CHAPTER 7

7: Childish


"Kurang ajar!"

Pak!

"Aduh! Sakit, bangang!" Danielle mengusap kepalanya yang terasa sakit. Eve yang berjarak 10 langkah di depannya sudah tersenyum puas.

"Tu pun sakit. Lembik," ejek Eve selamba. Masam muka Danielle dibuatnya.

"Nasib baik aku sayang kau, budak." Danielle menjeling tajam sebelum melabuhkan punggung di atas sofa.

Alat kawalan jauh dicapai dan televisyen dihidupkan. Melihatkan itu, Eve mengambil tempat di sebelah Danielle. Kedua belah kakinya dilipat ke atas.

"Pukul dua pagi nanti gerak," ujar Diego sebaik saja turun dari tingkat atas.

Eve memandang kosong sebelum pandangannya kembali ke arah skrin.

"Okey." Danielle menganguk faham. Jam di phone ditelek.

1.40 am.

"Buat apa bising-bising tadi? Sampai atas dengar," tanya Diego.

Tanpa rasa bersalah, kepalanya disandarkan di bahu Eve. Bila lagi nak bermanja kalau bukan sekarang. Time kerja, kerja. Dah habjs kerja, baru bebas nak luangkan masa.

"Main baling kusyen." Eve menjawab tenang.

"Aku aje baling kusyen. Eve baling remote. Nasib tak benjol aje kepala aku." Sengaja Danielle mengadu.

Diego tergelak kecil. Tawanya mengundang rasa aneh bagi Eve dan Danielle. Dalam diam Eve menyimpulkan senyuman nipis. Bukan senang Diego nak gembira macam tu.

"Bersyukurlah sikit. Kalau aku baling parang, tak ke naya." Eve mengherotkan bibirnya ke atas tanda meluat.

Secara bersahaja, Danielle menarik kuat rambut Eve. Dari tadi dia tahan aje geram.

"Adoi! Sakitlah!" marah Eve bengang. Kepalanya yang sakit disentuh.

"Padan muka." Danielle tersengih macam kerang busuk.

"Urm... Diego... tengok Danielle tu," adu Eve manja.

Bibirnya dicebikkan. Nasib baik muka comel. Kalau tak, mahu duduk wad sebulan sebab koma makan sepakan Diego.

Yelah, cuba bayang kalau badak air buat muka macam tu dekat kau. Mesti rasa ringan aje nak layang kaki. Minta dijauhkan.

"Danielle..." Diego memberi amaran keras.

Danielle tak menghiraukan malah semakin galak mengusik.

"Gedik." Ditariknya lagi sekali rambut panjang Eve. Apa lagi, menjeritlaj dia.

"Danielle!" Suara Eve sudah macam tertelan microphone. Danielle dan Diego masing-masing menekupkan tangan ke telinga.

Elakkan pekak.

"Ei, bencilah! Diego... hurm... sakit..." Sekali lagi Eve mengadu.

Diego mengangkat kepalanya dari bahu Eve. Tangan dibawa mengusap lembut rambut itu.

"Sakit?" soal Diego. Laju Eve mengangguk.

Memang sekarang mood Diego adalah untuk melayan kerenah mereka. Kalau salah timing, meranalah kau jawabnya.

"Tak payah layan sangat perangai gedik minah ni," ujar Danielle berbaur cemburu.

Kenapa cemburu?

Sebab dia tak dimanjakan oleh Diego.

Cis.

"Sakit eh? Alolo." Diego tersengih dengan makna yang tersirat.

"Adoi! Aaaahhh! Jahat!" jerit Eve apabila Diego sengaja menarik kuat rambutnya.

Danielle?

Menyembur air liur dia ketawa.

"Dahlah. Mengada aje korang ni. Masing-masing dah 18 tahun, matanglah sikit." Diego bangkit dari duduk.

"Baiklah, abang 19 tahun," perli Danielle. Jam dilihat sekilas, dah pukul 2 pagi.

