⭕Terus Meneka

Baiklah anda tahu siluman gila yang berdiri di depan anda ni seboleh-bolehnya nak mempermainkan kepala otak anda.

Anda juga tahu, kalau anda tarik diri mesti satu biji peluru akan tertembus pada tubuh anda.

Baiklah. Anda akan terus meneka... tapi... otak anda ternyata sudah buntu.

"Saya yang rumit sangat ke? Jawapan dia yang memang merumitkan?" Anda meluahkan rasa tidak puas hati anda pada siluman itu.

"Kau yang rumit. Benda mudah sebenarnya.." Ujar siluman itu bersahaja.

"Kata-kata ke? Sebab kata-kata tak mampu membunuh, tapi mampu menikam fikiran orang keras kepala. Tak pun menikam hati yang keras." Anda mencuba sekali lagi dengan hujah yang lebih padat.

Tiada respon yang diberikan daripada siluman itu.

"Cinta? Mungkin?'

Lyno kekal mendiamkan diri.

"Air..?"

"Kata-kata yang berbisa?"

Lyno menguap besar. Mempamerkan ekspressi bosannya.

Alamak... bahaya ni. Kalau dia tembak macam mana?

"Lidah? Saya rasa lidah."

"Woi..pening kepala otak aku dengar kau ulang-ulang jawapan yang salah." Akhirnya siluman itu menyuarakan suara hatinya.

"Aku nak dengar jawapan lain." Lyno si siluman memberi arahan.

"Sama ada bangsa siluman atau permata kot?"

"Oh, main-main sebut nama bangsa ya?" Lyno tersenyum.

Oopss.. tak boleh ya sebut pasal bangsa? Harap-harap taklah.

"Kita semua boleh membunuh. Tak kira bangsa." Jawabnya mendatar.

Baiklah. Tukar jawapan lain!

"Saya rasa jawapan dia air. Saya rasalah.." Anda mengusap dagu anda.

Siluman itu hanya sekadar tersenyum.
Agaknya sedang menunggu anda untuk membuat penjelasan.

"Sebab air ni bagi saya tajam. Kau tak akan mati kalau kau main dengan air tapi air ni kalau ikut logik dia kikis batu. Eh, betul tak? Hahaha lantaklah.."

"Kau tanya aku balik ke?" Siluman itu menjongketkan keningnya.

"Er... taklah. Tapi bukan air ke? Air tak mampu membunuh kan?"

"Kau rasa?" Tanya siluman itu kembali.

"Saya rasa tak. Apa pendapat Lyno pula?" Anda tiba-tiba terasa ingin mendengar pendapat Lyno pula.

"Hmmm..." Anak mata merah Lyno merenung atas. Berfikir agaknya. "Aku tiba-tiba terasa nak lemaskan kau dalam air pula. Nak uji sama ada air mampu membunuh atau tidak." Siluman itu tersenyum dengan manisnya.

Baiklah. Anda terdiam sektika. "Biar saya teka jawapan lain." Anda tersenyum seperti kerang busuk.

"Saya keliru dengan jawapan kata-kata. Kalau kata-kata memang dia tak akan membunuh orang tapi dia bunuh hati orang itu. Hati batu pun boleh terbunuh. Emmm kelirunya.."

"Hmmm..aku pun keliru.." Siluman itu mengejek hujah anda.

Tak guna.

Siluman tak guna.

Eh? Sekejap! Rasanya anda tiba-tiba dapat petunjuk!

"Soalan tanya siapa dia? Jadi jawapannya mesti bangsa siluman kerana kuasa telekinesis yang mampu menikam batu!" 

.....

Sunyi dan jeda.

Lyno tiba-tiba tersenyum. Dia sedang menahan ketawa.

Ya betul! Anda yakin jawapannya mesti adalah siluman.

"Siluman kan? Jawapannya siluman!" Anda teruja.

"Kau rasa kuasa aku mampu menikam batu?" Lyno tergelak besar.

Anda terdiam. Apa yang lawaknya?

