CHAPTER 4
4: Kapak dan kepala
Terasa rambut perangnya diusap lembut. Eve menelan bubur dengan perlahan. Perit di tekak masih terasa.
"Aku risau gila tau tak? Kalau kau mati macam mana?"
Sekali lagi Danielle menyuakan sesudu bubur ke mulut Eve. Eve menggeleng lemah tanda tidak mahu.
"Makanlah lagi. Kau tu tengah sakit," pujuk Danielle.
"Tak nak. Tekak aku pedih." Eve masih berkeras. Akhirnya Danielle mengalah.
"Suka hatilah. Nanti kau sakit lagi, jangan menyusahkan aku."
Mangkuk bubur dihulurkan semula Rose. Rose ambil dan letakkan di atas dulang kemudian berlalu dari situ.
"Kalau rasa susah, tak payah semak dekat sini." Mendatar suara Eve tika itu. Dia berura-ura mahu turun dari katil.
"Nak pergi mana? Merajuk? Sejak bila Anna Evelyn jadi hati tisu?" sindir Danielle.
Sejujurnya, bukan niat dia mahu menyindir. Tapi sakit hati mengenangkan Eve yang berahsia. Bukan hal kecil tapi tu antara hidup dan mati.
Diego pun satu. Dah tahu Eve tengah tahan sakit, boleh pula dia biar aje. Nasib baik semalam si Diego tu jenguk Eve dekat bilik. Nak harapkannya, haram jadah. Leka dengan Mobile Legend.
"Mandi." Tangan mencapai tuala seraya langkah diatur masuk ke bilik mandi.
Mendengarkan itu, Danielle terus keluar dari bilik. Eve memandang aneh sebelum pintu bilik air ditutup.
Bathtub sudah penuh dengan air dan buih sabun. Bau lavender masuk memenuhi setiap rongga hidungnya. Tiba-tiba pintu bilik mandi dibuka dari luar. Eve yang sedang berendam hanya memandang gerangan yang masuk tanpa sebarang suara.
"Eve." Sebut lelaki itu sepatah. Tangan disilangkan di dada dan badan elok menyandar di dinding.
"Yes?" jawab Eve.
Tak kan nak diamkan pula. Tu Diego, bukan Danielle. Diego yang langsung tak boleh dicabar egonya membuatkan Eve akur pada setiap arahan.
"Kenapa makan tak habis?" Redup mata Diego merenung anak mata Eve.
"Sakit tekak. Sorry," pinta Eve perlahan. Kenapa minta maaf? Sebab dia takut.
Takut dijatuhkan 'hukuman' lagi.
"Lepas mandi, terus masuk bilik bawah tanah." Selesai memberi arahan ringkas, Diego berlalu keluar dari situ.
Eve terdiam lama. Perlahan-lahan tubuhnya dilorotkan hingga separuh daripada wajahnya ditenggelami buih.
'I'm tired of everything,' desis hatinya sendiri.
***
Mayat diseret oleh Alex. Danielle pula masih leka memerhati kapak-kapak di atas meja. Eve di sebelahnya memandang bosan. Dalam benaknya selalu terfikir.
Sampai bila?
Sampai mati?
Satu tangan kekar yang singgah di bahu menyentakkan lamunan Eve.
"Jangan termenung aje. Sorry pasal tadi, okey." Serentak itu, pipi kanan Eve dikucup lembut.
"Okey," balas Eve tanpa memandang.
Salah satu kapak diambil. Danielle turut mengambil kapak dan berjalan menuju ke arah Diego yang sedang berdiri melihat mayat Mr. David.
"Diego," panggil Danielle.
Diego mengangkat wajah memandang Danielle di depannya. Kemudian pandangan jatuh pada Eve yang diam sejak tadi.
"Dah bisu?" Diego memulakan sesi memerli.
Eve diam tak membalas. Dah muak dia kena perli sepanjang hari.
