CHAPTER 15

15: Alice & Chris

Serba tak kena Eve dibuatnya. Bukan setakat Eve, malah Diego, Danielle, Rose, Alex dan Nick turut rasakan yang sama.

"Argh! Tak boleh ke kalau kita tolak? Aku tak kisah nak culik, bunuh semua. Tapi bukan untuk kali ni!" Danielle memberi cadangan dalam kekusutan.

"Tak boleh tolak!" jerit Eve kuat.

Semua di situ mula tersentak kecuali Diego. Laju Danielle melempar kusyen ke arah Eve.

"Aduh!" Eve mengaduh perlahan.

"Apahal, babi!" Alat kawalan jauh dibaling dan tepat mengena kepala Danielle.

"Sakit, bangang! Kau tu! Hadap duit sangat sampai jadi kejam dengan budak kecik!" balas Danielle tak puas hati.

Eve memutarkan bebola mata tanda meluat.

"Kalau tak bodoh, memang tak sah kan kau, Danielle," komen Diego pendek. Pistol di genggamannya direnung kosong.

"Tapi..." Tak sempat Danielle melawan, ayatnya dipintas Rose.

"Kalau kita tak terima job ni, mungkin Mr. Andrew akan suruh pembunuh lain. Kau fikir pembunuh lain teragak-agak ke nak seksa, bunuh budak tu?" Penjelasan dari Rose cukup untuk menghubungkan sel otak Danielle yang baru saja terputus.

Ops!

"Macam nilah, kita culik aje budak tu. Lepas tu kita jaga," cadang Eve. Terbuntang mata Diego.

"Kita? Kau ajelah. Aku bukan babysitter," bangkang Diego.

Bukan Diego bencikan budak.

Dan bukan juga Diego sukakan budak.

Dia cuma tak faham.

Kenapa ada yang teruja dengan budak?

Bagi Diego...

Budak pun manusia.

Apa yang nak diterujakan sangat?

Oh, Diego.

Keringnya, hati kau.

"Tak apa! Aku dengan Eve boleh jaga! Lagipun dulu kau ada adik sebelum kau join Evil Crow, kan Eve?" soal Danielle.

Tanpa dia sedar, Eve sedikit terkesan dengan soalan itu.

"Aaa... erm, ya. Ada," jawab Eve perlahan.

Rose yang sememangnya memahami situasi Eve hanya mampu memandang sayu.

"Okay, guys. So, ini plan kita," ujar Alex memulakan perbincangan.

Sesekali Diego akan menyampuk agar rancangan mereka lebih kemas dan teratur. Sedang asyik berbincang, Danielle menyampuk.

"Apa kata kalau Eve gerak sekali dengan aku?" cadang Danielle.

Eve memandang Diego dengan pandangan mengharap. Terdengar hembusan nafas dari bibir Diego sebelum dia menjawab.

"Siapa leader? Aku ke kau?" Tajam matanya menikam anak mata biru Danielle.

Pantang sangat kalau orang cuba membangkang.

"Masalahnya, anak sulung Mr. Andrew, Chris sayang sangat dekat Alice. Budak tu siap ada karate lagi. Kalau nasib Eve malang, siapa nak lindung dia?"

'Kau pula memang tak kisah pasal nyawa Eve.'

Ayat terakhir itu hanya dilafazkan di dalam hati. Tertunduk Eve mendengarkannya. Teharu kerana Danielle sentiasa ada sebagai abang yang melindungi.

"Kita tak tahu tahap karate budak tu sampai mana, kan? Entah-entah baru berjinak. Kalau dah ajal Eve masa tu, biar ajelah. Yang penting, culik budak tu dulu," kata Diego tanpa perasaan.

Kata-kata Diego hanya dibalas dengan pandangan yang susah ditafsirkan.

Eve?

Dia sudah biasa diperlakukan begitu. Ada kalanya, dia akan dimanjakan. Ada kalanya, dia perlu menolak semua rasa takut yang bertandang.

