CHAPTER 16

16: Umur kau berapa?


"Abaaannnggg!!! Saaakiiittt!!!"

Tersentak Eve yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Dengan perasaan ingin tahu, kakinya laju berlari ke tingkat atas, di mana terletaknya kamar gadis kecil yang bernama Alice.

"Saaakiiittt!"

Makin risau Eve dibuatnya. Tak mungkinlah Diego menyeksa kanak-kanak? Tak mustahil tapi agak mustahil.

Ah, pening!

"Alice!"

Pintu kamar yang tidak berkunci itu dikuak sepantas mungkin. Tiba-tiba matanya menyapa wajah Danielle yang berkerut-kerut dahinya.

"Hehe..." Alice tersengih.

Pelik Eve apabila melihat Alice yang tidak nampak seperti sakit langsung. Katil dituju dan punggung dilabuhkan di birai katil.

"Apa benda bising-bising dari tadi? Aku nak tidur pun tak senang." Muncul satu suara dari belakang.

Diego!

Dengan rambut yang berserabai dan mata yang kuyu, dia melangkah mendekati Alice di katil. Badan dibaringkan sambil mata mula memandang Alice.

"Er... kenapa Alice jerit?" soal Eve pada Alice.

Gadis kecil itu memandang Eve sebelum menjawab, "Abang Danielle marah Alice." Bibir dicebikkan.

"Mana ada aku marah. Aku suruh makan aje pun," bangkang Danielle sedikit tenang.

"Dah tu, kenapa Alice cakap sakit? Alice sakit dekat mana?" Ragu-ragu pula Eve dengan budak tu.

"Sakit mata tengok muka Abang Danielle," jawab Alice selamba badak.

Cemberut muka Danielle dibuatnya. Eve tersenyum, terhibur hatinya apabila Alice membuat perangai comel sebegitu.

"Kenapa sakit mata?" Eve mula melayan.

"Sebab tak handsome."

Eve tergelak besar. Terbuntang mata Danielle mendengarkan jawapan Alice. Terus tangan bergerak mencubit geram pipi gebu itu.

"Tak handsome?" soal Danielle.

Alice mengangguk sebagai jawapan.

"Ooo tak handsome, eh?" Terus tubuh montel itu digeletek.

Mengekek Alice dibuatnya.

"Handsome ke tak? Cakap," kata Danielle. Jari laju menggeletek Alice tanpa henti.

"Tak! Abang macam witch!" jerit Alice kuat diselang-selikan dengan tawa kegelian.

"Rasakan!"

"Muka berkedut!"

"Gemuk!"

"Pendek!"

"Bulu hidung terkeluar!"

"Mata panda!"

"Kancil!"

"Tomato!"

"Tayar kereta!"

Sesungguhnya, semua kutukan Alice langsung tidak sama seperti kenyataan. Malah kutukannya juga yang membuatkan Danielle semakin naikkan level kegelian menggeletek.

"Geeeliii!!! Berhentiii!!! Huwaaa!!!" Meraung Alice sampai tergolek-golek. Diego yang sudah tertidur semula di sebelahnya langsung tidak dihiraukan.

"Handsome ke tak?" duga Danielle sekali lagi.

Senyuman terukir di bibir Eve melihat gelagat mereka. Sangatlah indah pemandangan yang menyapa matanya ketika ini.

"Iyeee!!! Handsome!!!" Alice mula mengaku kalah.

"Siapa handsome?" Sengaja Danielle mahu menyakat.

"Abang Danielle!"

"Abang Danielle apa?" Danielle semakin galak.

"Abang Danielle handsome!!!"

Mendengarkan saja jawapan Alice, tangannya berhenti daripada menggeletek.

Naik turun dada Alice akibat kekurangan oksigen. Anak rambutnya basah akibat peluh. Danielle pun tak kurangnya juga.

"Aaa... peeenaaattt..." Alice membebel sendirian.

"Tahu pun, penat. Siapa suruh kutuk Abang Danielle macam tu. Walaupun dia tak handsome, tapi dia baik." Sempat Eve menyelitkan sindiran.

"Ni lagi sorang." Danielle memandang tak puas hati sebelum bertindak menyekeh kepala Eve.

"Sakit, bangang!"

"Bengong!"

"Bengap!"

"Ba-"

Tiba-tiba, bunyi dengkuran halus menarik perhatian mereka. Laju kepala dipusingkan.

Senyuman nipis terukir.

"Kenapa aku rasa diorang ni sweet sangat? Macam sibling goal." Mata Danielle masih tidak lepas dari memandang mereka.

"Aku pun rasa benda sama. Jom keluar," ajak Eve.

Comforter ditarik hingga ke paras pinggang mereka. Kepala Alice yang elok terbaring di atas lengan Diego diusap lembut.

"Kepala Alice aje? Diego macam mana?" usik Danielle.

"Kepala hotak kau." Eve menjeling tajam.

"Yelah, yelah. Jangan jealous dengan kepala otak aku. Jom makan. Lapar ah. Budak ni tak apa, dah makan separuh," ajak Danielle.

Dulang berisi pinggan nasi yang sudah dimakan separuh dan gelas kosong diangkat.

"Aku pun lapar," ujar Eve.

Kaki mengorak langkah ke pintu.

Bunyi pintu ditutup kedengaran.

