CHAPTER 19
19: Sumpah janji setia
Bau hanyir menusuk ke rongga hidung.
Cairan melekit di tubuh dan wajah.
Hirisan di setiap inci anggota.
Pedih.
Ngilu.
"Degil."
ZAAASSS!!!
"Arrrggghhh!!!"
Darah terpercik.
"Sertai Dark Wolf dan kau akan bebas dari kesengsaraan ni."
Tiada balasan.
Terdengar helaan nafas berat. Punggung dilabuhkan di kerusi yang berhadapan dengan tawanan. Wajah yang dulunya boleh dikatakan sempurna kini diselaputi darah. Tubuhnya juga semakin susut. Susah sangatkah untuk lelaki itu menuruti permintaannya?
"Marvin, Marvin, Marvin. Tsk... tsk... tsk... Kau terlalu bodoh untuk bagi kata putus. Bukan sehari dua aku tunggu. Tapi dah lama. Terlalu lama." Jari telunjuk digerak-gerakkan di atas kakinya yang disilangkan.
"Aku. Bukan. Penghianat." Sepatah demi sepatah Marvin menuturkan bicara.
Sengihan sumbing terukir di bibir ketua Dark Wolf.
"Buka mata kau luas-luas, Marvin. Aku, Dylan Bradd. Aku yang paling berkuasa di dunia pembunuhan. Dah banyak nyawa terkorban di tangan aku, tanpa meninggalkan sebarang jejak atau kesan. Kau fikir senang ke untuk aku jemput manusia tak guna macam kau ni sertai Dark Wolf?" soalnya sinis.
Tangan dinaikkan dan ibu jari dimainkan di bibir bawah, menanti respon dari Marvin.
"Lepaskan aku," ujar Marvin pendek.
"Be a part of us, then I will make it happen. Mudah aje, Marvin. Kenapa menyukarkan?" Kening kiri diangkat mencabar.
Marvin terdiam lama. Sepanjang tempoh dia menjadi tawanan, paksaan tak henti-henti keluar dari bibir Dylan. Naik jemu dia mendengarnya.
Untuk memberi persetujuan, teramatlah mudah. Bukannya dia tidak boleh tikam Dark Wolf dari belakang untuk lepaskan diri. Tapi...
Sesuatu menghalang.
Sumpah janji setia atas nama Evil Crow tak mungkin dilanggar walaupun nyawa di hujung tanduk. Apa yang terlahir dari lidahnya, bakal dibuktikan dengan anggotanya sendiri.
Dan itu yang dia sedang lakukan pada saat ini.
"Fikir-fikirkanlah. Nanti aku datang semula. Mungkin untuk kali terakhir sebelum hayat kau tamat. Selamat bernafas." Sejurus itu, punggung diangkat dan langkah diatur keluar.
Bunyi pintu dikunci.
Melihatkan itu, Marvin sedaya upaya cuba menggunakan kelebihannya.
Telepati.
Nalurinya.
Tapi, tak mudah.
Tak pernah walau sekali dia cuba untuk mempraktikkan anugerah itu.
Diego?
Semestinya turut ada.
Dimiliki seluruh keturunan mereka.
Namun, sama seperti Marvin. Tidak pernah cuba untuk menguasai.
Rugi.
Menyesal.
Diego, ni jalan terakhir yang masih ada. Tolong... tolong sedar kehadiran, rayuan, bisikan dan rasa dari aku.
Mata dipejam erat. Badannya yang diikat di besi berbentuk huruf T ditenangkan. Nafas ditarik sedalam mungkin.
Kau adik aku. Aku tunggu kau datang.
Anak mata fokus pada kegelapan bilik.
***
PRANG!
Beku.
Bibir bawah digigit perlahan.
Debaran menjengah.
Terasa bagai ada sesuatu yang memanggilnya ke sana.
Tapi...
Apa?
"Diego? Kenapa ni?"
Teguran dari pintu dapur berjaya menyentakkannya. Wajah mulus Eve dipandang lama sebelum kepala digelengkan.
Gelengan Diego menimbulkan rasa aneh di benak Eve. Kalau tidak apa-apa, kenapa wajahnya pucat lesi? Seperti sedang diganggu sesuatu.
"Are you sure? Hrm?" soal Eve lembut sambil kaki mula melangkah mendekati.
Jeda.
Diego masih tidak bersuara seperti tadi. Gelas kosong yang sudah pecah di atas lantai dipandang dengan pandangan yang berat.
"Ada apa-apa yang tak kena ke? Sakit? Lapar?" Eve bertanya prihatin. Juntaian rambut Diego diselak dengan tangan kanan. Kemudian wajah itu ditatap.
"Eve..."
Akhirnya Diego bersuara.
Mendengarkan itu, Eve menyimpulkan satu senyuman ringkas.
"Yes?"
"Aku dah buat keputusan." Redup matanya menikam Eve.
"Maksud kau?"
"Aku nak hantar ahli Evil Crow untuk mengintip. Cari siapa dalang kehilangan Marvin. Target utama, Dark Wolf," ujar Diego.
"Kehilangan? Maksud kau, pembunuhan. Kan?" soal Eve semula.
Diego menarik nafas dalam sebelum melepaskan kembali.
"Selagi aku tak tengok mayat Marvin dengan mata aku sendiri, aku tahu dia masih hidup." Langkah dibawa keluar dari dapur. Tangga didaki dan bilik tidurnya menjadi tujuan.
"Kemungkinan tu tu terlalu nipis Diego!" Eve mengejar langkah Diego.
"Even satu peratus pun, tak mustahil, Eve," balas Diego yakin.
"Marvin dah mati! Sampai bila kau nak mengharap, bodoh!"
