CHAPTER 6

6: You turned me on

Kelihatan Danielle dan seorang anak buah Diego sedang berjalan menuju ke kereta. Pintu dibuka dan mereka terus masuk ke dalam.

"Nah! Puas hati aku!" Dua beg bimbit hitam di campak ke riba Eve.

Eve yang sedang lena di bahu Diego tadi tersentak. Tangan dibawa menggosok mata.

"Haish! Kau ni kan! Dia tengah tidur apahal kau kacau?" marah Diego. Bengang pula dengan sikap Danielle.

"Eh? Yeke? Ala, sorry. Tidurlah balik, Eve." Danielle jadi serba salah.

Beg bimbit tadi diambil dan dicampak ke seat belakang. Kemudian bahu Eve ditarik, kepala dibaringkan di atas ribanya. Automatik kaki Eve naik ke atas peha Diego, Diego hanya biarkan.

Jelas lagi nyata yang Eve penat sebab baru lepas menangis. Matanya pun nampak merah serta sembab. Terseksa mental dan fizikal disebabkan perangai Diego yang susah dijangka.

Kesian.

Kesian untuk Eve yang baru 18 tahun itu. Sepatutnya remaja seusia dia sedang enjoy bersama rakan-rakan, bukan terperangkap dalam dunia pembunuhan.

"Mana yang lain?" soal Diego tenang sambil tangan menanggalkan kasut di kaki Eve.

"Hapuskan bukti." Danielle menjawab selamba. Kepala didongakkan dan mata dipejamkan.

"M60 mana?" Pelik apabila terlihatkan Danielle yang langsung tidak memegang senjatanya.

Danielle tersengih sebelum menjawab, "Dah bersepai masa aku hentak atas kepala musuh tadi."

"So? Boleh gerak dah kan?" tanya Diego dan Danielle mengangguk setuju.

"Dah tu? Kenapa tak cakap terus, bahlol?" Nada cuba dikawal memandangkan Eve sedang tidur.

"Erk? Kena cakap ke?" Danielle jadi blur tahap maksima.

Pak!

"Adoi! Sakit, gila!" protes Danielle apabila kepalanya ditampar kuat. Bibir mencebik tanda mengejek.

"Nick, jalan."

Anak buah yang dipanggil Nick mula menghidupkan enjin dan memandu. Kawasan perumahan banglo mewah yang dilimpahi darah ditinggalkan.

Tiba di villa, Diego mencapai beg bimbit dari belakang dan terus meluru keluar dari kereta. Danielle yang sememangnya menyayangi Eve dengan rela hati mendukung bridal style kemudian masuk ke dalam.

"Hai!" tegur seseorang dari ruang tamu. Danielle kalih memandang gerangan tersebut.

"Amy? Awak buat apa dekat sini?" Langkah masih tidak diberhentikan. Dengan bersahaja Danielle mendaki tangga, meninggalkan Amy di bawah.

"Danielle!" Laju Amy mengejar dari belakang hingga Danielle meletakkan tubuh Eve di atas katil.

"Kenapa?" tanya Danielle bosan. Dia teramatlah penat tika ini. Punggung dilabuhkan sebentar di katil Eve.

"Badan awak luka." Tangan bergerak menyentuh hirisan di dada Danielle. Danielle meringis kepedihan.

"Kita keluar dulu. Nanti Eve terjaga," kata Danielle. Selimut ditarik hingga ke paras dada Eve. Kemudian tangan Amy ditarik keluar.

"Jom pergi bilik. Awak tolong ubat luka saya eh," ajak Danielle. Pintu biliknya dibuka.

Amy yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke situ tergamam. Dinding yang berwarna biru laut memberi suasana yang sungguh mendamaikan. Sangkaannya, bilik Danielle kerana memegang nama sebagai silent killer. Rupanya, tidak. Bilik Eve tadi dia tak nampak sangat sebab lampu tak buka. Mungkin lebih kemas dan cantik berbanding bilik Danielle.

"Nah!" Kotak kecemasan dihulurkan. Jaket hitam dan tshirt yang tersarung ditanggalkan. Abs yang terserlah di depan mata menimbulkan rasa kagum dalam diri Amy.

Tak mahu terlalu leka, Amy membuka kotak kecemasan dan mula merawat.

"Macam mana lah boleh kena? Habis buruk badan awak. Mesti tinggal parut." Sengaja Amy mahu menyakitkan hati Danielle.

"Buruk macam ni pun, awak ternganga juga tengok tadi. Tak berkelip mata." Senyuman sinis terukir di bibir Danielle.

