat Puteri 2

Iman menyandarkan diri di sebatang pokok dan melelapkan matanya. Kantuk menguasai diri. Namun, tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut yang semakin menghampirinya.

Dia mencelikkan mata sedikit dan dia dapat melihat seorang jejaka menghulurkan sebotol air. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk melihat wajah jejaka itu.

"Wargh! Rudy, terkejut saya." Iman mengurut dada sambil merenung tajam wajah Rudy. Rudy menahan tawa apabila terlihat sesuatu di tudung Iman.

"Ada rama-rama lah kat tudung kau.." Ujar Rudy sambil membelai lembut kepala Iman. Mata Iman membulat. Rama... Rama-rama?!

"Rudy! Ambil rama-rama tu and jauhkan dia dari saya! Cepat!" Arah Iman. Rudy just blur.

"Huh?"

"Cepat! Saya takut rama-rama!"

Rudy terdiam lalu tergelak terbahak-bahak. Iman mendengus. Apa yang kelakar sangat hah?

"Sini kepala kau.." Rudy berkata namun masih bersisa dengan gelak kecil.

Iman mendekatkan diri sedikit dengan Rudy. Dia sebenarnya sedikit tidak selesa, namun terpaksa juga.

"Aku ingatkan, puteri macam kau ni suka rama-rama, rupa-rupanya takut dekat rama-rama.." Ujar Rudy. Iman yang mendengarnya mencebik bibir. Perli orang tu, cakap jelah!

"Dah, awak boleh pergi. Saya nak tidur." Kata Iman dengan nada yang tegas.

"Ouwh, ok. Apa-apa roger aku." Kata Rudy.

"Ya."

Rudy bangun dari duduknya dan memandang sekilas wajah Iman yang jelas kepenatan. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Ni baru permulaan. Bersiap lah korang untuk kejutan yang lebih mencabar..."

Ali dari tadi tak senang duduk. Alicia yang melihatnya memutarkan biji mata. Dia mendekati Ali yang kelihatan risau.

"Kau...siapa nama?" Tanya Alicia.

"Eh, err...nama aku Ali bin Ghazali. Berumur 12 tahun dan merupakan..."

"Aku tanya nama je. Tak tanya pun umur kau ke apa semua tu." Balas Alicia dengan nada mendatar.

Ali be like. "Wau... sarcastic giler!"

"Nama kau apa pula?" Tanya Ali kepada Alicia.

"Alicia."

"Aku panggil Licia, boleh?"

"Kalau kau nak duduk dalam tanah awal-awal, kau panggil lah aku macam tu."

Gulp!

Ali menelan liur. Tak boleh buat isteri ni! Err, maksud Ali tak boleh buat kawan. Haa...gitu.

Mereka berdua tidak tahu mahu berborak apa sekarang ni. Ali melihat Moon, yang sedang bermanja dengan Zass. Huh, dasar anak manja!

Ali melihat pula kakaknya, yang sedang tidur disamping Rudy. Wajah kakaknya jelas menunjukkan bahawa kakaknya kepenatan. Tiba-tiba rasa sebak mendatang.

"Kalau lah, istana tak diserang. Mesti kakak tak penat macam ni. Masalahnya, siapa yang serang istana?" Gumam Ali.

Alicia mengambil sebatang lolipop lalu mengulum lolipop tersebut. Ali cuba mengambil nya, namun dihalang oleh Alicia.

"Kalau nak tu, cakap. Jangan jadi pengecut." Ujar Alicia.

Ali yang duduk di sebelahnya hanya membuat mimik muka. Menyampah pula dia dengan budak perempuan sarkastik ni.

"Daripada aku layan kau, baik aku menyendu kat pokok tu. Huh." Ali berkata.

"Hah. Tunggu apalagi? Pergilah. Kalau boleh, biar sampai mereput."

Ya Allah, berikan lah kesabaran!

Alicia tersenyum dalam diam. Seronok bila dapat kenakan Ali ni.

"Err... Aku nak tanya, kau takde baju yang elok ke? Maksud aku.. baju tu macam terlebih lusuh kot." Tanya Ali secara tiba-tiba menyebabkan Alicia tersentak.

Alicia tersenyum nipis.

"Kitaorang bukan kaya macam korang, rumah pun dekat dalam hutan. Makanan terpaksa dicatu. Memang susah kehidupan kitaorang. Korang as one family amat lah beruntung. Dapat kasih sayang mak ayah. Sedangkan aku? Dari kecil tak dapat jumpa mak sendiri. Nasib baik abah kitaorang menjaga kitaorang baik-baik. Kalau tak, aku takkan gembira macam ni." Tutur Alicia panjang. Mata Alicia sudah mula berair menyebabkan Ali menjadi cuak. Takut-takut kalau Alicia menangis sebab dia ke?

"J... Jangan menangis. Nanti buruk muka kau. Kalau kau tersenyum, baru cantik muka kau. Takyah pakai baju cantik-cantik pun takpe." Ujar Ali cuba untuk menghiburkan Alicia.

Dan tepat jangkaan Ali, Alicia mengesat air mata nya lalu tersenyum memandang Ali. Namun.... Bukan senyuman gembira tapi senyuman sinis.

"Terima kasih cakap aku cantik. Dan aku nak bagitahu kau yang kau tu yang buruk! Dasar jelek." Ejek Alicia.

Ali mengepal tangan nya menahan amarah. Dan, berlaku lah pergaduhan disitu.

Setelah mereka berjaya memboloskan diri daripada istana itu, Encik Rayhan membawa mereka ke sebuah rumah buruk.

Atau lebih tepat, rumah usang.

Walaupun rumah itu sudah berumur lebih kurang 80 tahun, rumah itu masih utuh diatas tanah tersebut. Dan yang menariknya rumah itu dikelilingi pokok bunga menyebabkan rumah itu kelihatan cantik dari luar.

Iman, Ali dan Moon yang baru pertama kali bertemu dengan dunia luar terpaku apabila melihat rumah tersebut. Seperti di dalam mimpi pula.

"Masyaallah, cantik sungguh ciptaan Mu, Ya Allah." Puji Iman sambil perlahan-lahan menyentuh struktur rumah tersebut.

"Weyh Moon. Cuba tengok ni!" Ali menunjukkan seekor kumbang kura-kura yang menghinggapi di sebuah daun.

"Cantik!"

Rudy dan Alicia macam biasa, menunjukkan riak wajah dingin manakala Zass tersenyum nipis.

"Anak-anak, jom masuk. Dah nak senja dah ni. Ayuh." Arah Encik Rayhan dan mereka semua pun memasuki rumah tersebut.

Di balik semak, seorang jejaka tersenyum sinis. Dia berasa puas kerana telah dapat mengetahui lokasi Iman 'kesayangannya'.

"Aku akan pastikan kau akan menderita, Iman! Kau memang banyak menyusahkan aku!"

SUKK!!

Jejaka itu mengoyakkan gambar Iman dengan pisau belati. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.

"Tunggu.... Dan lihat..."

"Iman."





TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top