CHAPTER 14

14: Bulu kaki Nick

Keadaan sepi di meja makan menimbulkan rasa bosan dalam diri Eve. Mana tak sepi kalau Danielle tak turun makan sekali.

Jiwa kacau.

"Aku naik dulu," pinta Eve kemudian bangkit dari kerusi.

Diego memandang sekilas sebelum membalas.

"Jangan kacau Danielle," ujar Diego.

Tisu diambil dan dilap di bibir. Pinggan ditolak ke depan sedikit tanda sudah selesai makan. Eve mengeluh hampa.

"Tak kacau pun. Nak borak-borak aje." Tanpa mempedulikan Diego, kaki dibawa mendaki tangga.

Bilik Danielle menjadi sasaran. Tangan memegang dan memulas tombol pintu.

Klak!

Tak berkunci! Yes!

Kepala disengetkan ke kanan dan kepalanya elok dijegulkan dari luar. Mata dapat menangkap satu figura yang sedang berselubung di sebalik comforter. Dengan langkah yang berhati-hati, Eve menyelinap masuk. Pintu pula dibiarkan terbuka.

"Nak apa, Eve?"

Eve tersentak. Seketika kemudian, dia tersengih apabila melihat Danielle yang sudah keluar dari 'kubu'nya. Tak perlu meminta izin, terus punggung dilabuhkan di atas katil Danielle. Kaki diangkat ke atas.

"Kenapa tak turun makan?" soal Eve prihatin.

Sebelah tangan ditongkatkan di pipi sementara sikunya elok mendarat di peha. Terdengar keluhan berat dari bibir Danielle.

"Aku tak laparlah."

Dalam masa yang sama...

Kriuk~

Eve menahan gelak yang bakal terhambur pada bila-bila masa saja. Tangan ditekupkan ke mulut dan kepala dikalih memandang sebelah kiri.

"Kantoi pula," gumam Danielle. Rambut diraup kasar ke belakang.

"Ehem! Aaa... erm... jomlah turun makan. Aku teman kau, okey." Senyuman disimpulkan.

Danielle terdiam lama. Matanya ralit memandang jari sendiri. Lagipun, buat apa tahan lapar. Bukan 'dia' boleh kembali pun. Dan 'dia' layak mati lebih awal.

"Jomlah, Danielle. Kalau tak makan, kau sakit. Aku malas nak jaga." Usikan Eve sedikit sebanyak berjaya mencuit hati Danielle.

Senyuman nipis diukir.

"Tapi aku malulah!"

Danielle menekupkan kedua-dua belah tangan ke muka. Kemudian kepala digeleng-gelengkan. Habis rambutnya kelihatan serabai.

"Apa nak malu?" tanya Eve buat-buat tidak mengerti.

Bibir diketap cuba menahan tawa sejak tadi.

Terdengar helaan nafas berat dari Danielle sebelum dia menjawab, "Diorang nampak aku nangis. Eiii, malunya! Malu! Malu!" rengek Danielle sambil menjatuhkan kepala ke bahu Eve dengan mengada.

"Diorang? Maksud kau? Bukan ke aku dengan Diego aje yang nampak?" Eve memandang aneh. Rimas pula matanya melihat rambut Danielle begitu.

"Macam aku tak tahu yang diorang mengendap ikut tingkap. Anak-anak buah tak guna!" Kesal suara Danielle mengundang tawa kecil yang terlepas secara tidak sengaja dari bibir Eve.

"It's okay, Danielle. Make them wonder how you're still smiling," nasihat Eve tenang.

Hening.

"Ehem! Meh sini aku ikat rambut kau. Dah macam bulu kaki Nick, tahu tak?" seloroh Eve tidak mahu keadaan kekok.

"What? Wei, punyalah lembut rambut aku ni, kau boleh bandingkan dengan bulu kaki Nick?" soal Danielle bagai tak percaya.

"Alolo, yelah, yelah. Macam bulu kaki Diego." Eve masih galak mengusik.

Cemberut muka Danielle dibuatnya.

Eve tidak mempedulikan itu malah getah hitam ditarik dari rambut. Kemudian rambut Danielle menjadi sasarannya. Danielle yang sememangnya malas melayan itu hanya merelakan.

"Hrm, comel," puji Eve. Pipi kanan Danielle ditepuk-tepuk perlahan.

"Ye ke, comel?" Sengaja Danielle mahu dirinya dipuji.

"Ye, Danielle."

"Comel macam?"

"Macam bulu kaki Nick kalau kena ikat."

Tak sempat Danielle mahu memprotes, terdengar tawa seseorang dari luar bilik.

Eh! Bukan sorang aje.

Tapi ramai!

Tanpa berlengah, mereka berdua melangkah menuju ke arah suara tersebut. Kelihatan Alex, Rose, Nick dan beberapa anak buah yang lain sudah elok tersadai di lantai. Ada juga yang berpaut di tangga.

Diego pun ada!

Nak tahu apa dia buat?

Mencangkung di tepi dinding sambil muka disembamkan di celah lutut. Bahunya terhinjut-hinjut akibat ketawa.

Macam...

Macam mamat psycho yang terhibur.

"Asal gelak!" jerit Danielle.

Mukanya membahang menahan malu. Tahu sangatlah kini mereka mendengar perbualan manja antara Danielle dan Eve.

Ala, nak bermanja dengam Eve pun salah ke?

"Rose, Rose. Nick comel tak?" soal Nick dengan lenggok gediknya sambil mencebikkan mulut.

"Comel samgat! Tapi, bulu kaki Nick laaagi comel!" Rose melayan ejekan Nick.

Apa lagi?

Makin parahlah mereka semua ketawa. Diego sudah jatuh melorot ke kiri hingga bahunya selamat mencium lantai. Eve yang sejak tadi menahan tawa sudah tidak dapat berjuang lagi.

Akhirnya...

Terhambur jua tawa Eve.

"Eve! Apa ni!" marah Danielle bengang. Habis dia diketawakan oleh manusia-manusia di sekeliling.

Diego yang beku pun boleh ikut ketawa sama.

Ajaib.

"Okay, okay. Guys, stop laughing. Poor, him." Diego cuba berlagak serius.

Sesekali bibir bawahnya digigit. Apabila tawa hendak terletus lagi sekali, laju pandangan ditoleh ke tepi.

"Ya, ya. Aku diam." Alex mula mengalah.

"Korang semua pergi masuk tidur," arah Eve pada semua anak buah Evil Crow di situ.

Mereka hanya menurut walaupun mulut masing-masing masih tersisa dengan tawa yang halus. Mencerlung mata Danielle memandang mereka.

"Show dah habis. Pergi makan," suruh Diego sebelum berlalu ke biliknya.

Danielle menjeling tajam sebelum menuruni tangga ke tingkat bawah. Eve pula mengekori dari belakang.

"Jarang sangatlah," ujar Eve tiba-tiba semasa Danielle sedang leka dengan makannya.

"Jarang apa?" Danielle memandang aneh. Air coklat panas di dalam cawan dihirup sedikit.

"Jarang sangatlah Diego nak ketawa ikhlas, macam tu. Thank you, Danielle." Senyuman kegembiraan terukir di bibir merah Eve.

Danielle terdiam seketika.

Ya, bukan mudah untuk menghiburkan hati Diego.

Sejak kehilangan Marvin, sisi baik Diego ikut sama hilang. Namun, ketahuilah bahawa Marvin tidak sebeku Diego.

Dendam seorang Diego tidak akan terpadam selagi si pembunuh masih mampu bernafas.

"Sama-sama," balas Danielle ringkas.










***

Keep voting guysss 😢

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top