Ini adalah merupakan tahun-tahun yang saya seakan terlupa tentang minat terhadap dunia penulisan. Bila masuk sahaja matriks saya boleh dikatakan tidak menulis sangat. Hanya sajak-sajak yang ditulis untuk simpanan sendiri. Sekali lagi entah mana semua kompilasi sajak-sajak tersebut.
Sebagai pelajar maklum sahaja, dunia digeluti pula dengan tugasan yang melambak serta peperiksaan yang saya wajib lulus hingga ke akhir. Jadi sekitar enam tahun ini saya tidak dapat menceritakan apa-apa sangat, hanya sekadar catatan ini sahaja sebagai ingatan diri agar jangan berhenti menulis.
Sekali sudah berhenti menulis, amat sukar untuk memulakannya semula. Kadang kala saya mengedit karya sendiri hampir sebulan dua saya tidak menulis langsung. Apabila mahu memulakan jadi kekok dan ilham tak berapa lancar.
Kesimpulannya, ini adalah ingatan diri saya juga, jangan berhenti menulis khususnya novel.
Selamat menulis dan terus berkarya hingga ke penamat ya kawan-kawan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top