"Dahlah bisu, bodoh pula tu." Sengaja Diego mahu memarakkan api kemarahan Eve.
"Menyusahkan."
Satu perkataan yang paling Eve tak suka dengar telah selamat keluar dari mulut Diego. Kapak digenggam kuat.
"Er, bila nak mula ni?" tanya Danielle memandangkan keadaan dirasakan semakin tegang.
Diego menyimpul senyuman sinis. Matanya memandang Eve sebelum membalas, "Manusia lemah macam Eve tu mampu ke putuskan kepala orang tua ni?"
Eve menggigit bibir menahan amarah. Kalau diikutkan kata hatinya, mahu saja dihayunkan kapak ke kepala Diego.
"Anak manja," bidas Diego diikuti dengan gelak tawa yang sangat sinis.
Panas di hati Eve sudah tidak tertahan. Nak ikut kata hati atau akal?
Hati kata, putuskan saja kepala Diego.
Akal kata, jangan!
Keputusan?
Bantai.
"DIAMLAH, CIBAI!"
Tak mahu berfikir dua tiga kali, kapak diangkat dan dihayun laju dengan perasaan yang bercampur baur.
Marah.
Kecewa.
Sedih.
Benci.
ZASSS!
Terbuntang mata Danielle melihat kepala manusia yang tergolek di kakinya. Macam mana? Hanya dengan sekali libasan, boleh terus putus.
Libasan bercampur kemarahan. Sifat sebenar Evil Crow yang sepatutnya ada dalam diri Eve mula bercambah.
Tetapi hanya sementara.
BANGG!
Pintu dihempas kuat. Eve keluar dengan tangan yang menggeletar. Bilik tidurnya menjadi tujuan. Tutup saja pintu, lutut terasa longlai. Tubuhnya disandarkan di pintu. Akibat rasa ketakutan dan kekecewaan yang menjadi satu, laju badannya melorot ke lantai.
'Bodoh kau, Eve!' Rambut digenggam kuat.
'Gila!'
'Yang kau buat macam tu kenapa!'
'Kau ingkar ketua!
'Dasar lembap!'
'Lemah!'
'Kau akan mati!'
'Mati diseksa mahupun dibunuh!'
Hati yang awalnya marah pada Diego mula menghamburkan kata makian untuk dirinya sendiri.
Dalam masa yang sama, Danielle masih statik pada tempat asalnya. Seketika kemudian, baru otak boleh berfungsi dengan baik.
"Wow!" Hanya itu yang terluah dari bibir Danielle. Rambut diraup ke belakang.
"Hm, not bad," puji Diego sambil tersengih.
Kepala Mr. David yang sudah terpisah dari badan gempal itu didekati. Pada mulanya, memang dia sengaja mahu mencabar Eve. Dalam fikirannya hanya dua.
Sama ada Eve diam tak berkutik.
Atau.
Kepalanya bakal dipenggal.
Lihat saja genggaman kapak di tangan Eve, jelas lagi nyata bahawa dia sedang menahan letusan gunung berapi. Ternyata jangkaannya meleset.
Eve tidak mendiamkan diri. Malah kata carutan juga sudah terlahir dari bibirnya untuk Diego. Untuk leader of Evil Crow.
Kedua, bukan kepalanya yang dipenggal tapi kepala Mr. David.
Mengagumkan.
Berani.
Tangkas.
Dengan sekali libasan.
Like... woah!
"She impressed me," ujar Danielle perlahan. Kapak dan kepala itu dipandang silih berganti.
Kapak.
Kepala.
Kapak.
Kepala.
"Tak payah terkejut sangat. Alex! Letak kepala orang tua tu dalam plastik hitam. Badan pula buat macam biasa. Kisar, campak tengah laut," arah Diego tegas.
Alex yang tercengang dari tadi mula bergerak melaksanakan arahan.
'She's hot!' Diego tersengih sendiri.
***
Note: stop baca kalau anda innocent. Ceq malas cemarkan kesucian otak manusia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top