💙 PENEMPATAN MANUSIA 💙

Anda tak kata anda hebat.

Tapi anda berjaya menapak di sebuah penempatan manusia. Tanpa peta. Tanpa kompas. Tanpa apa-apa teknologi.

Ya, anda terpaksa mengakuinya kerana anda  sememangnya hebat.

Terasa bangga.

Lega...

Sehebat mana pun anda, hakikatnya anda kini sedang buntu. Anda tak tahu ke mana anda ingin tuju. Mungkin anda sepatutnya mencari sebuah penginapan?

Tapi anda tidak mempunyai sebarang wang. Jadi bagaimana?

kruuuuuu~~~~~

Errr... bunyi apa tu?

gruuuuuu~~~~~~~~~~~

Aduh!

Laparnya.. dan anda kehabisan tenaga.

Penatlah. Gila tak penat? Anda tahu apa yang anda sudah lalui sejak pagi tadi.... penatnya bukan kepalang. Pengalaman yang luar biasa untuk hari pertama di Dunia Ghais Lavanark

Perjalanan tanpa dirancang di dunia Ghais Lavanark...... emm..

Tak guna. Ini semua salah pungguk licik tu!

Geram terasa.

Tergamak binatang tu tinggalkan anda bersendirian, terpinga-pinga tanpa apa-apa pengetahuan tentang dunia Ghais Lavanark.

Anda hanya terus berjalan dan berjalan memerhatikan suasana di penempatan tersebut. Banyak gerai-gerai kelihatan. Suasana bazaar yang meriah. Ramai orang sibuk berjual beli.

Aduhai....

Tapi yang tak tahannya bau makanan.

Langkah anda terhenti di hadapan satu gerai menjual jagung? Jagung?

Hmmmmmm... baunya wangi dan manis.

Anda mula terasa terliur.

Aduhai.. malunya... tak akan lah nak mengemis?

Anda menggigit bibir anda. Menahan godaan. Rasanya anda perlu beredar dari situ.

Anda sesekali tidak akan mencuri itu yang pasti!

Dan... anda sesekali tidak akan mengemis..... itu yang pasti juga.

Hmmmm..... anda mula ragu-ragu dengan pendirian anda.

Errrr... tapi anda lapar bukan?

Anda....dalam keadaan darurat bukan?

Baiklah.

MENGEMIS ?
(sila pergi ke chapter ♦MENGEMIS♦)

atau

MENCURI ?
(sila pergi ke chapter ♦MENCURI♦) alasan kepada pilihan

*Mohon tinggalkan alasan kenapa anda pilih untuk  mengemis/mencuri pada bahagian komen. Terima kasih


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top