♦MENYERAH DIRI ♦

Anda mengangkat kedua tangan anda sebagai tanda menyerah diri.

Lama si penunggang kuda merenung anda.

Keringat anda semakin membanjiri tubuh anda.

Anda berdebar.

Perlahan-lahan si penunggang kuda menurunkan pedangnya.

Lama dia merenung anda.

Anda masih membatukan diri. Anda takut untuk membuat sebarang tindakan.

"Pergi......."

Satu bisikan halus menyentuh gegendang telinga anda.

Ia adalah milik suara si penunggang kuda berpuaka itu.

Namun, anda tertanya-tanya.

Apakah benar itu suaranya?

"Pergi... sebelum aku ubah fikiran..."

Sah! Itu adalah suara dia! Anda pantas berdiri. Namun lutut anda masih terketar-ketar.

Si penunggang kuda itu kemudian turun daripada haiwan tungangannya.
Dia berjalan menghampiri anda.

Sekali lagi dia menghalakan pedangnya pada anda.

Anda mula tertanya-tanya. Hati anda mula dapat rasakan bahawa dia tidaklah sekejam yang anda sangka.

Cuma...

Si penunggang kuda ini pantang dicabar mahupun diprovok.

Anda mula ada keberanian untuk bersuara.

Anda bertentang mata dengan mata merahnya.

Anda mengumpul kekuatan untuk bersuara.

♦ "Aku mungkin boleh bantu kau.."
(Pergi ke chapter ♦MUNGKIN BOLEH BANTU♦)

♦ " Kenapa kau bersendirian?"
(Pergi ke chapter ♦KENAPA BERSENDIRIAN♦)


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top