💙 IKATAN JANJI 💙

Dada anda berdegup dengan kencang saat bunyi tadi menyergah minda anda.

Biji mata anda terbuntang luas.

Namun kegelapan masih menguasai penglihatan anda.

Sunyi dan sepi.

Keresahan mula menguasai jiwa anda.

Saat anda buntu tiba-tiba anda merasai kehadiran angin yang sejuk dan menenangkan.

Perlahan-lahan cahaya muncul di bawah tapak kaki anda.

Cahaya medan sihir.

Semakin lama cahaya tersebut semakin terang.

Pandangan mata anda semakin silau.

Kedengaran pula bunyi kibasan kepak sang pungguk.

Perlahan-lahan ia mendarat di hadapan anda.

Pasangan matanya tajam merenung mata anda.

Dan saat itu suaranya bergema di dalam minda anda.

"Ikatan janji antara kita bakal tersimpul."

Anda kini dalam proses ingin meninggalkan jasad manusia biasa anda. Anda akan memiliki jasad yang baru.

Saat itu, tubuh anda mula bercahaya. Perlahan-lahan bertukar menjadi bangsa yang wujud di Ghais Lavanark.

Namun, ia masih lagi belum sempurna. Anda kini sudah tahu anda adalah bangsa apa. Akan tetapi anda masih lagi belum tahu anda berada di dalam kelas mana buat kategori bangsa anda.

Anda perlu menjalani satu lagi ujian.

Bukan ujian situasi seperti sebelum ini.

Ia sedikit berbeza.

"Aku, burung pungguk akan mengiringi kau ke dunia Ghais Lavanark."

Namun, sebelum mengorak langkah ke ujian seterusnya anda perlu melafazkan satu janji kepada burung pungguk yang berada di hadpan anda.

Berjanji kepadanya bahawa anda ingin menapak ke Ghais Lavanark dan anda tidak akan berundur.
Sertakan nama anda dan nama bangsa yang telah memilih jiwa anda. Lafazkan dengan hati yang tenang.

(Tinggalkan lafaz janji, nama dan bangsa yang anda dapat pada ruangan komen.)

Sekiranya janji tidak dilafazkan anda tidak mampu untuk ke ujian seterusnya untuk melengkapkan siapa diri anda di Ghais Lavanark.

Ujian seterusnya mungkin tidak mudah seperti yang anda duga.

Si burung pungguk memalingkan wajahnya.


"Tidurlah. Semoga mimpi indah..."

Sekiranya anda sudah melafazkan janji, maka pandangan mata anda akan mula menjadi redup. Perlahan-lahan ia terlelap.

Anda akan dibuai mimpi.

Ujian tersebut akan dijalankan di alam mimpi.

"Selamat malam.."

Buat yang tidak melafazkan janji. Anda akan kembali dunia realiti.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top