♦TUNTUT BELA

i. TUNTUT BELA
Minda anda telah dipalsukan oleh ilusi schizophrenia milik Aharon. Anda telah membunuh seseorang yang anda ingin lindungi. Anda ingin menuntut bela atas kematian René

"Aku akan tuntut atas kematian dia.." Suara anda kedengaran terketar-ketar.

Aharon hanya sekadar tersenyum sinis. "Tuntutlah.."  Suaranya begitu sinis kedengaran mengejek hujah anda.

Anda meneguk air liur. Ya, anda benar-benar ingin menuntut bela atas kematian René.

Namun, ia amat jelas lagi nyata bahawa anda tidak mampu.

Anda cuba memaksa diri anda untuk mengangkat senjata. Namun, hakikatnya jiwa anda begitu lemah.

Jiwa dan emosi anda tidak stabil kerasa anda berasa resah dan kesal atas pembunuhan tidak sengaja yang telah anda lakukan.

Perlahan-lahan Aharon berjalan menghampiri anda. Djinn itu sedang memperlekehkan anda.

"Bunuhlah aku...sekiranya itu mampu memuaskan hati kau." Ujar Aharon dengan nada yang begitu sombong.

Anda mengangkat senjata dan dihalakan pada arah Aharon. Tangan anda ternyata teketar-ketar.

Hujung jari Aharon perlahan-lahan menyentuh hujung mata pedang yang digenggam anda.

Perlahan-lahan senjata itu bertukar panas.

Biji mata anda terbuntang luas.

Haba itu telah mengalir pada tubuh anda.

Senjata anda terlepas daripada genggaman. Tangan anda kini melecur dengan teruk. Anda berusaha menahan sakit. Namun, tubuh anda terasa semakin panas.

"Matilah.." Aharon tersenyum sinis.

Tiba-tiba sahaja tubuh anda dijilat api yang marak.

Anda mati begitu sahaja.

-TAMAT-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top