Kaki Diego berhenti melangkah.
Tak.
Tengkingan tadi bukan terpacul dari bibir Eve.
"Apahal kau beria kata dia dah mati? Ke kau yang bunuh dia, Alex?" Diego memberi soalan maut.
Alex mendengus kasar sebelum mendekati mereka di anak tangga paling atas.
"Kepala hotak, kau! Sekarang ni, kau kena terima kenyataan yang abang kau dah mati! Mark my word, Ash Diego! Abang kau dah mati!" tengking Alex kegeraman. Jelas kelihatan urat-urat hijau yang menimbul.
Ternyata tengkingan dari Alex telah memuncakkan amarah Diego.
"Cibai!"
BUK!
Tumbukan Diego selamat menyinggah di pipi kiri Alex. Hampir saja lelaki berumur 21 tahun itu tergolek ke bawah. Kalau tidak kerana tangan Eve yang menahan, kena terima ajelah.
Siapa suruh jolok sarang tebuan?
"Argghhh!!! Shit!!!"
BUM!
Pintu dihempas.
Bayang Diego hilang di sebalik pintu.
Eve mengeluh perlahan.
"Auw..."
Ringisan kesakitan Alex sama sekali tidak menimbulkan rasa simpati untuknya. Bagi Eve, simpati itu lebih layak jika diberikan kepada Diego.
"Tahu pun sakit. Nanti suruh Rose letak ubat," ujar Eve jengkel.
Bilik tidur yang dimasuki Diego tadi menjadi tumpuan. Kaki dilangkah ke sana tanpa mempedulikan Alex yang sedang menahan sakit. Tumbukan seorang Diego bukanlah yang biasa-biasa.
Pintu yang tidak berkunci dikuak. Tanpa ragu-ragu, Eve masuk ke dalam kemudian pintu ditutup rapat sebelum dikunci. Mata diliarkan memerhati sekeliling.
Kosong.
Bunyi pancuran air yang kedengaran sudah menjawab persoalan yang tidak terluah. Sejukkan hati yang panas lah tu. Punggung dilabuhkan di birai katil sementara menunggu Diego keluar. T-shirt dan jogger pant yang sudah elok tersedia di atas katil tidak dihiraukan.
'Aku kena sokong dia,' desis hati Eve sendiri.
'Dia perlukan aku.'
'Danielle pun kena sokong kalau tak nak makan penyepak aku!'
Pacuran sudah berhenti.
Seketika kemudian, batang tubuh Diego yang hanya bertuala muncul dari bilik mandi. Rambut basah milik remaja itu sesekali bergerak mengikut aturan kaki Diego.
'My favourite one,' kata Eve sendiri sambil mata tak lepas-lepas dari memandang rambut itu.
"Eve."
Eve tersentak. Diego menarik kerusi kecil yang terletak bersebelahan meja lampu. Punggung dilabuhkan kini matanya bertentangan dengan mata Eve.
"Aku sokong kau, ketua." Sengihan muncul dari bibir Eve.
Mendengarkan itu, Diego ikut sama tersengih.
"Keputusan aku ni bukan saja-saja. Aku buat bersebab. Kau percayakan aku, kan?" soal Diego.
Eve mengangguk laju.
"Nanti Marvin dah balik, kau bukan king kitorang lagi. Fuh! Bebas akhirnya!" Sengaja Eve mengusik.
Terdengar tawa halus dari bibir Diego.
"Mungkin aku buat king korang lagi. Tapi..."
Srettt....
Diego berdiri. Badan bergerak menghampiri Eve.
"...I will always be your king and all yours are mine," bisiknya rapat di telinga Eve. Serentak itu, bahu Eve ditolak lembut.
"Diego, not now, please." Sedaya upaya Eve cuba menolak semula.
"Kenapa? Hrm?" soal Diego lembut.
Kedua-dua belah tangannya sudah mengepung Eve. Akibatnya, Eve sudah hampir terbaring. Hanya sikunya yang menjadi tongkat bagi mengelakkan tubuhnya terbaring sepenuhnya.
"Babygirl..."
Air dari juntaian rambut Diego jatuh menitik di kelopak mata Eve. Spontan matanya terpejam.
"Dapat pun. Kau pergi keluar. Aku nak pakai baju."
Laju mata Eve terbuka semula. Kini, Diego sedang berdiri tegak sementara di tangannya sudah ada t-shirt dan jogger pant tadi.
'Cis! Nak ambil baju je rupanya!' desis Eve tak puas hati.
"Serius? Tak nak keluar? Aku okey aje nak pakai depan kau," usiknya dengan senyuman nakal. Tangan bergerak mahu melucutkan ikatan tuala di pinggangnya.
"Eh! Tak! Tak!" jerit Eve menggelabah kemudian berlari laju ke pintu.
Hilang saja bayang Eve, senyuman Diego mati. Nafas dihembus berat.
'Aku akan bawa kau balik, Marvin.'
Sungguh, Diego sudah terlalu penat untuk menjadi ketua. Baginya, Marvin yang lebih layak.
Tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik.
Itulah Marvin.
Segalanya apa yang lelaki itu lakukan cukup sempurna. Percubaan untuk Diego menjadi seperti Marvin ternyata tidak berjaya.
Kekejamannya melampaui batas.
Menyeksa batin ahli sendiri sama sekali tidak dilakukan Marvin.
Hanya fizikal.
Tapi tidak bagi Diego.
Dia menyeksa Eve, perempuan kesayangannya sendiri, tidak kira dari segi apa pun.
Hanya untuk membuang rasa belas kasihan.
Bukan kehendak diri.
Hati dikeraskan sekeras-kerasnya.
Dia lakukan dalam...
Keterpaksaan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top