CHAPTER 17
17: Hidup tanpa pilihan
Keadaan ruang tamu di villa ditemani hening malam walaupun ada lima mulut manusia-manusia di situ.
"Nak bincang ke tenung muka dia?"
Direct soalan Diego mengena batang hidung Chris. Mendengarkan itu, Chris cepat-cepat menundukkan kepalanya. Eve pula hanya menayang riak selamba.
"Ehem! Jadi? Kau memang nak bunuh aku ke?" tanya Chris selepas berdehem.
Belum sempat sesiapa membalas, suara Alice memotong.
"Kenapa nak bunuh abang Alice. Abang Chris degil ke? Janganlah bunuh. Kesian abang, dahlah tak ada girlfriend. Hodoh pula tu. Please, please please. Jangan bunuh abang." Alice merayu. Rayuannya berjaya membuat hati mereka kucar kacir.
Sama ada nak simpati.
Atau nak ketawa.
"Abang tak hodohlah, adik!" Laju rambut adiknya ditarik.
"Adoi! Sakitlah, abang! Nak merajuklah macam ni!" jerit Alice kemudian berlari ke arah Diego.
Riba lelaki itu menjadi tempat dia melabuhkan punggung.
Tercengang Eve, Danielle dan Chris melihatnya.
"Riba Danielle ada, yang kau nak juga berlari dekat aku ni, kenapa? Budak gedik." Diego menyoal tanpa perasaan.
"Abang Danielle tak handsome macam abang. Muka dia macam pondan," jawab Alice. Bibirnya dicebikkan manja.
Eve menekup wajah dengan kusyen.
Chris mendongakkan kepala kemudian tangan ditepukkan ke dahi.
Danielle?
Danielle tersedak air liur sendiri.
"Aku ni tak suka budak. Pergi," halau Diego.
Alice mengerutkan dahinya kemudian bibir dimuncungkan.
"Merajuk!"
Kepala dipalingkan dari memandang wajah Diego. Tangan disilangkan di badan tapi masih tiada tanda-tanda yang dia akan beralih dari situ.
"Kalau nak merajuk, turun. Dahlah berat macam gajah," ujar Diego bosan.
Tangan ditongkatkan di sofa sambil mata memandang wajah Alice dari sisi.
"Kalau merajuk kena turun, eh? Tak jadi merajuklah," dalih Alice dengan sengihan. Ejekan Diego tentang beratnya langsung tidak dibiraukan.
"Adik! Sinilah! Mengada betul, kau ni." Chris memandang geram.
Arahan dari Chris menyebabkan Alice memutarkan bebola matanya.
"Abang tak ada isi. Peha macam ranting," bidas Alice selamba.
"Budak ni, kan!" Chris sudah menyandar pasrah di sofa.
"Kalau layan Alice, memang tak jalanlah perbincangan ni." Danielle mula bersuara manakala Eve mengangguk setuju.
"Tulah pasal. Mula sekarang, okey? Diego, kau korbankan ajelah riba kau." Eve memandang dengan senyuman.
"So, aku nak bagitau kau dengan Alice terus terang. Aku memang tak nak simpan korang lama-lama. Nak bunuh pun tak sampai hati sebab Evil Crow tak pernah dapat kes bunuh budak kecil. Tambah-tambah lagi kalau budak tu mengada nak mampus." Mata menghala ke arah Alice sekilas selepas menangkap pandangan tajam Alice dengan hujung matanya.
"Nyawa kau akan ditentukan antara ketiga-tiga kemungkinan ni. First, lepas umur Alice mencecah 12 tahun, kitorang akan bunuh dia dengan kau sekali."
Rancangan pertama sudah diberitahu.
Chris membulatkan matanya, memandang bagai tidak percaya.
"Kedua, kita tunggu sampai kes ni reda. Lepas tu korang fly ke overseas," ujar Danielle.
"Lastly, aku plan nak jaga Alice. So, kitorang akan latih korang berdua sampai pandai gunakan senjata api. Then, welcome to Evil Crow." Eve berkata dengan nada gembira.
Belum sempat Chris bersuara, Diego memotong.
"Plan Eve tu tolak tepi dulu. Sekarang, kita tunggu kes kau reda. Biar bapak syurga korang tu tak jumpa langsung jejak korang," putus Diego.
