♦ MENCURI II ♦
Nota : Sekiranya di permulaan perenggan ada terjumpa simbol ini ♂ bermakna perenggan tersebut adalah untuk POV pembaca lelaki.
Sekiranya di permulaan perenggan ada simbol ini ♀ bermakna perenggan tersebut untuk POV pembaca perempuan
♦
Anda kini berada di dalam sebuah kamar tidur. Kabur dan gelap pandangan mata anda. Penatnya terasa.
Pak!
Seseorang menampar pipi anda.
Pantas pandangan mata anda terbuntang luas.
"Bangun! Berapa lama nak membuta?"
Kelihatan wajah seorang pemuda yang angkuh sedang bercekak pinggang di hadapan anda.
Anda bingkas bangun dari pembaringan.
"Siapa kau?" Anda bertanya. Soalan spontan yang terkeluar.
"Kau tanya siapa aku? Akulah yang selamatkan kau daripada orang ramai."
Jawab lelaki itu dengan angkuh sambil menarik rambut anda dengan kasar seraya itu dilepaskan.
Oh, ya.. Anda baru teringat.. Anda mencuri dan diburu.
"Terima kasih.."
Terpaksa berterima kasih juga. Kerana dia sudah selamatkan nyawa anda.
"Makan...."
Lelaki itu mencapak sebuku roti pada anda.
Terkial-kial anda menyambut makanan tersebut. Sial.. Opps. Terlepas. Maaflah, siapa tak akan maki pada lelaki bongkak dan biadab.
Dah lapar kan? Nak buat macam mana. Terimalah.
Tik.tok.tik.tok... Beberapa minit sudahpun berlalau.
"Terima kasih untuk roti tadi."
Ujar anda mendatar.
"Bagus.. Aku perlukan sesorang yang bertenaga untuk berkhidmat pada aku."
"Apa maksud kau?" Anda terpinga-pinga.
♂ - Kolar baju anda ditarik kasar.
"Mulai detik ini, kau adalah kuli aku."
Sombong betul lelaki itu. Sakit pula hati anda.
"Baiklah, aku setuju" Anda terpaksa akur. Malas nak gaduh-gaduh. "Bagus..." Lantas lelaki itu menolak anda dengan kasar. Pelik betul. Ingat anda ni lelaki bodoh. Anda gagal untuk mencuri sebentar tadi, namun mungkin anda tidak akan gagal untuk memukul curi. Entah apa yang anda capai terus anda memukul pada bahagian kepala lelaki itu. Lelaki itu mengerang kesakitan. Saat pandangan matanya kabur anda terus menumbuk wajahnya sehingga dia rebah di atas lantai. Balas dendam berjaya! Ingat mesin ke tak ada perasaan? Terus anda melangkah pergi dari kediamannya itu bersama saki-baki roti yang diberi tadi.
♀ - "Aku perlukan seseorang untuk melayan aku..."
Lelaki tersebut menolak tubuh anda di atas katil. Anda tersentak! Gila! Apahal malang sangat nasib! Kau ingat kau kacak semua perempuan akan tunduk?!
"Oh,...." Anda cuba mengawal perasaan takut anda.
"Aku sanggup.. aku dah selalu dengan tugasan macam ni. Bahkan aku mahir..." Anda meneguk air liur. Tak sangka anda akan berkata sedemikian. Hinanya terasa. Lelaki itu sekadar tersenyum dengan miangnya. Ergh...meremang. "Tapi bagilah saya buat persiapan rapi dulu. Tak biasalah dalam keadaan macam ni. Bilik air ada?" Anda bermain kata dengan suara gedik dan manja padahal dalam hati punyalah anda ingin menangis. "Aku suka kau, Pergilah bersiap." Lelaki itu menjuihkan bibirnya pada arah pintu bilik air.. Anda tersenyum. Bagus! Termakan umpan! "Tunggu saya ya? Lambat sikit. " Anda meneruskan lakonan anda. Apa lagi masuk bilik air dengan pantas! berpura-pura buka air dan mandi. Heheeee... Ada jendelalah. Anda pun melangkah keluar dari jendela dan melarikan diri! Oh, ya.. anda sempat menaburkan paku-paku pada pintu bilik air. Hehe. Siapa suruh simpan paku dalam bilik air.
(Perenggan berikut yang ditulis tanpa simbol ♂ dan ♀, bermakna cara pembacaan adalah seperti biasa)
Langkah anda laju meninggalkan kawasan tersebut! Seram! Bahaya! Anda bersyukur kerana anda terselamat kali ini! Anda perlu berhati-hati agar tidak terlibat dengan orang-orang yang menakutkan macam ini lagi.
♦
Tahniah, anda sudah berjaya di peringkat ini. Sila nantikan/baca chapter seterusnya'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top