♦ KALUNG GENMA

i.KALUNG GENMA
Anda memberitahu bahawa René ingin membunuh Aharon kerana kalung genma.

Aharon merenung mata anda. Cuba untuk mendapatkan kepastian.

Debu-debu genma semakin  memenuhi ruang udara.

"Ma..maafkan aku..aku terdesak.." René berusaha untuk berkata-kata. Amat sukar baginya untuk menyuarakan kebenaran.

Aharon beralih pandangan mata terhadap René.

Anda risau. Namun, anda merasakan bahawa berlaku jujur di saat ini adalah jalan yang terbaik.

Dan nampaknya René juga tidak mampu untuk terus berdusta.

"Aku dambakan kalung genma daripada Pihak Diraja Djinn.." René merenung pandangan matanya Aharon.

"Kalung genma..." Aharon berbisik perlahan.

"Aku.. perlu selamatkan seseorang.. aku terdesak.." René menundukkan pandangan matanya.  Rasa sebak mula menular di dalam jiwanya.

Rianna.. Pasti Rianna kini bermain-main di dalam minda René.

Anda terasa serba salah. Anda cuma berharap apa yang anda lakukan bukanlah sebuah kesilapan.

"Sekiranya aku berjaya bunuh kau...aku mampu memilik kalung genma... ." Nafas René terasa semakin singkat. Pandangan matanya mula berkaca-kaca.

Aharon hanya kekal berdiri merenung René.

Perlahan-lahan Aharon menurunkan tangannya. Debu-debu genma yang memenuhi ruang udara tiba-tiba lenyap.

Anda berkerut seribu. Apa yang berlaku?

Adakah Aharon telah menerima penjelasan René ?

"Aku ingin bersendirian. Aku tidak mahu membunuh. Lepaskan aku..dan akan berikan kau kalung genma.." Aharon bersuara mendatar. Satu tawaran dihulurkan.

Bersambung......

(sila nantikan/pergi pada chapter PEMERGIAN RIANNA)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top