⭕ LOGAM ⭕

Anda membuka mata anda.

Anda kini sedang mengimbau kembali mimpi yang anda lalui.

Anda baru selesai memaku dinding. Anda kini sedang menggantungkan sebuah cermin pada dinding di dalam kamar tidur anda. Suasana begitu sunyi. Tiba-tiba anda terlihat satu kelibat pada cermin.

Apakah yang telah anda lakukan?

i-  Anda melepaskan cermin tanpa mempedulikan apa yang berlaku pada cermin dan terus pergi ke arah kelibat untuk memeriksa keadaan.
Anda adalah bangsa logam yang jarang ditemui yang memiliki kuasa sihir membaik pulih. Anda mampu memulihkan sesuatu yang kukuh seperti kayu-kayan, tembok, mahupun tulang-tulang. Anda mampu membina semula sesuatu yang telah musnah. Namun, tubuh anda tidaklah sekebal bangsa logam yang lain dan anda mudah mendapat kecederaan.

ii- Anda berhati-hati meletakkan cermin sebelum pergi ke arah kelibat untuk memeriksa keadaan.
Anda adalah bangsa logam yang biasa iaitu seorang yang memiliki kekebalan pada diri sendiri. Anda tidak memiliki kuasa sihir untuk membaik pulih.

Anda kini sudah mengenalpasti anda adalah logam yang bagaimana.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top