Semua di situ mendiamkan diri. Sepi menghuni untuk kesekian kali. Terasa berat lidah masing-masing untuk bercakap. Alice yang tidak mahu mengambil peduli tentang perbualan mereka hanya senyap dan bermain dengan jari sendiri.
"Hidup ni memang tak ada pilihan, ke?"
Soalan Chris yang kedengaran perlahan menyentakkan Eve dan Danielle. Semua ini bukanlah apa sangat bagi Diego jika mahu dibandingkan dengan keperitan akibat hilang seorang abang.
Hanya Marvin yang dia ada tika itu.
Lebih baik dia mati.
Tapi...
Biarlah dalang di sebalik semua ini terbunuh di tangannya sendiri terlebih dahulu.
Kemudian dia akan menyusul.
"Chris..." Eve jadi serba salah.
Terdengar tawa halus dan sinis yang terpacul dari bibir Chris.
"Peluang tak pernah wujud. Kan, Eve?" Bersama senyuman yang tawar, Chris berlalu naik ke bilik.
Terhambur jua keluhan Diego.
"Turun," arahnya.
Alice menurut tanpa bantahan. Langkah Diego ke dapur hanya dihantar dengan pandangan matanya sahaja.
Fikiran Diego jadi berantakan. Sepanjang menjadi pembunuh upahan, simpati tak pernah wujud dalam hati.
Tapi, sekarang?
"Marvin, aku perlukan kau, bodoh!"
Rambut diraup kasar.
"Mampus awal sangat, kenapa!"
Kepala dihantuk ke meja makan.
"Bawa..."
"Bawa aku sekali..."
"Bawa aku sekali, weh..."
Rintihan demi rintihan.
Tetap tiada air mata.
Sebab...
Tiada guna.
Hanya sia-sia.
***
Alice diam memerhatikan abangnya yang termemung jauh. Tak sanggup menunggu lebih lama, pinggang Chris dicuit.
Laju Chris kalih memandang tepi.
"Eh! Aduiii, Alice nak apa? Kacau abang aje kerja," protes Chris sambil mengurut dadanya.
Alice tersengih kecil sebelum labuhkan punggung di sebelah Chris. Pemandangan dari koridor bilik yang Chris duduki tersangatlah indah.
"Alice nak tanya, boleh?" tanya Alice perlahan. Senyumannya mulai pudar.
Chris memandang aneh sebelum bahu adik kesayangannya dipaut mesra.
"Kenapa ni, hm?" Mata redup Alice agak menggusarkan hati Chris.
"Betul ke abang Diego nak bunuh abang? Bukan ke tak baik kalau buat macam tu? Tuhan tak marah ke?"
Bagai mahu luruh jantung Chris tika itu. Badannya membeku seketika sebelum tangan diturunkan dari bahu Alice. Lutut dinaikkan dan dipeluk.
"Tak kira apa jadi, Alice kena tahu satu benda." Ayat digantungkan.
"Tahu apa?" soal Alice.
Senyuman pahit susah payah diukir di bibir Chris. Pengakhiran hidupnya ditentukan oleh manusia lain. Pilihan langsung tak diberi.
Ini ke kehidupan?
Langsung tidak diberi pilihan.
"Tahu yang abang sayang Alice. Ingat sampai..."
Senyap
'Mati,' desisnya.
"Sampai?" Pandangan aneh diberi. Pelik dengan perangai abangnya sendiri. Alice mula menggaru kepala walaupun tidak gatal.
"Sampai Alice besar nanti," jawab Chris dengan nada bersahaja.
'Tu pun kalau Alice berjaya hidup lebih lama.'
Sudahlah dibenci bapa sendiri. Kini, dua beradik ini harus menghadapi maut yang bakal tiba pada bila-bila masa.
Tapi di sudut hati Chris, dia yakin tentang satu perkara.
Mungkin dia tak diberi pilihan.
Namun tidak mustahil untuk mendapat peluang.
Selagi adanya Eve dan Danielle yang menyokong, dia yakin, perjalanannya masih panjang.
"ALICE! JOM GUSTIII!!!"
Laungan Danielle dari bilik sebelah berjaya menarik perhatian Alice. Laju punggung diangkat.
"Gusti?! Naaakkk!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top