CHAPTER 5

5: Mr. Chong

Sejak tadi, tiada sebarang suara yang keluar dari bibir Eve. Sesekali kepalanya akan dianggukkan apabila mendengar perancangan Diego.

"Semua faham?"

"Faham!" Kali ini, serentak Eve, Danielle dan anak-anak buahnya yang lain menjawab.

"Sepuluh minit dari sekarang, aku nak korang semua dah ada dekat tempat masing-masing. Group Alex get ready untuk menyelinap masuk ikut pintu belakang. Group Rose fokus di sekeliling rumah takut-takut ada anak buah Mr. Chong yang ternampak. Kalau ada, tembak terus. Selebihnya, perhati keadaan dari dalam kereta. Keluar kalau aku bagi arahan. Move! Move!"

Keras kedengaran suara Diego di sebalik topeng. Semua mula berjalan pantas masuk ke dalam kereta mengikut kumpulan masing-masing. Enjin dihidupkan dan mereka akan mulakan misi terlebih dahulu.

"Kau dah kenapa?" soal Diego apabila Danielle kelihatan seperti gelisah.

"Kalau aku nak bawa M60 boleh?" Danielle tersengih sendiri. Kepala digaru biarpun tak gatal.

Diego memandang aneh.

"Buat apa nak bawa senjata besar? Misi kali ni simple aje." Tangan dibawa memeluk tubuh.

"Oh. Em, okey," jawab Danielle pasrah.

Diego terdiam seketika. Meluat tengok muka tahi Danielle, dia membenarkan.

"Bawalah. Tapi tinggal dalam kereta dulu. Kalau perlu, pandai-pandailah kau macam mana minta dekat diorang." Kaki mula mengorak langkah ke dalam kereta.

Salah sorang anak buahnya yang ditugaskan untuk memandu sudah menunggu. Eve dan Danielle mengikut Diego dari belakang. Kereta mula bergerak meninggalkan villa mereka.

"Mana? Tak jadi bawa ke?" tanya Diego sambil kepala disengetkan memandang Danielle.

Eve di tengah-tengah hanya duduk tanpa suara.

"Dah simpan dekat belakang pagi tadi." Sekali lagi Danielle tersengih.

Diego mencebikkan mulut.

"Nah." Sepucuk pistol diletakkan di atas riba Eve.

"Huh?" Terangkat sebelah kening Eve.

"Bahaya tak bawa senjata. Nanti kau guna P226 tu," terang Diego.

Eve masih takut kalau-kalau Diego akan memarahinya akibat kejadian pagi tadi. Melihatkan itu, Danielle di sebelah kiri Eve sudah menguntum senyuman pahit.

'Sekurang-kurangnya kau ambil berat dekat Eve sebagai ahli pasukan,' desis hatinya.

Tiba di banglo mewah Mr. Chong, Danielle keluar dan bonet kereta dibuka. Satu beg plastik hitam yang berisi kepala Mr. David diambil. Eve menyelitkan pistol di belakang seluar sebelum ditutup dengan bajunya. Loceng ditekan oleh Diego. Seketika kemudian, pintu agar yang berwarna seakan keemasan itu terbuka.

Sambil melangkah masuk, mata Diego sesekali mencuri pandang sekeliling. Matanya yang tajam banyak membantunya dalam menjayakan misi.

"Belakang stor ada dua." Pesanan diberikan melalui walkie talkies. Earpiece di telinga ditekan bagi memastikan anak buahnya menerima arahan.

"Roger and out."

Mata sekali lagi meliar. Diperhati sehingga dia betul-betul berada di depan pintu. Apabila yakin tiada musuh yang bersembunyi lagi, Diego mengetuai Eve dan Danielle untuk masuk ke dalam.

"Ash Diego." Namanya disebut seseorang dari atas.

Laju mereka bertiga mendongak ke atas. Senyuman sinis terukir di bibir tua Mr. Chong.

"Wow! Anna Evelyn? Am I right?" Perlahan-lahan kakinya yang disokong dengan satu tongkat besi itu menuruni tangga. Jarinya dihiasi dengan cincin bertahtakan batu berwarna hijau.

"Yes," Eve menjawab.

Perasaannya rasa tak enak. Apa-apa pun, dia sentiasa bersedia untuk mencapai pistol dari belakang seluarnya jika sebarang perkara buruk terjadi.

"Jangan tegang sangat muka. Mana kepala dia?" Suara Mr. Chong mula kedengaran keras. Mendengarkan itu, Danielle mencampakkan beg plastik hitam. Akibatnya, isi di dalamnya bergolek keluar dan berhenti tepat di hadapan kaki Mr. Chong. Tersenyum puas lelaki itu.

"Goodjob! But you are so rude, young man. Rest in peace." Serentak itu, tongkat besi bewarna hitam diangkat dan dihayun laju ke arah Danielle.

"Argh!" Selangkah Danielle bergerak ke belakang mahu mengelak pukulan itu. Sangkaannya, itu cuma merupakan tongkat biasa.

Tapi, tidak.

Ada pisau yang keluar dari hujung tongkat itu dan dada Danielle sudah menjadi sasarannya. Darah menitik ke lantai. Eve tercengang.

"Sial!"

Pantas Diego menyepak kuat tongkat besi dengan kakinya hingga terpelanting jauh. Pistol dicapai secepat mungkin dan diacukan tepat di depan muka Mr. Chong. Tiba-tiba Mr. Chong tersenyum. Senyuman itu agak menggerunkan Eve.

"Lu tembak gua, orang gua tembak kepala cikaro lu. Kasi bersepai!" Mr. Chong mula mengugut kemudian tangan dibawa memeluk tubuh. Automatik Diego kalih memandang belakang.

