♦ MENCURI ♦

Jantung anda berdebar. Anda sedang mengumpul kekuatan untuk mencuri.

Ini bukan perkara yang mudah.

Ini pilihan yang sukar.

Anda menoleh ke kiri dan ke kanan.

Orang ramai sedang sibuk.

Rasanya ini masa yang sesuai.

Sepantas kilat anda mencapai jagung yang berbungkus cantik di dalam beg kertas.

Wanita pemilik gerai itu tersentak dengan tindakan anda!

Sepantas kilat juga anda menyelinap di sisi orang ramai dan melarikan diri!

"TOLONG! PENCURIII!"

Wanita itu menjerit.

Tak guna! Sekelip mata sahaja anda mendapat perhatian orang ramai.

Menyesalnya!

Tak gunaaaa!! Anda dikejar!

Tak ada masa untuk menoleh!

Anda terus berlari dan berlari! Sehinggakan kaki anda mula terasa goyah.

Terasa peluh dingin mula membasahi tubuh anda.

Nafas anda terasa semakin singkat.

Pandangan mata anda kian kabur.

Anda diserang pitam dan terus rebah!

Aduhai.. apalah nasib.

Gila. Ini kerja gila. Kerja gila dan bodoh.

Anda berlari dalam keadaan penat, tidak bermaya, mengantuk dan lapar...

Memanglah akan rebah.

Apa yang akan terjadi pada anda selepas ini? Anda tak tahu.

Tunggu sahajalah dan tanggunglah akibatnya.

Bersambung
(Nantikan chapter ♦MENCURI II ♦)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top