⭕ MANUSIA ⭕

Anda membuka mata anda.

Anda mengimbau kembali tentang mimpi yang anda lalui.

Seseorang menghulurkan tangan kepada anda.

Tangannya terketar-ketar.

Seorang yang tua dan tidak berdaya.

Wajahnya jelas mempamerkan jiwa yang dambakan simpati. Ajal hampir menjemput rohnya.

Anda ingin membantu dirinya.

Namun, anda tahu bahawa hakikatnya si tua tersebut merupakan salah seorang yang menjadi punca anda kehilangan insan yang anda kasihi suatu ketika dahulu.

Apakah yang anda telah lakukan?

i -  Bantu dan maafkan.
Secara majoriti sifat memaafkan adalah sifat yang ada pada seorang manusia. Majoriti manusia tidak mampu menggunakan permata genma untuk menguasai sihir.
Oleh itu, anda adalah manusia yang tidak mampu menggunakan permata genma. Anda tidak mampu untuk mempelajari ilmu sihir. Anda menggunakan senjata untuk melindungi diri anda.

ii - Tidak bantu dan pergi
Jarang sekali manusia akan tidak membantu dan terus berlalu pergi dan amatlah jarang untuk seorang manusia itu mampu menggunakan permata genma.
Oleh itu, anda mampu menggunakan permata genma untuk meguasai sihir. Namun, tubuh dan tenaga anda akan menjadi lemah sebaik sahaja menggunakan sihir. Disebabkan itu anda hanya menggunakan sihir dalam keadaan terdesak sahaja.

iii - Bunuh
Bunuh adalah pilihan paling jarang yang akan dilakukan oleh manusia. Dan amatlah jarang bagi seorang manusia mampu menggunakan permata genma dengan mudah tanpa menggunakan banyak tenaga. Anda adalah manusia yang mampu menggunakan kuasa sihir.

Anda kini sudah mengenalpasti diri anda adalah manusia yang bagaimana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top