"Jadi kau sangka aku tak boleh membunuh?" Lyno tersenyum sinis.

Alamak! Anda tersilap cakap.

"Jum kita cuba dan lihat sama ada siluman mampu membunuh atau tidak?" Lyno merenung mata anda bersama seulas senyuman sinis.

Aduhai, boleh naik gila kepala otak melayan siluman ni!

"Jawapan saya adalah nasihat!" Sepantas kilat anda menukar jawapan. Cuba mengalihkan perbualan mengenai boleh bunuh ataupun tidak.

"Nasihat boleh buat hati kita tersentak. Hati manusia kadang-kadang macam batu. Keras, susah nak tembus..." Anda mula mengemukakan hujah anda.

Lyno terangguk-angguk mendengar penjelasan anda.

"Tu dari segi sesuatulah.. Kalau dari segi orang.....saya tak tahu.."

"Jawapan kau salah." Lyno mencebik. Bosan agaknya dengar nasihat anda.

Satu jam kemudian....

"Jawapannya lidah! Lidah yang mengeluarkan kata-kata yang tajam dapat menembusi hati yang sekeras batu sekalipun."

"Boleh tak berhenti bagi jawapan yang sama berulang-kali. Aku dah naik bosan ni." Lyno mencapai pistol yang tersisip pada pinggangnya.

Aduhai...agaknya inilah sebuah pengakhiran.

"Cepat... aku bagi peluang lagi..."

"Permata...?"

"Permata? Kenapa permata?"

"Walaupun permata tajam (selepas diukir) ia masih tidak dapat membunuh. Mungkin dapat? Mungkin kalau ia diukir membentuk pedang atau pisau mungkin dapat membunuh, tapi kuantiti permata mungkin terlalu sedikit.. untuk dilebur dan diukir untuk membentuk senjata tajam.

Permata dapat menikam batu! Ya! Kan banyak permata bercampur aduk ditemui bersama-sama. Sama ada di gua atau bawah tanah. Ia perlu asingkan dan melalui beberapa proses untuk menyingkirkan batu-batu dan tanah yang tidak diperlukan.

Mungkinlah. Lain orang lain pendapat kan?"  Anda tersenyum namun wajah anda pucat.

"Berapa banyak mungkin hah?"  Siluman itu mula mengangkat pistol dan dihalakan kepada anda.

"Tak nak cuba lagi?" Lelaki siluman itu tersenyum.

"Mungkin Lyno?" Anda tersengeh.

"Ya, mungkin kita cuba dan lihat.." Lyno ketawa kecil.

Anda semakin berdebar. Agaknya anda memang akan mati.

"Kau banyak buang masa dengan jawapan karut" Picu ditarik.

Buang masa dia kata? Anda sedang mencubalah?

Masa....buang masa ..

"Adakah ianya masa? Ataupun....entahlah.." Anda mengeluh.
Anda menarik nafas anda sedalam-dalamnya...Rasa macam nak menangis je. Air mata anda mula bergenang.

"Lyno..silalah tembak saya bertubi-tubi! Saya tak tahu nak jawab apa lagi!" Anda menggigit bibir. Tak mampu menahan rasa takut lagi.

Untuk seketika Lyno berkerut. Dia kagum.

"Pertama kali aku disuruh untuk. membunuh. Bosanlah macam tu. Aku tak suka menurut perintah sesiapa." Lyno menjuihkan bibirnya.

Anda terdiam. Air mata anda menitis. Apa? Maknanya dia tidak akan bunuh anda?

"Baiklah... disebabkan tu aku berikan kau satu petunjuk... " Lyno menyimpan kembali senjatanya itu.

Genggaman dihulurkan kepada anda.

"Jawapannya ada dalam genggaman tangan aku.... Kau rasa apa dia?"

bersambung...

Belum ada seorangpun yang berikan jawapan yang betul. Buat pembaca PERTAMA yang dapat meneka dengan betul kali ini saya akan lukiskan satu art request untuknya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top