⭕ BUNYI PINTU TERHEMPAS OLEH ANGIN YANG KUAT
Anda adalah daripada bangsa kayangan.
Jangka hayat seorang kayangan adalah sama seperti manusia namun apabilah mencecah 20-30 tahun proses penuaan mereka akan menjadi lambat.
Bunyi pintu terbuka luas adalah kerana angin merujuk pada unsur alam. Bangsa kayangan adalah bangsa yang mampu mengawal unsur alam.
Namun, setiap seorang kayangan majoritinya hanya mampu mengawal satu unsur.
Unsur air, angin, tanah dan api adalah empat unsur utama.
Unsur cahaya dan kegelapan pula adalah unsur minoriti. Amatlah jarang bagi seorang kayangan mampu mengawal dua unsur tersebut.
Namun, masih juga terdapat segelintir bangsa kayangn yang tidak mampu mengawal sebarang unsur.
Fakta tentang bangsa kayangan. Dahulu kala bangsa Kayangan diperintah oleh golongan keluarga diraja. Namun, sistem pemerintah telah diubah. Hanya kayangan yang mampu mengawal lebih banyak jenis unsur akan layak menjadi pemerintah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top