♦TIDAK SETUJU
Tidak. Anda tidak setuju. Anda masih tidak mahu pulang lagi.
Anda menggeleng-gelengkan kepala anda.
René menjongketkan keningnya.
"Kau nak mati cepat ke?"
Tanyanya angkuh.
Ceh! Mentang-mentanglah dia baru selamatkan anda dia bolehlah cakap macam tu!? Kurang ajar betul!
"Untuk tahap kudrat macam kau ada ni. Sekelip mata sahaja boleh mati. Bukan mati sebarangan pun. Mati katak tau tak?"
René terus memperlekehkan anda.
Panasnya hati anda mendengar kata-kata René. Belagak betul!
"Aku tanya lagi sekali ni. Nak balik rumah tak? Tak rindu ke bantal busuk?"
Kedua tangannya disilangkan.
Pergh. Ini yang panas hati ni. Belagaknya!
"Tak, aku masih nak berada di sini. Aku baru sampai lah. Aku belum puas nak teroka dunia ni lagi."
Anda akhirnya bersuara.
René ketawa sinis. Nak teroka konon.
"Semoga berjayalah ye?"
René memperlekehkan anda.
Anda menggigit bibir anda. Geramnya. Sekurang-kurangnya tawarkanlah pertolongan! Tak guna!
"Selamat tinggal! Aku nak balik membuta. Aku doakan supaya hayat kau panjang sedikit. Kalau boleh pun..Mungkin sesaat sahaja."
René bantai ketawa. Terus dia mengatur langkah pergi dari situ.
Anda geram. Apa lagi?
♦ Anda megutip batu dan baling pada kepalanya.
atau
♦Anda hanya sekadar bersabar dan mengekorinya.
(Untuk pilihan kedua-dua jawapan kali ini akan digabungkan di chapter berikutnya.)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top