Amy tersentak kemudian menunduk malu.

"Tergodalah tu. Auw! Aduduh!" Membongkok tubuh Danielle menahan sakit apabila Amy sengaja menekan kawasan lukanya.

Tanpa mempedulikan Danielle yang kesakitan, tangan semakin galak menekan.

"Amy! Stop it!" protes Danielle separuh merayu apabila Amy masih galak menekan luka.

Bayangkan, luka baru aje dapat, tak sempat kering lagi. Lepas tu kena tekan dengan kapas yang ada ubat.

Peh!

Boek!

"You hurt me." Danielle mencebikkan bibirnya gedik.

Amy tergelak kecil. Cepat-cepat dia membalut luka Danielle dengan kemas. Setelah siap, kepala didongakkan agar pandangan mata bertaut.

"Okay, I'm sorry." Diusapnya lembut pipi lelaki itu.

Danielle mendekatkan wajahnya dengan Amy. Timbul satu perasaan aneh dalam hati Danielle. Jantungnya berdegup kencang.

"Danielle..." Lembut suara Amy membuaikan perasaan Danielle. Matanya semakim redup. Anak mata Amy yang berwarna kelabu sedikit sebanyak berjaya menggoda jiwa lelakinya.

"You turned me on, baby." Serentak itu, tubuh langsing Amy ditolak ke katil. Rambut coklat itu diselak kasar. Leher jinjang menjadi sasaran utamanya sementara kakinya secara tidak sengaja menyepak kotak kecemasan di birai katil.

"Da... nielle..." Amy menggigit bibir menahan rasa. Masing-masing mula hanyut dalam gelora nafsu. Tiba-tiba...

"Ehem!" Deheman seseorang di pintu menyentakkan mereka. Akibat terkejut,  Amy menolak kuat tubuh Danielle.

Gedebuk!

"Aduh!" Punggung Danielle elok mendarat kuat di atas lantai.

Amy yang perasan renungan tajam Diego terus membetulkan leher baju kemejanya yang terdedah. Rambut yang serabai turut dirapikan. Angkat saja kepala, mata Danielle elok bertentang dengan mata Diego.

"Er..." Danielle jadi gagap tiba-tiba.

"Memang niat nak buat freeshow ke?" Sinis suara Diego menerpa ke telinga mereka.

Masing-masing menunduk.

"Awak tak ada hak nak halang. Ni privacy kitorang." Amy cuba membela diri dan Danielle diam tanda tak mahu melawan.

"Well, well, well, Amy. Aku tak cakap pun aku halang. Nak main, main ajelah. Pintu kena tutup. Eh, tapi kalau tak tutup pun tak apa kut. Sebab barang kau tak ada lah ranum mana pun. Danielle je yang berselera tengok," perli Diego selamba. Mata dihalakan ke dada Amy kemudian mencebik bosan.

Merah padam muka Amy dibuatnya.

"Kau datang ni, ada apa-apa ke?" soal Danielle sebelum bangun dari lantai

"Aku nak tengok Eve dekat bilik, tak sengaja terdengar benda jatuh. Rupanya peti kecemasan tu. Dah gian sangat ek?" Sebelah kening diangkat.

Memang Danielle tak berani melawan. Kekuatan Diego berkali ganda lebih daripada dia.

"Oh, okey," balas Danielle perlahan. Kemudian Diego berlalu dari situ.

"Amy, balik. Saya nak tidur," halau Danielle secara halus.

Amy merengus kasar sebelum keluar.

Sementara itu, Diego di bilik Eve sedang elok duduk di birai katil. Direnungnya wajah tenang Eve. Mahu tak mahu, tubuh itu digoyangkan sedikit.

"Eve, bangun mandi." Perlahan suara mengejut.

Tiada respon.

"Eve."

Masih lena.

"Eve, bangun!" Suara ditinggikan sedikit.

Eve menggeliat sedikit. Mata perlahan-lahan terbuka.

"Bangun, mandi. Lepas mandi, nak tidur pun tidurlah," arah Diego.

Eve yang masih mamai memejamkan mata semula. Diego menghela nafas berat. Nak marah kang, menangis semula.

Cengeng.

"Degil. Mandi dengan aku."

Serentak itu, selimut direntap kasar. Tubuh Eve digendong di atas bahu dan dibawa ke bilik air. Eve yang terjaga secara mengejut lantas meronta-ronta.

"Diego!" jeritnya bengang.

"Eve!" Diego mengejek kembali dengan nada seperti pondan tak cukup zat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top