'Drama queen, punya budak,' desis hati Diego dalam mamai.

Alice di lengannya sama sekali tidak mengganggu keselesaannya.

Kan dah kata.

Diego bukannya tak suka budak.

Dia macam...

Oh, budak.

Okay.

Macam tu.

***

Dengan susah payah, matanya yang terasa berat cuba dibuka. Cahaya dari tingkap yang menerjah ke kornea mata dihalang dengan tangan. Tiba-tiba fikirannya teringatkan seseorang.

"Alice!"

Automatik badannya yang asalnya berbaring, duduk menegak. Keadaan asing sekeliling diperhati. Bilik yang luas, bercat kelabu dan tampak kemas. Namun, bayang adik kesayangannya langsung tidak kelihatan. Lenguh di lehernya tidak dipedulikam sama sekali.

"Alice! Alice!" laungnya kuat.

Kaki mula menjejak permaidani di lantai. Sakit yang dirasa tidak dipedulikan. Baru mahu melangkah lebih lagi, pintu bilik dikuak dari luar.

Terpampang wajah Eve yang kerisauan.

"Kau! Mana adik aku!"

Laju dia meluru ke arah Eve. Bahu Eve dicengkam kuat.

"Chris! Sakit, bodoh!" jerkah Eve seraya menumbuk kuat pipi kanan lelaki itu.

"Auw..." Chris memegang pipinya yang terasa sakit. Cecair panas mula mengalir dari celah bibir merah itu.

"Tanya elok-elok tak boleh, ke?" Mencerlumg anak mata Eve menikam Chris.

"Macam mana nak tenang kalau kau dengan kawan-kawan kau culik kitorang? Apa korang nak? Duit? Aku boleh suruh bapak aku bagilah, sial!" hambur Chris tanpa berfikir apa-apa.

"Bapak kau yang suruh kitorang culik Alicelah, lahanat," bidas Danielle yang baru muncul pintu bilik.

Chris terdiam.

"Tipu!" bangkang Chris sambil menunding jari ke arah Danielle.

"Tipu, tak tipu. Jari tu turun. Kurang ajar sangat, nyawa adik kau boleh melayang." Danielle sengaja mengugut biarpun ugutannya tipu belaka.

Chris merengus kasar. Figura Danielle yang berlalu keluar itu dihantar dengan ekor mata.

"Shit!" makinya. Langkah dibawa perlahan ke katil dan punggung dilabuhkan.

Eve memandang sebelum ikut duduk. Bahu Chris ditepuk perlahan.

"Auw!"

"Baru tepuk sikit dah sakit," ejek Eve sambil memandang sekilas luka Chris yang sudah dibalut.

"Jangan risau. Memang bapak kau suruh bunuh Alice, tapi kitorang tak bunuh budak kecil," jelas Eve dengan senyuman manis, berniat untuk menenangkan kekacauan hati Chris.

Chris kalih memandang Alice sebelum membalas, "Tergamak dia buat macam ni dekat... dekat anak dia sendiri." Wajah diraup kasar.

"Ehem! Umur kau berapa, eh?" Topik ditukar agar suasana tidak begitu tegang.

"Oh, umur aku 18," jawab Chris.

"Wow! Kita sama umur, weh!" kata Eve teruja. Giginya yang tersusun rapi terserlah.

"Really? Hebat. Baru 18 tahun dah jadi pembunuh," sindir Chris pedas.

"Biasalah. Lagi hebat kalau peluru aku tembus dekat jantung kau." Serentak itu, pistol di belakang seluarnya dikeluarkan. Picu ditarik selamba.

"Woo woo! Aku guraulah!" Chris mengesot ke tepi menjauhi Eve.

Eve tersengih sebelum memandang Chris semula.

"Aku. Pun. Gurau."

Pistol dihala tepat ke wajah remaja itu. Habis pucat lesi muka Chris dibuatnya.

"Okey, okey. Acah jelah." Pistol disimpan semula. Barulah Chris dapat menghembuskan nafas lega.

"Aku harap aku boleh guna pistol tu untuk tembak bapak aku sendiri. Manusia macam dia layak mampus," ujar Chris emosi. Wajahnya kelihatan keruh.

"Hey, don't be sad." Eve cuba memujuk. Tangan lelaki itu digenggam erat.

"Aku nak peluk kau, boleh?" pinta Chris menyebabkan Eve terkejut besar.

"Err... ke... kenapa?" Eve mengigit bibir bawahnya.

"Sebab aku dah lama tak peluk orang. Aku dah lama tak rasa disayangi. Please? Kau nampak baik even perangai kau macam syaitan." Sempat juga dia membidas Eve.

"Kurang ajar. Habis tu, tak kan tak pernah peluk adik kau?" soal Eve tak puas hati.

"Budak, lain cerita. Tak apalah. Lupakan. Aku nak tidur." Chris naikkan kakinya ke katil. Baru selimut nak ditarik, pergerakannya terhenti.

"Nanti aku panggil kau makan," ujar Eve. Tangannya sudah elok mendakap tubuh sasa Chris. Terasa tangan Chris turut membalas pelukannya.

"Thanks, girl." Wajah disembamkan ke bahu Eve.

Pelukan itu dianggap seperti pelukan adik-beradik. Rindunya terhadap kasih sayang akhirnya terubat sekarang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top