💙 TUKAR GANTI 💙
Satu saat berdetik. Beratus ribu babak kehidupan berlaku. Semuanya berlaku dalam masa sesaat. Pada saat yang sama.
Saat kita sedang ketawa di sini ada yang sedang merintih kesedihan di sana.
Saat seorang bayi lahir di sini. Ada nyawa yang mati di sana.
Saat kita kekenyangan di sini, ada yang kelaparan di sana.
Saat kita dilena buai mimpi, ada yang bersengkang mata di sana.
Saat kita bersantai di sini. Ada yang sedang bergelut dengan kehidupan di sana.
Saat anda sedang bergelut dengan makhluk bayangan jerangkung..
Seseorang sedang bergembira atas pergelutan anda.
♦
Ruang kamar itu sunyi dan suram.
Seorang lelaki sedang meneguk minuman keras di tepi jendela yang terbuka luas. Pada bibirnya terukir satu senyuman sinis. Pandangan matanya dilontarkan pada langit malam yang gelap. Segelap hatinya.
Tangannya dihulurkan kehadapan. Perlahan-lahan kedengaran bunyi kibasan sayap seekor burung.
Ia merupakan seekor burung pungguk. Perlahan-lahan burung itu hinggap pada tangan yang dihulurkannya.
"Kau dah berjaya umpan satu nyawa."
Lelaki itu tersenyum pada burung tersebut. Mata burung itu direnung.
Begitu juga dengan burung tersebut. Matanya galak merenung mata merah lelaki itu.
Sebaik sahaja nyawa seseorang dibaham oleh makhluk bayangan jerangkung itu satu nyawa akan dikembalikan.
Akhirnya. Satu nyawa bakal dijadikan tukar ganti.
Dan nyawa yang dimaksudkan oleh lelaki itu adalah anda.
Nyawa anda akan ditukar gantikan dengan nyawa seseorang yang telah pergi.
Burung pungguk itu dikucup.
"Tahniah, kau telah lakukan tugas yang baik."
Ujar lelaki itu kepada burung kesayangannya itu.
Menghidupkan sesuatu yang telah mati... dikaitkan dengan sihir kegelapan. Satu nyawa akan dijadikan tukar ganti.
Dan sebarang tindak-tanduk yang menentang aturan Takdir merupakan sihir larangan.
Lelaki itu ketawa kecil......
"Maafkan aku Takdir. Aku menetang Kau, kerana aku tidak setuju dengan aturan Kau.. Jangan marahkan aku wahai Takdir..."
Senyuman sinis kekal terukir di bibirnya.
♦
Kehadiran kuasa kegelapan itu mampu dirasai René. Lelaki itu membuntangkan biji matanya. Alamak. Ini bukan kuasa kegelapan yang biasa. Ini adalah kuasa kegelapan yang akan meragut nyawa seseorang.
Dan seseorang itu haruslah diselamatkan.
René pantas berlari menuju ke arah kuasa tersebut. Nalurinya kuat mengatakan bahawa ada nyawa yang berada di dalam bahaya. Dan René perlu selamatkannya!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top