💙 BAYANG 💙
Tirai langit gelap sudahpun dilabuhkan. Dihamparkan dengan ribuan bintang-bintang. Pantas masa berlalu. Tak sangka malam sudah tiba.
Anda berasa letih dan lesu. Penat. Anda masih belum dapat biasakan diri anda dengan dunia Ghais Lavanark.
Malangnya nasib berjumpa dengan lelaki yang bernafsu buas.
Urghhh... Terasa seram sejuk pula.
Aduhai nasib. Malangnya. Tak ada sesiapa ke sudi menjadi teman anda di Ghais Lavanark?
Nasib...nasib..
Kenapa.. .
Anda menghembuskan satu keluhan.
Anda terlihat kepulan wap muncul di hujung bibir anda saat keluhan itu dihembuskan.
Tak sangka, susah juga berada di alam lain.
Buntu dan tiada arah tuju.
Rindu mula terasa.
Rindu...
Anda rindukan katil anda. Tempat tidur anda. Kamar kediaman anda.
Rindukan tempat yang selesa dan aman.
Kini anda di mana?
Duduk tersandar di lorong kaki lima yang sepi dan sunyi.
Sedihnya nasib.
Para penghuni di penempatan ini pasti sudah lena dibuai mimpi.
Anda pula di sini seorang diri.
Kedinginan malam bagaikan mencengkam tulang-tulang anda. Terasa bisa.
Untuk seketika anda merenung nasib mereka yang tidak berkediaman. Sekurang-kurangnya di sini tidak bising.
Pandangan mata yang redup hanya merenung langit dengan perasaan dan jiwa yang kosong. Rindu pada tanah air anda. Kenapa dibiarkan diri anda di sini tanpa bimbingan dan tunjuk arah.
Terasa diri seolah-olah dicampakkan di sebuah pulau tidak berpenghuni tanpa sebarang alat bantuan.
Bagaimana pula dengan hari esok? Bagaimana pula dengan nasib anda?
Bilakah anda akan pulang semula?
Adakah anda mampu pulang semula?
Dan.. di manakah burung pungguk tak guna itu.
Kelibat pun tidak kelihatan.
Swwwsssshhh~~
Dahi anda berkerut.
Bercakap tentang kelibat.
Urmmmm.. di Ghais Lavanark ada hantu?
Baiklah mana boleh skeptik. Ini dunia penuh dengan kuasa sihir dan magis.
Anda meneguk air liur.
Kalau betul ada hantu..... agaknya hantu yang bagaimana?
Tiba-tiba pula anda terasa seram sejuk.
Perlahan-lahan anda menoleh di hujung lorong.
Anda tersentak!
Di hujung lorong anda terlihat bayangan gelap menyerupai tubuh manusia. Tinggi dan besar namun susuknya agak kelihatan seperti... urm......jerangkung?
Dan anda terlihat juga sepasang mata yang bewarna merah.
Baiklah... Ia hanyalah sekadar bayangan bukan?
Tidak. Rasanya tidak.
Pandangan mata anda terbuntang.
Iadalah bayang yang bernyawa.
Anda perlahan-lahan berdiri.
Rasanya anda perlu beredar dari situ.
Saat anda mula ingin melangkah anda terasa seolah-olah kaki anda menjadi kaku.
Perlahan-lahan anda pandang kebawah.
Kelihatan banyak tangan-tangan berbentuk bayang gelap sedang memaut kaki anda.
Gila! Jantung anda semakin berdegup dengan kencang.
Anda (Mengeluarkan senjata anda/menggunakan sihir/) dan cuba untuk menyerang tangan-tangan yang sedang memaut kaki anda.
*Buat bangsa kayangan yang mampu mengawal kegelapan sila nantikan/pergi ke chapter ♦KAYANGAN UNSUR KEGELAPAN selepas membaca bahagian 💙 TUKAR GANTI 💙 dan
💙 RAMALAN MIMPI 💙
(Buat yang lain sila teruskan pembacaan anda.)
NAMUN, ia tidak berkesan.
Tanpa anda sedari bayangan tangan-tangan tersebut telah menarik anda menghampiri pada hujung lorong, di mana berdirinya lembaga mata merah tersebut.
Anda terjatuh terduduk. Tubuh anda terus diseret.
Sekejap! Bayangan tangan itu sebenarnya bercantum dengan bayang-bayang lembaga bermata merah tersebut!
Dia sedang menarik anda menghampirinya! Apa yang dia mahukan!?
Anda semakin buntu!
Tiba-tiba......
*Seseorang hadir dan mencampakkan pelita minyak tanah pada arah lembaga tersebut.
(Sila nantikan/pergi ke chapter ♦PELITA MINYAK TANAH selepas membaca bahagian 💙 TUKAR GANTI 💙 dan
💙 RAMALAN MIMPI 💙
atau
*Anda terlihat seseorang hadir dan mula melafazkan mentera sihirnya.
(Sila nantikan/pergi ke chapter ⭕Lafaz Mentera Sihir selepas membaca bahagian 💙 TUKAR GANTI 💙 dan
💙 RAMALAN MIMPI 💙
{Sila tinggalkan pilihan jawapan anda di ruangan komen berserta apa yang anda harapkan akan berlaku.}
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top