♦ LAFAZ MENTERA SIHIR

Saat anda buntu menanti ajal, anda terdengar akan satu bisikan melafazkan sebuah mentera. ..

"ɦɑɗiʀɳyɑ ɑiʀ รuɳgɑi kɛʀɑɳɑ titiรɑɳ ɦuʝɑɳ, ɦɑɗiʀɳyɑ pѳɦѳɳ ʀiɱɓuɳ kɛʀɑɳɑ ɓɛɳiɦ kɛciʆ, ɦɑɗiʀɳyɑ kɛkuɑtɑɳ ɗiʀi kɛʀɑɳɑ kɛʆɛɱɑɦɑɳ, ɦɑɗiʀɳyɑ kɛʝɑɦɑtɑɳ kɛʀɑɳɑ kɛgɛʆɑpɑɳ ɗɑɳ ɦɑɗiʀɳyɑ kɛgɛʆɑpɑɳ kɛʀɑɳɑ ʆѳɦѳɳg ɦitɑɱ......."

Hadirnya seorang pemuda berkerudung sedang melafazkan sihir. Satu corak medan sihir muncul di atas tanah.

Seusai sihir dilafazkan serta-merta satu lohong hitam muncul di atas medan sihir. Angin kencang muncul dan terus menyedut bayagan-bayangan kegelapan tersebut. Turut menarik sekali bayangan jerangkung tersebut. Jeritan nyaring dan menakutkan bergema di langit malam yang sepi.

Tubuh anda secara tidak langsung turut tertarik sekali. Anda semakin cemas?! Adakah anda akan disedut sekali ke dalam lohong hitam tersebut?!

Saat tubuh anda terus tertarik dan menghampiri lohong tersebut tiba-tiba satu percikkan cahaya muncul pada bayagan tangan-tangan yang erat memaut kaki anda. Ia pantas terlerai.

Makhluk itu serta-merta disedut ke dalam lohong hitam itu.

Bunyi jeritann yang berpanjangan serta-merta lenyap apabila diri makhluk tersebut telah sepenuhnya diserap masuk ke dalam lohong hitam. Kembali ke tempat asalnya.

Angin yang kencang turut menghilang. Cahaya medan sihir turut lenyap bersama lohong hitam.

Lelaki itu menghembuskan satu keluhan.

Perlahan-lahan lelaki itu menghampiri anda. Tangannya dihulurkan. Bantu anda untuk berdiri.

Anda menyambut tangannya dan pantas berdiri. Anda menghembuskan satu keluhan. Leganya hati. Namun, debarannya masih lagi terasa.

"Terima kasih..."

Ujar anda sekadar berbisik.

"Kenapa kau berada di sini? Apa yang kau buat di sini seorang diri?"

Tanya lelaki itu sambil berkerut-kerut dahinya. Yalah, siapa tak pelik kalau dapat tahu anda seorang diri berada di lorong yang gelap dan sunyi. Malam-malam... dan seorang diri.

Anda menelan air liur anda. Aduhai.. Bagaimana ingin jelaskan. Tak akan  nak beritahu tak ada rumah. Tak masuk akal betul.

Anda hanya sekadar menggelengkan kepala anda. Nak cakap apa pun tak tahu.

"Kau bukan penghuni Ghais Lavanark kan?"

Lelaki itu bertanya dingin. Pandangan matanya tajam merenung pandangan mata anda.

*Sila nantikan/pergi pada chapter - 💙 SIAPAKAH ANDA 💙


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top