***

Perlahan kaki Eve menyelinap masuk ke dapur banglo Mr. Andrew. Tugas dia, memerhati keadaan sekeliling, takut-takut ada tukang kebun, pembantu rumah, atau Chris sendiri yang perasan akan kehadiran mereka. Diego dan Danielle pula akan mencari di tingkat atas.

Melilau mata memerhati setiap pelusuk dapur yang agak luas itu. Langkah terhenti betul-betul di depan peti sejuk. Bukan untuk mencari makanan, tapi kerana sekeping gambar yang berjaya menarik perhatiannya.

Dengan bersahaja, magnet yang menindih kepingan gambar itu dialih dan gambar itu diambil. Spontan bibirnya mengukir senyuman. Memori yang menunjukkan keakraban antara abang dan adik. Gambar diterbalikkan.

'We miss you, mom.'

Terkedu Eve selepas membaca sebaris ayat di bahagian belakang gambar itu. Terasa seperti dia mampu merasakan apa yang Chris dan Alice rasakan.

"Ehem!"

Deheman seseorang dari belakang memeranjatkan Eve. Pantas badan dipusing ke belakang. Membulat matanya melihat sekujur tubuh yang elok berdiri di depannya.

Rambut yang keperangan.

Blue eyes.

Pointy nose.

And his sexy lips.

Damn it!

"Kau siapa?"

Keras kejung badan Eve kerana tersentak dengan soalan lelaki itu.

"Maid." Selamba Eve menjawab biarpun jantungnya rasa nak meloncat keluar.

"Aik? Papa tak cakap apa-apa pun. Lagi satu, kenapa pakai topeng dalam rumah?" Musykil raut wajahnya.

Eve mengangkat kedua-dua belah bahu sebelum bersuara lagi.

"Batuk."

"Aku Chris. Nama kau apa?" soal Chris tanpa mengesyaki apa-apa.

Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan di situ.

"Eve," jawabnya ringkas.

Kepingan gambar di tangannya diletakkan semula di peti sejuk.

'Eve! Kau cakap dengan siapa tu?' Suara Danielle kedengaran dari corong earpiece di telinga kiri.

"Ehem! Chris! Kau dari mana? Buat apa dekat dapur?" Sengaja disebutnya nama lelaki itu sekaligus menyebut ruang yang diduduki mereka tika itu.

"Baru balik jogging. Aku hauslah. Cari air, jumpa kau pula. Ambilkan aku air." Kepala dibaringkan di atas meja.

Eve yang cuba mengekalkan lakonannya kalih ke belakang dan membuka pintu peti sejuk. Kotak juice dicapai dan diletakkan di atas meja. Kemudian kaki bergerak menuju ke arah kabinet dapur. Tiba-tiba...

"Abang! Aaaabaaanggg!" Satu suara nyaring dari tingkat atas kedengaran semakin mendekat.

"Alice..."

Pantas Chris berdiri. Namun, dia tidaklah sepantas Eve.

PRANG!

Gelas tepat terbang melepasi depan wajah Chris kemudian pecah akibat terkena dinding. Chris kalih kepala memandang Eve.

"Abang! Tolong! Abang! Ada alien ajak Alice main kejar-kejar! Alice tak naaakkk!" Bergema suara itu hingga ke dapur.

Chris sekali lagi cuba bergerak tapi bunyi picu pistol yang ditarik menimbulkan rasa gerun dalam dirinya.

"One step and you will die."

Renungan tajam mata bersinar milik Eve membuatkan perasaan Chris berantakan. Kotak juice di atas meja dipandang sebelum otaknya bekerja memikirkan tindakan seterusnya.

Bagaikan ada mentol lampu yang menyala di kepalanya, kotak itu diambil dan dibaling ke arah Eve.

BANG!

SPLASH!

Percikan juice dan kelekaan Eve segera diambil kesempatan. Berlari Chris menuju ke ruang tamu.

