💙 PENUNGGANG KUDA BERKERUDUNG 💙

Anda terpinga-pinga dan buntu. Ke mana anda harus mulakan langkah anda.

Anda menggaru kepala anda yang tidak gatal.

Baiklah, apa-apa pun termenung dan tertanya-tanya tidak akan membantu.

Maka anda hanya terus melangkah tanpa memikirkan apa-apa.

Anda cuma mengharapkan sesuatu akan tiba dan mengiringi anda di dunia Ghais Lavanark ini.

Akan tetapi anda tahu perkara tersebut adalah mustahil.

Satu jam sudahpun berlalu. Agaknyalah. Anda hanya menduga. Lama betul perjalanan anda.

Lutut anda tiba-tiba terasa bagaikan ingin tertanggal.

Apa lagi?

Anda terus menghempaskan punggung anda pada rumput yang lembut.

Aduh.. sakit namun leganya.

Anda menghela nafas panjang.

Penatnya. Ya, kini anda di Ghais Lavanark. Tapi anda di mana?! Tiada satu hidupan langsung di sini!

Tiada manusia mahupun haiwan kelihatan!

Bahkan seekor serangga juga tidak kelihatan?!

Bosannya dunia Ghais Lavanark! Ia kosong! Ia kosong semata-mata.

Tak guna betul.

Merungut pula.

Lupa pula. Merungut macam ini juga membuatkan jiwa anda lelah.

Mengantuk......

Mata terasa kuyu dan berat sahaja.

Tidur sekejaplah.

Hmmmm...

Lena dibuai dodoian sang bayu.

Antara tidur dan jaga....

Mengantuk sangat. Mungkin perlu tidur sebentar untuk memulihkan tenaga.

Tap..tap..tap..tap..

Anda terdengar akan bunyi rentak yang berirama.

Hentakan kaki seekor kuda memijak tanah menghampiri anda.

Mata anda terasa terlalu berat pula untuk melihat pada arah bunyi tersebut.

.. ............... .... bunyi tersebut terhenti saat semakin menghampiri.

.......~sunyi~ ......

Barangkali sudah berlalu pergi.

Tiba masa untuk bermimpi.

Shringgggggg.....

Bunyi bilah pedang ditarik keluar dari sarungnya kedengaran dengan begitu jelas.

Lantas biji mata anda terbuntang luas.

Tidak!

Ini bukan mimpi!

Mata anda galak merenung sesuatu!

Kelihatan satu lembaga penunggang kuda berada di hadapan anda.

Satu tubuh berkerudung hitam gelap yang sedang menunggang kuda hitam bermata merah tiba-tiba muncul di situ.

Apakah ini makhluk pertama di dunia Ghais Lavanark yang anda harus berdepan?!

Gila! Ini bukan calang-calang musuh!

Seekor tikus pun anda tak tergamak untuk bunuh! Apatah lagi makhluk berpuaka di hadapan anda.

Gila!

Pedangnya pula tepat dihunus pada wajah anda.

Jantung anda berdegup dengan kencang. Keringat mula kelihatan pada dahi anda. Anda meneguk air liur.

"Kau..menceroboh kawasan aku.."

Kedengaran halus sahaja suara si lembaga penunggang kuda tersebut.

Jantung anda semakin berdebar saat mata pedang mula menyentuh dagu anda.

"Aku akan bunuh kau........"

Suaranya masih seperti tadi kedengaran halus namun tegas.

Saat anda begitu buntu, takut dan berdebar---

Anda secara tidak sengaja mengeluarkan kuasa/senjata anda (berdasarkan siapa diri anda) dan menyerang si lembaga penunggang kuda tersebut

(*Untuk pilihan ini sila pergi ke chapter "MENYERANG MUSUH")

ataupun

♦ Anda mengangkat kedua tangan anda sebagai tanda menyerah diri.

(*Untik pilihan ini sila pergi ke chapter "MENYERAH DIRI")

Yang manakah pilihan anda?


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top