Matanya menangkap Eve yang kaku. Di sebelah Eve terdapat seorang lelaki bertopeng yang mengacukan pistol tepat di kepala Eve. Danielle pula sudah tidak boleh terlalu banyak bergerak akibat hirisan di dadanya.

"Sakit, Danielle? Kesian." Sengaja disedihkan intonasi untuk memancing kecelaruan emosi mereka.

"Apa lu mau?" Diego cuba mengikut rentak permainan Mr. Chong. Sudah lah duit tak dapat, nyawa turut berada dalam bahaya.

"Relax, Diego. Aku cuma nak dia." Hilang sudah penggunaan gua-lu. Jari telunjuk dihalakan tepat ke arah Eve.

Diego tergamam. Nak panggil anak buah yang lain? Bukan masa yang tepat. Silap langkah, nyawa Eve dan Danille boleh melayang.

"Eve?" tanya Diego mahukan kepastian dan Mr. Chong mengangguk sebagai jawapan.

"Kau boleh ambil dia. Dengan syarat, lepaskan aku dan Danielle." Keizinan dari Diego menyentakkan mereka. Eve tergamam. Liur ditelan kesat. Air mata cuba ditahan.

"Diego, jangan." Danielle cuba menghalang malangnya dia tidak dipedulikan.

Tepukan tangan dari Mr. Chong kedengaran beberapa kali.

"Eve, kau dah kena buang. Come here. Kau akan bahagia dekat sini," panggil Mr. Chong.

Anak buahnya yang di sebelah Eve mula menolak belakang Eve hingga terdorong ke depan.

"Tsk... tsk... tsk... Bertuahnya aku dapat kau dengan mudah." Dielus rambut panjang milik Eve.

Eve yang sememangnya tak mampu berbuat apa-apa hanya diam. Sakit mata Danille melihat Diego yang seakan lemah.

"Ada kata-kata terakhir sebelum kau berpisah dengan dia?" Mr. Chong merenung wajah tenang Diego. Diego mengangguk perlahan.

"O115," katanya. Semua di situ mengerutkan kening. Eve memejam mata cuba menghadam maksud Diego.

Kenapa?

Sebab setiap tutur kata Diego penuh dengan maksud tersirat.

O115?

Apa dia?

Fikir, Eve. Fikir!

"Itu aje?" soal Mr. Chong bagai tak percaya.

Diego mengangguk manakala Danielle sama seperti Eve. Otak mereka ligat berfikir.

O115.

O?

115?

LMNOP.

115.

225.

226.

P226!

Tanpa membuang masa, tenang tangan dibawa memeluk tubuh. Lagak wajahnya seperti tiada apa-apa yang mencurigakan. Anak mata yang tajam dimanfaatkan untuk mencuri masa yang selamat.

Mr. Chong sedang merenung Diego.

Lelaki bertopeng ini pula sedang memandangnya.

Eh?

Ada sesuatu yang pelik.

"Alex." Mulut bergerak tanpa suara menyebut satu nama.

Melihatkan anggukan lelaki itu, Eve tersenyum sinis. Tanpa ragu-ragu, pistol dicapai.

BANG!

"Argh!"

Terkulai.

"Masuk! Masuk!"

Bunyi derapan kasut dari dapur dan pintu utama berjaya menyimpulkan senyuman Diego. Anak buahnya dan anak buah Mr. Chong berlari masuk selepas mendengar bunyi tembakan. Tak berlengah, Diego menarik Eve menyelinap keluar dari situ.

Danielle?

Sejak salah sorang anak buah Diego mencampakkan M60 tadi, dia sudah beraksi di situ. Lukanya langsung tak dihiraukan.

"Hapuskan semua!" Lantang Alex menjerit. Masing-masing mengeluarkan senjata.

"Atas! Cari kat atas!" Rose menjerit memberi arahan. Kemas langkah mereka mendaki anak tangga mencari anak buah Mr. Chong yang sedang bersembunyi.

Bising banglo mewah itu dengan bunyi tembakan. Ditambah lagi dengan jeritan serta raungan.

Jiran?

Heh!

Banglonya dikelilingi dengan rumah anak buahnya sendiri. Betapa liciknya Mr. Chong.

Sementara itu, suasana di dalam kereta hanya bertemankan deruan nafas Diego dan Eve. Merintik peluh di dahi mereka.

"Kau kenapa?" soal Diego apabila Eve diam seakan boneka.

Eve menggeleng.

"Kau tahu kan, aku benci soalan tak berjawab." Keras suara Diego tika itu. Rambut diraup kasar ke belakang. Kemudian badan Eve ditolak hingga menyandar ke pintu kereta.

"Apa ada dalam fikiran kau sekarang?" Tajam anak mata Diego menikam sambil tangannya menggenggam kuat bahu Eve.

"Kau."

Jawapan Eve menyentakkan Diego. Seketika kemudian, senyuman sinis terbit di bibir lembapnya.

"Apa kau rasa?"

"Sakit."

"Then?"

Tiada respon. Bahu Eve dilepaskan. Eve tertunduk dan menggigit bibir bawah.

'Menangis,' jawabnya dalam hati.

Jeda.

Hening.

Sepi.

Tiba-tiba esakannya kedengaran. Laju Diego angkat kepala memandang Eve. Jantungnya berdetak rancak. Eve sukar untuk menangis di hadapan sesiapa.

"Aku ingat... kau... betul-betul nak buang... aku." Tangan naik menumbuk lemah dada Diego.

"Jahat gila."

"Kejam."

"Anjing."

"Sial."

Perlahan-lahan kepala dijatuhkan di bahu Diego, menangis pilu di situ. Diego tercengang melihat Eve yang berkelakuan sebegitu. Belakang badan Eve diusap lembut dengan niat menenangkan.

"Cengeng."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top