"Alice!" jerit Chris apabila matanya menangkap satu susuk tubuh tegap lelaki yang bertopeng di situ.

Lelaki itu menggendong Alice yang sudah pengsan di bahunya. Mata memberi pandangan tajam dengan rasa amarah yang meluap-luap.

"Kau siapa! Lepaskan adik aku!" Serentak itu, Chris berlari mendekati mereka. Sepakan dilayangkan di sisi perut lelaki bertopeng.

"Sial!"

Layangan penumbuk menjadi serangan balas. Wajah Chris menjadi sasaran. Agak sukar baginya kerana berat kanak-kanak yang berusia lima tahun di bahunya membataskan.

"Bagi adik akulah, bodoh!" Pedih di pipi dan bibirnya tidak dihiraukan. Tangan bertindak menarik pinggang adiknya.

Akibat rasa senak di perut, tubuh Alice dibiarkan dirampas semula. Chris memeluk erat tubuh adik kesayangannya.

Lelaki bertopeng hitam semakin mendekat. Chris tidak berundur malah hanya berdiam diri di situ.

"Kau mesti Chris, kan? Aku Danielle." Ice breaking menjadi salam perkenalan.

"Mampuslah, bodoh!" jerkah Chris seraya kaki diangkat dan dilayangkan laju ke arah kepala Danielle.

Wajah Danielle terkalih ke kanan. Kemudian tajam matanya merenung anak mata Chris.

"Kau salah orang," ujar Danielle sepatah.

BANG!

Jatuh melutut sebelah kaki Chris kerana tembakan Danielle yang secara tiba-tiba.

BANG!

Tangan kiri yang memeluk tubuh Alice turut jatuh melonglai.

"Hidup sama-sama. Mampus pun kena sama-sama." Mata mencerlung memandang Chris.

Chris yang sudah lemah hanya mampu merelakan.

Bunyi picu ditarik.

Menunggu saat kematian.

"Danielle!"

Satu suara garau berjaya menghentikan perbuatan luar kawalan Danielle. Pistol diturunkan dan dimasukkan ke belakang seluar.

Eve dan Diego melangkah mendekati mereka. Melihatkan Eve yang jalan bersama dengan Diego, tahulah Danielle bahawa Eve dan Diego memilih untuk memerhati sejak tadi.

"Sabar sikit. Nanti budak ni bangun, tak nampak abang dia, mahunya meraung. Aku malas dengar dia memekak," kata Diego kemudian mendekati Chris.

"Bangun!" arah Diego keras. Dengan susah payah, Chris bangun. Peluru di dalam betis dan bahunya masih jelas terasa.

Eve bertindak mengambil Alice dari dukungan Chris.

"Jangan..." Chris merayu. Mata redupnya tepat memandang Eve.

"Semaklah, kau ni. Apa kata kau tidur dulu?" Habis berkata, tangannya dihentak kuat di belakang tengkuk Chris.

Pengsan.

"Danielle, angkat." Sejurus itu, Diego melangkah keluar dari rumah banglo milik Mr. Andrew.

Oleh sebab tidak mampu tampak jahat di depan anak sendiri, Evil Crow diberi tugas yang agak sama seperti kes Afif Lawrence tempoh hari.

Tapi...

Tidakkah mereka tahu?

Si anak tetap akan diberitahu soal itu.

Dan dalam kes kali ini, mangsa culik tidak akan dibunuh. Malah, akan...

Dijaga.

Disimpan.

Hanya kerana mereka belum sampai di tahap membunuh kanak-kanak bawah umur sepuluh tahun.

Kalau dulu, setakat Afif yang umur 15 tahun, kacang sangat.

Masalahnya, Alice tu baru lima tahun.

Memilih antara jaga sehingga dia meningkat dewasa atau...

Bunuh sebaik sahaja meningkat dewasa.

Chris?

Kalau boleh pakai, pakai.

Kalau tak boleh pakai, faham-faham ajelah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top