"Jom gerak," ajak Diego. Eve dan Danielle mengangguk kemudian mengikut dari belakang.

***

Mata ralit memandang bermacam-macam senjata yang kelihatan mengiurkan.

"Banyak gila!" komen Danielle dua patah. Diego hanya buat tak dengar dan sambung membelek-belek semua senjata di situ.

"Combat knife ada?" soal Diego tanpa memandang Petter, bos di situ.

"Ada. Sekejap." Petter berlalu ke pintu belakang.

"Berdegup laju betul jantung aku masa tengok M4 AWST ni! Oh, my baby." Senjata api bersaiz besar itu direnung penuh minat.

Ikutkan hati, mahu saja dicium dan dilijat senjata itu untuk mempamerkan kasih sayangnya tapi sebab tak nak dicop sakit mental, niat tadi dibatalkan. Tergeleng kepala Eve melihat perangai tak tahu malu Danielle.

"Nak buat apa dengan combat knife, Diego?" tanya Eve ingin tahu.

Diego tersenyum sebelum menjawab, "Nak guna untuk jalankan hukuman kau nanti. Ada cara baru." Serius kedengaran suara Diego.

Eve sudah telan liur. Danielle yang mendengar sudah mula tercengang.

"Diego..." Danielle cuba untuk membantah tapi suaranya seperti tersekat di kerongkong.

Eve menggigit bibir bawah. Kepala ditundukkan. Sejak kebelakangan ni, dia kerap kali menangis.

Tiba-tiba ada satu tapak tangan yang mendarat perlahan di kepalanya.

"Acah aje. Dah nama pun combat knife. Mestilah untuk lawan musuh atau jalankan penyeksaan," jelas Diego.

Digosok kasar rambut Eve hingga sedikit serabai. Danielle sudah menghembuskan nafas lega.

"Kau pula yang lebih dah kenapa?" Sindiran Diego tepat mengena batang hidung Danielle.

"Dah kau selalu hukum dia macam tu. Kan sakit, mestilah aku risau." Danielle cuba meluahkan apa yang selama ini terpendam jauh di sudut hatinya. Eve diam tak berkutik. Baru Diego nak membalas, Petter sudah datang semula.

"Nah! Combat knife paling terbaru!" kata Petter bersemangat. Diego menyimpul senyuman puas.

Selesai membungkus semua peralatan dalam kain hitam, dimasukkan pula ke dalam beg besi. Kemudian beg itu diletakkan elok di bahagian belakang van hitam yang dipandu Nick.

"AKU NAK TENGOK DRAGUNOV!" Riang suara Danielle. Badan dipusingkan ke belakang dan dia mula memanjat dari seat.

"Ala! Nak tengok juga! Ada G36 dengan UZI aku!" Eve ikut perbuatan Danielle yang jelas lagi nyata seperti kebudak-budakan itu. Diego mencebik melihat kelakuan mereka.

"Jangan sentuh M9 aku! Nampak aje kecil, tapi membantu kalau kita nak sorok benda tu dari musuh!" Tegas amaran dari Diego.

"Okey!"

"Revolver pun jangan sesekali sentuh!" Sekali lagi Diego bersuara tinggi.

"Diego! Danielle dah sentuh!" laung Eve. Macamlah Diego tu pekak sampai nak laung-laung.

"Mana ada! Kau yang pegang!"

"Tak ah!"

"Diego! Eve menipu!"

"Mana ada!"

"Pembohong!"

"Tak!"

"Kau yang sentuh dulu!"

"Kau pun sentuh juga!"

"Bangang!"

"Taik kucing!"

"Bangkai anjing!"

"What!"

"Tak nak kawan!"

"Siapa nak kawan kau!"

Bergegar rasanya van yang dipandu Nick akibat perbalahan antara Eve dan Danielle. Diego memejamkan mata tak mahu melayan.

'Childish,' desis hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top