⭕ BUNYI KACA RETAK DAN BERDERAI

Anda adalah daripada bangsa Siluman.

Kenapa Kaca?

Kerana hanya dengan petikkan jari seorang siluman mampu memecahkan kaca jendela.

Siluman tidak perlukan kuasa sihir ataupun medan sihir untuk menghasilkan sihir. Kenapa? Siluman memiliki kuasa sihir semula jadi. Itu yang dikatakan oleh mata dunia. Namun, hakikat yang sebenarnya adalah seorang siluman memiliki kuasa telekinesis.

Dengan menggunakan minda dan pergerakkan tangan sahaja siluman mampu mengawal apa sahaja.

Siluman mampu memiliki kuasa telekinesis adalah kerana pada bahagian kepala (otak) mereka dikelilingi oleh debu kuasa genma yang menjadi punca kuasa dunia Ghais Lavanark. Oleh itu, minda mereka diberi kelebihan untuk mengawal sesuatu.

Disebabkan perkara ini juga bangsa siluman memiliki masalah gangguan kewarasan dan seringkali digelar oleh bangsa lain sebagai siluman yang tidak siuman.

Fakta menarik tentang siluman. Semakin tidak waras pemikiran seorang siluman itu semakin kuat kuasa yang dimilikinya.

Jika seorang siluman itu waras bermakna mereka merupakan siluman yang lemah dalam memgawal kuasa telekinesis.

Siluman juga diberi kelebihan untuk memahami dan mendengar suara alam. Mereka mampu berinteraksi dengan haiwan-haiwan.  Disebabkan itu majoriti siluman adalah pencinta flora dan fauna.

Haiwan-haiwan juga dapat mengenali seorang siluman. Namun, kelebihan ini tidak dimiliki oleh setiap siluman.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top