SCHIZOPHRENIA DENGANNYA
René membuka langkah. Satu bilah pedang ditarik keluar dari sisipan pinggangnya.
Aharon pula hanya sekadar berdiri dengan bersahaja. Dia tidak perlukan sebarang senjata. Debu-debu genma yang mengelilinginya adalah senjata mahupun perisai buat dirinya.
René tanpa membuang masa terus melibas pedangnya ke arah Aharon. Malangnya, tubuh Aharon dilindungi oleh debu-debu genma yang membentuk perisai.
Namun, itu tidak menghalang René untuk terus menyerang. René mengangkat tinggi senjatanya lantas terus menetak perisai debu genma itu dengan pedangnya. Pada saat yang sama René sempat melafazkan satu sihir yang membentuk satu medan sihir. Ianya muncul betul-betul di belakang tubuh Aharon.
Pedang yang terbenam di dalam perisai genma kian retak. Semuanya kerana tekanan kuasa genma itu.
Aharon tersenyum sinis. "Retaklah.. "
Seusai berbisik serta-merta senjata René berkecai menjadi serpihan.
Namun, itu tidak menjadi sebarang kerisauan buat René. Yang penting adalah medan sihir yang terbentuk dibelakang tubuh Aharon.
Sembilan bilah pedang muncul keluar dari medan sihir tersebut. René tersenyum puas. Aharon tidaklah sehebat yang disangka. Dia djinn yang lalai. Tidak peka pada persekitaran dan taktik serangan hendap musuh.
Sembilan bilah pedang yang muncul dibelakang Aharon satu persatu menusuk tubuh Aharon. Bahagian kepala, tengkuk, kedua belikat, pinggang, belakang kedua peha, sehinggalah ke pangkal betis.
Setiap daripada bilah senjata itu tertusuk menembusi tubuh Aharon.
Biji mata Aharaon terbuntang luas. Darah merah pekat tersembuar keluar. Ianya memancut-mancut. Suaranya tersangkut di kerongkong. Tidak mampu meluahkan kesakitan.
René tersenyum sinis. Kalung debu genma bakal dimilikinya. Kini,perkara itu sahaja yang bermain di dalam minda René. Tak sangka Aharon begitu mudah untuk ditumpaskan.
"Kau hadiahkan aku satu tusukan. Aku pulangkan kepada kau sembilan tusukan." Nada René kedengaran angkuh. Lelaki itu tersenyum puas melihat Djinn Hask Aharon berlumuran dengan darah.
♦
Anda berkerut seribu. Biji mata anda terbuntang luas. Sembilan bilah senjata itu hampir sahaja menembusi tubuh Aharon. Namun, ianya terhenti. Terkaku di udara.
Aharon hanya kekal berdiri bersahaja merenung pandangan mata René.
René pula? Seolah-olah tidak sedar bahawa serangannya tidak menjadi. Bukan. Daripada raut wajah René, anda yakin René seolah-olah menyangka serangannya berjaya mengena Aharon.
Adakah itu hanyalah sekadar permainan ilusi.
Anda tersentak.
Tiba-tiba anda teringat apa yang René ceritakan sebentar tadi.
Apabila Aharon berkehendak seseorang itu mati, maka dia akan mati.
Anda teringat, sebentar tadi anda terlihat satu tusukan senjata tajam tepat mengena tengkuk René sehingga terkeluar dari mulut.
Bagaimana mungkin René boleh bertutur begitu sahaja?
Sekejap. Anda mula dapat menduga sesuatu.
Ya, Aharon adalah Djinn yang tidak mampu mengawal debu-debu genma dengan mindanya. Ianya hanyalah mampu dikawal dengan emosinya
Adakah itu sebabnya?.
Tidak! Itu hanyalah tanggapan orang ramai.
Sekiranya ianya dikawal dengan emosi, pasti debu-debu genma akan menggila menyerang René. Masalahnya Aharon kelihatan begitu tenang dan bersahaja dan dia masih mampu mengawal genma.
Ataupun...
Hakikatnya Aharon sebenarmya adalah Djinn yang mampu mengawal debu genma dengan mindanya....
Lama anda memikirkan hal tersebut.
Sekiranya Aharon berkehendak seseorang itu untuk mati, maka dia akan mati.
Ya, dia akan mati, tapi hanya melalui ilusinya.
Seperti yang berlaku tadi. Kononnya leher René ditusuk dengan bilah pisau. Sedangkan ianya langsung tidak berlaku.
Sekarang anda faham.
Minda Aharon yang mengawal debu-debu genma. Bukan minda yang biasa. Namun minda seorang penghidap schizophrenia. Dan segala apa yang terlintas di mindanya akan terbentuk melalui mindanya.
Aharon adalah penghidap schizophrenia. Segala apa yang berlaku adalah ilusi. Ilusinya pula terbentuk daripada debu-debu genma.
Ya, anda kini sangat yakin dengan spekulasi anda. Dan segala apa yang berlaku tadi berkemungkinan ianya adalah terbentuk daripada debu-debu genma.
Jadi selama ini, anda dan René hanyalah sekadar berschizophrenia dengannya?
(Tak tahu maksud schizophrenia? Skizo adalah salah satu mental illness. Pergi search dan terangkan apa yang anda faham dengan maksud schizophrenia.
Sila jelaskan apa kaitannya SCHIZOPHRENIA dengan Aharon, mindanya dan juga pengawalan debu genma.
Seandainya anda gagal menerangkan kaitan Schizophrenia dengan pengawalan debu genma oleh Aharon, anda tidak boleh mara ke peringkat seterusnya.
Selamat mencuba.)
ps : schizoprenia adalah one kind of mental illness that need a lot of awareness. Kindly please no insulting komen.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top